Mini chicken pie



Last Saturday aku buat Chicken Pie Mini. Actually, aku cadang nak buat chicken pot pie, tapi dok termenung kat dapur memikirkan alatan, baru sedar rupanya aku tak ada so call 'pot' nak buat chicken pot pie tu. Kalau nak buat chicken pot pie, at least kena ada oven proof mini bowl baru boleh masuk oven nak masak kan =) So, proceed dengan chicken pie mini aje.


Tengah hari tu, gigih drive ke Tesco Setia Alam beli barang yang perlu. Hubby ke office walaupon demam teruk O__O. Bayangkan, dia dengan demam dan sakit kepalanya, kena juga siapkan kerja hari sabtu tu. Antara sebab la juga asalnya kenapa nak buat chicken pot pie kan, tapi dah tak jadi haha~


Jadilah minum petang hari Sabtu kami adalah pie ayam. Aku buat 4 ketul, Juwita makan seketul. Aku makan 2 ketul. haha~ hubby tak makan pon sebab hilang dah selera dia petang tu. His demam getting worse dengan tekak pahitnya, kepala sakitnya... so aku suruh dia tidur aje lepas makan beberapa suap nasi, ubat dan 100 plus. Eh? 100 plus? haah la yangg... takut kena denggi. Simptom sebijik macam aku kena dulu. Tu yang takut sangat tuh -__-'


Balance lagi 1 ketul pie tu bawak ke sarapan esok. Aku juga yang ngap. hehe~ tak laku pulak pie aku kali ni. Takpe lah, asalkan lepas gian nak buat pie. =P Membuatnya tu yang memuaskan hati, makannya tu idok la mau sangat~~




Takde lah susah mana nak buat pie nih, sebab aku beli pastry crust ready to use. haha~! So, kat rumah just buat dia punya filling aje. Filling dia pon senang sangat. Buat roux, pastu masuk ayam, dan mix vege. Kalau nak masuk cheese pon boleh, tapi aku tak masukkan. Pastry sheet tu pulak, potong jadi bulat, buat base dan tutup dia. Tepi-tepi tu tekan sikit dengan garfu. Sebelum bakar sapu kuning telur sket. alahai~ mudah! =)









~ Lepas ni nak buat brownies, italian muffin dan margherita pizza~!!! uish~~ cepatlah Ain Saniah datang. Ada jugak orang tolong makan semua nanti. haha~

~ Kena beli groceries nampak gayanya nih.

Comments

Popular posts from this blog

Cerita Hantu asrama lagi (mimpi berdarah)

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.