petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)


Kat seksyen 9 ni ada 2 petshop tau. Satu nama Jingle, satu lagi Haiwanku. Yang Jingle ni kali kedua lah aku datang. Owner dia indian guy (aku rasa dia lah owner), manakala kedai Haiwanku ni Chinese yang jaga (tak tau owner sapa). Haiwanku ni baru harini 1st time cuba masuk.


Review? OK jom kita check:

Kedai Haiwanku

1. ada jual repack food.

Repack tau ape? alaa... cat/dog food yang seguni besar tu, dia pack-pack kan dalam plastik kecik-kecik sekilo-kilo. Ada advantage and disadvantage jugak produk repack ni. Ada kemungkinan makanan boleh jadi lemau kalau terdedah lama/ pembungkusan yang kurang kedap. Kadang-kadang tu orang kedai tu repack sebab makanan tu dah lama/ dah nak expired/ dah berbubuk, so, dia tapis balik dan repack. Takde la nampak macam dah nak expired kan~


TAPI, aku tak cakap pon Kedai Haiwanku tu buat sebab gitu. Advantage makanan repack adalah makanan tu jadi murah. Ye lah, cat food yang seguni besarrr breeder bag 25kg tu jauh lebih murah dari beli original packaging 1kg (kalau dikira bahagi semula). Tapi kau mampu ke nak beli 1 guni 25kg tu? Sebab tu ada petshop yang ambil inisiatif untuk repack semula. So, baguslah juga sebab kita dapat beli makanan premium dengan harga yang sedikit murah. =)


2. Ada jual brand high end super premium seperti evo :) :). Tapi tak ada holistic food. Aku cari orijen tak ada :( brand-brand lain aku tak pasti / kurang familiar. jadi aku abaikan pada pemerhatian pertama aku.




Brand premium food lain yang dia carry adalah Blackwood (femes nih), royal canin, dan beberapa brand lagi yang aku kurang periksa.


3. Barang keperluan haiwan macam biasalah... harga pon biasalah.. haha~~ (apa punya review tah) Tapi dia tak mesra soalan sangat. Kalau ko datang nak beli then terus bayar dan blah memang sesuai. Kalau nak kongsi cerita or tanya pasal penjagaan haiwan baik batalkan aje niat tu.


ok, kedai makanan haiwan Jingle pulak


1. Tak jual repack food. Semua original packaging untuk pembelian pengguna. Dia pon tak provide repack service nih. Kalau nak beli breeder bag seguni, ha kau beli lah 1 guni tu terus. Mana main beli separuh-separuh. nanti lagi separuh jadi hal pulak nak kena simpan elok2 kan...


2. Ada jual holistic premium food yang rare seperti golden eagle :) :) (bagus ke eh golden eagle ni eh.... rare tau. susah nak cari kat sini. Tapi top gak la kat oversea)




Tapi brand paling banyak dia carry adalah royal canin. Well, royal canin, korang pi la tercampak kat tanah mana pon, mesti ada orang jual punya.. cuma tu lah, harganya tu yang tak bleh blah tu. Walhal ada je brand lain, super premium lagi, ingredient lagi bagus dari royal canin, harga lebih kurang je.. tapi masalahnya susah nak cari lah. Sebab tu orang pilih Royal Canin. Super premium dan holistic food ni rare sangat.




Blackwood dia tak jual pulak. Science plan dan Iam ada jual.


3. Barang keperluan haiwan pon semua ada. Kalau tak sure boleh tanya aje owner tu. Dia senang hati je nak jawab pertanyaan korang. Boleh juga share pasal kucing korang dengan dia, sebab dia pon bela kucing. So, apa yang dia promot secara dasarnya adalah benda yang dia sendiri pakai kat kucing dia. Yang bagus dia kata bagus.




Kesimpulannya, kedai Jingle labih mesra pengguna dan dia willing to share some tips and story about penjagaan haiwan ni. Kekurangan dia, tak carry banyak brand cat food. Blackwood takde, evo takde, orijen takde... tapi entah kenapa golden eagle ada pulak. haha~


kedai Haiwanku pulak, bagusnya ada repack food. Ada orang suka beli repack sebab jimat banyak, especially kalau kucing dah belas-belas ekor kan.. mau sengkek kalau beli royal canin tiap bulan. Yang best lagi kedai Haiwanku ni sebab dia ada brand Evo. Evo ni memang lah susah nak jumpa. High end punya brand nih. Actually lagi bagus dari Royal Canin.


Eh, dari nak review pasal petshop jadi entry review cat food pulak. Ape-apelah labu~~~


Actually, aku try beli Evo ni 1kg tadi. Nak campur dengan royal canin dia. Orang kata buat ratio 2 : 1 dengan kadar evo 1, royal canin 2. Kalau ok cantik sangat lah tu. Boleh lah continue beli lepas ni. Tapi Evo ni, sukatan kena bagi betul. Tak bleh bagi lebih, nanti perut kucing upset. Sebabnya, kandungan protein dia tinggi.



eh.. dah lebih-lebih pulak cerita pasal makanan kucing. Itu next time lah aku cerita. Atas ni Orijen. Brand ni holistic. Kalau compare ingredient dengan Royal canin, dia lagi bagus. Harga pon dia lagi murah. Tapi susah nak jumpa.



Ok, cukup dulu. Lain yang aku nak review, lain yang ter review. Lulu pon dah dekat sebulan dengan aku. So far, alhamdulillah~~ eye infection dia dah ok. ear infection dia dah ok. cacing dia dah takde. Vaksin pertama dah selesai. Kita tengok bulan kedua macam mana. Adakah berjaya aku menggebukan Lulu?


Sama-samalah kita nantikan~~~

Comments

Nora said…
I used to patronise both but Jingles is better and cleaner sebab dia tak breed puppies kat situ. We used to board Trixie at Jingles during balik kampong trips and found it satisfactory.
anggun said…
really aunty? dia ada breed puppy ke? kat belakang eh.. tak persan pulak haritu.. tapi memang perasan jugak, jingle tu bersih lagi kalau banding dengan haiwanku. Lagipon jingle tu pintu bertutup, lock, siap kaca gelab lagi. Macam jual ape tah kat dalam hihihi~ rahsia sangat la pulak..


haiwanku tu saya tak ske sebab dia tak berapa mesra la...
cam nak bagi makan rimau jee~~
Anonymous said…
suka jingle... dah beli makanan & pasir meow dgn Jingle lebih dari 7 tahun.... that uncle Anthony tak kedekut sharing info tentang cats
Anonymous said…
I dont know why, but that guy didnt treat me as you guys mentioned..not really friendly..abit stuck up..
plus the pricing on the food supplies are higher than other places that sell the same original brands..
nak kurang serinngit pun susah..bukannya customer baru..
wont set my feet there anymore..serik!!
Anonymous said…
dtg kedai kak su kat seksyen 15.. nak alamat call me 016-9067006.. semua jenis cat food ada
Anonymous said…
Kami biasa turun saujanapet.com biar jauh dari klang. Brg mereka makin lama makin byk tak besar mcm kedai pet cina tp ckp mmbantu dn pcibta haiwan dan buat rescue. Kalo takde ckp je dia carikan
Anonymous said…
sy sekarang byk survey kedai2..so far sy rasa mknn plg murah sy dpt..
dewipetshop..cuba google
btw, jingle n haiwanku pon sy pegi..
tp jingle tu kalo ada wife nya sy xsuka sangat..wife dia ka pembantu ka xsure..
tapi mcm suka paksa org ikut apa dia suggest,,
mcm cari ubat kutu haritu..grrr..aku ni nk yg hrga sedang2
siap marah cakap..this is the best..u kalau cr brand lain nnt i tak janji akan ok..
sudahla..aku terpaksa beli smpaai 50rggt :(( waaaaa..kesudah nya kutu ada ja lg..
so kalau ada wife nya cpt2 gue blah...wahahha

kedai haiwanku pon pi gak,,

tp skrg sy pegi dewi petshop ja..smua mknn ada..RC ka orijen ka evo ka smua ada..hrga berpatutan

Popular posts from this blog

Cerita Hantu asrama lagi (mimpi berdarah)

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.