selamat atau tidak

(perihal wanita dan keluarga. kanak-kanak dinasihatkan mendapat bimbingan dari yang lebih tua)


Jarang sangat pula update blog belakangan ini. Sibuk sangat atau kekeringan modal bercerita. Sejak balik bercuti haritu tak ada kisah hangat inign diperkatakan. Hanya kerja kerja dan kerja. Maklumlah, aku kan nak kumpul duit untuk next vacation. Hadoi la~ sangat-sangat berharap tidak berlaku sesuatu diluar jangkaan. Sangat-sangat aku nantikan tahun hadapan.


Sebenarnya aku dalam keadaan kekeliruan. Atau mungkin boleh dipanggil confius kot. Begini kisahnya:


1. Aku pasang Implanon 3 tahun lepas (siapa tak tahu implanon sila google sendiri. Orang dah kawin biasanya mesti tau implanon tu apa.. secara logiknya lah). Aku pasang selepas habis pantang dan tarikh expired Implanon aku adalah pada 26 jun 2011 (seperti tertulis pada kad)


2. Aku tak remove lagi implanon itu walaupon tarikh expired dah sebulan lebih.


3. Kerana aku curious dan risau, jadi aku google. Jadi sekarang ni ada banyak fakta yang bercanggah antara satu sama lain, which i don't know mana satu yang betul, mana satu yang kureng. (since, implanon ni kurang dibuat research besar-besaran dan tak banyak kajian, jadi kurang info yang sahih di internet)


4. Kini aku wondering dan tertanya-tanya dengan beribu persoalan (takde lah beribu, 3 je kot):


Antara artikel yang menarik minat aku adalah ini:


katanya, Your Implanon implant is effective for 4 full years according to 3 published articles.

dan katanya lagi,

The chance of pregnancy is quite low. Two small studies showed no pregnancies in the 4th year of Implanon use.


wah....ini berita terkini. Tapi tu lah. Tak tau studies tu reliable ke tak, valid ke tak, boleh diterima pakai ke tak.. sebab small studies aje. melibatkan sekumpulan kecil sahaja.

dalam official website implanon tak sentuh langsung pasal benda ni. Tapi dia ada tulis warning berkenaan penggunaan implanon yang dah lebih 3 tahun, atau dengan kata lain, implanon yang dah expired.


katanya dalam website tu,

IMPLANON must be removed by the end of the third year and may be replaced by a new IMPLANON at the time of removal, if continued contraceptive protection is desired. Failure to remove IMPLANON may result in infertility, ectopic pregnancy, or inability to stop a drug-related adverse event.


alamak.... risau la pulak kan...


Anyway, sangat berharap studies yang 1st tu sahih. Hehee~~




Amin.....

Comments

Popular posts from this blog

Menempah penginapan percutian dengan AirBNB

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?

Kemas kini gambar passport anak anda