Persaingan antara ibu-ibu

Bila ada banyak group dalam FB ni, kadang-kadang macam-macam hal pulak yang timbul. Kalau zaman dulu, masa raya adalah gelanggang yang terbaik nak membandingkan pencapaian anak dan usaha sang ibu. Masing-masing kemain hebat lagi nak explain betapa bagusnya teknik didikan dan sekolah anak masing-masing. Sampaikan yang mendengar tu pon ternganga-nganga mendengarnya. Paling koman pon bandingkan result exam anak-anak. Serius, sebagai anak memang tension gila bila makcik-makcik dah start bertanya dapat berapa A. Nak-nak bila ada sepupu yang sebaya kita, pergh... abislah kena compare gila-gila.


Laa ni, sebab ada group dalam FB, makanya ligat lah bercerita dalam group. Yang bagusnya, masing-masing kongsi cerita dan pengalaman yang berbeza. Misalnya, ada ibu yang kena approch dengan grolier, then dia tanya pendapat mommies lain. Of course lah ada mommies yg pernah cuba grolier ni dan bagi komen positif. Tapi ada juga yang pernah cuba, tapi bagi komen negative, x berkesan pada anak mereka misalnya. So afterall, terpulang juga pada si ibu yang bertanya itu nak pilih guna grolier atau tidak. Sebab apa pon, sentiasa ada pros and cons kan? So, dari situ nampak bagusnya group ni. At least mommy tu tak de lah ter-sign-up pada satu package yang dia pon x jelas. At least dia dah ada review dari mommy-mommy lain.


Tapi, ada juga jenis yang rasanya dia ni tersangat bijak lah kot, suka mempersoalkan keperluan benda-benda/ gadjet/ teknik-teknik begitu. Kalau nak mempersoalkan pon (atas dasar kesedaran dan ingin menyedarkan orang atau sekadar ingin berkongsi ilmu), kalau boleh tanyalah dengan hemah, ini kadangkala seperti nak tunjuk lagak pulak. Nanti bila ada yang pandai menjawab balik, tau pulak terasa hati.


Tak perlu lah kot nak tanya,

"perlu ke grolier ni semua dalam mendidik anak-anak?"

tak pon nak lagi extreme,

"Aku tak pakai grolier pon. Mak aku dulu didik kami 8 beranak tak pernah dengar pon grolier, jadi je semua doktor, lawyar, majestreet segala. Anak-anak aku pon ALHAMDULILLAH semua dapat nombor 1 dalam kelas!"


Hamboi~ kerlass kau jahh~~~!!!


Excuse me, orang yang bertanya tu tak tanya pon kau pakai grolier ke tak. Dah sah-sah awal soalan dia adalah, " sapa kat sini pernah guna grolier? bagus ke tak grolier tu?" kalau tak pernah guna, baca diam-diam boleh? Ini tidak, nak juga ambil peluang tu nak bagitau yang dia hebat. Anak-anak semua berjaya atas usaha dia sendiri, tak perlu grolier.


Memanglah, tanpa grolier pon boleh berjaya. Berapa kerat je kan parent kat Malaysia ni yang pakai grolier ni. Tapi mommy tu tanya pendapat orang yang pernah pakai grolier, adakah berkesan atau tidak. Mungkin dia dalam consideration untuk ambil pakage grolier tu atau tidak. Kalau kau tak pernah pakai, rasanya tak perlu buat statement lah kot. Buat orang meluat je. Some more, tak kena jawapan tu dengan soalan.


Entahla...


kadang-kadang malas nak masuk campur discussion kat group ni. Macam-macam pe-el orang boleh jumpa.


Kadang-kala, diam itu lebih baik dari berkata-kata. Baca senyap-senyap je lah. Orang tak tanya pendapat kau, tak perlu bagi syarahan free.





Comments

manz grolier said…
hehehe...biasalah tuh...kadang2 ada jer jawapan yg x berkenaan timbul..hehehe...

anyway..apa pandangan penulis ttg grolier nih @ nak memiliki gadget like logico @ fun thinkers yg sememangnya besttt..

dr..

manz grolier
016 343 5788

Popular posts from this blog

Menempah penginapan percutian dengan AirBNB

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?

Kemas kini gambar passport anak anda