Serabut

Lama betul tak kemaskini blog. Sibuk memanjang. Bukan sibuk menebas atau bertani, tapi sibuk meng-google. Dah seminggu aku jadi hantu google. Sampai mata jadi berpinau-pinau, kepala jadi sakit dibuatnya. Haish... letih!


Aku sekarang ni ada projek terbaru, tapi belum boleh reveal lagi. Orang kata ni hobi orang kaya. kaya ke? Rasanya bukan hobi orang kaya, tapi aku boleh kata ini hobi orang gila. Ahahaha~~ Sebabnya aku tak kaya pon wei... tapi gila tu ada sikitttt lah. ahahaha~~


Sebab baru nak berjinak-jinak dengan prosedur dan regulation tu semua, jadi memang pening sikitlah (or maybe pening banyak!). Lagipula ni 1st time, so banyak persoalan dan kemusykilan melanda diri ini. Banyak betul benda nak kena studi!! Makin aku gali, makan banyak benda aku tak tau, makin gali makin tak paham... Paham tak maksud aku? Lantak lah hai...


Semoga projek baru aku ni berjalan lancar. Suspen betul menunggu... hai... bulan 12, cepatlah datang...



#################################################################


Eh, Lulu confirm pregnant. Malam tadi aku nengok nenen dia dah pinkish dan bulat. Ahahaha~ Tak lama lagi aku akan menimang cucu bulus lah... Wah~~~ besar lah famili aku tahun hadapan!!


Maybe after this, start tahun depan ke... aku kena revise balik schedule dan kerjaya aku. Tu aku kena discuss dulu dengan bos besar aka en suami.


Oh ya, apart from all this matter yang memeningkan semua ni, kawan aku ajak sambung studi pulak. Memang dah lama aku inginkan untuk sambung belajar ni, dah lama tunggu peluang. Tapi.... peluang selalu datang tidak pada masanya.


Bukan apa, aku takut tak boleh commit, kerja + keluarga(suami & anak) + anak2 bulu semua, then nak tambah pulak belajar? mampu ke? Apapon, petang ni aku ada appoinment dengan dekan/ lecturer kat UiTM dengan cik Noural. let see how... apa yang mereka boleh offer pada aku... PJJ? PLK? masa kuliah? E-PJJ? lagi bagus! Asalkan tak meruntun masa yang lama aku boleh consider lagi. Kalau kuliah tetiap hari atau tetiap malam, aku tak sanggup! mak dah tua dek non oi~~~ banyak budak (dan bapak budak?) kat rumah mintak dibelai~!!!


Wait and see aje lah. Aku ni bab planning memang hebat. Bab pelaksaan pon boleh tahan. Tapi bab ruining the plan aku memang nombor 1!!! Kalau plan lain jadi lain tu memang muka aku le tuh! ahaha~~


What will be will be jahh. Kita bukan nampak pon apa jadi kat kita 3 tahun nanti. Waima apa jadi kat kita esok pon kita tak tahu kan? So, just follow the flow aje lah...







~ Duit boleh dicari.






Comments

Popular posts from this blog

Cerita Hantu asrama lagi (mimpi berdarah)

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.