KL Bird park

(entry di edit, sebab lupa masukkan gambar! wallah wei!!!)


tu burung betul ye...


Sebenarnya, dah lama dah pergi ni, last month. Tapi aku malas nak blog kan, sebab gambar dah tepek kat FB. Tpi bila pikir balik, elok lah aku blog kan aje, daripada tak berupdate blog aku ni.


OK, ni penting. Aku beli tiket KL Bird Park ni kat Everyday Coupon. Kalau ikutkan, dah berapa kali ek aku beli kupon diskaun online... adalah beberapa kali. Beli kupon spa (ingat tak yang Tini's Spa tempoh hari? itu dari MilkADeal ye) Lagi aku tak ingat... sebab aku tak blog kan lah! So, sebelum aku lupa yang ni, baik aku blog kan siap-siap.


Kupon Everyday Coupon ni aku beli 3. 2 dewasa dan 1 kanak-kanak. Harganya RM10 untuk dewasa, RM5 untuk kekanak. So total aku belanja RM25 lah untuk tiket. Murah 50% ye. Kalau walk in, after mykad diskaun pon jadik RM20 dewasa, RM10 kekanak. Kalau kau warganegara Saudi arabiya, harga tiket kau RM48 ye.... dah, jangan gatal nak jadi orang arab. Pakai tudung gaya islam sudah, tak payah jadi minah arab key~~~ (eh, lari topik)


OK. Pung pang pung pang dipendekkan cerita, habislah jalan-jalan dalam tu. Hahahaha~! sempoi tak aku cerita kan? Malas la weih nak ekplain setiap langkah dalam tu. Nak tau, pergi sendiri lah! Jadi aku bagi point-point penting aje lah ye:


1. Entrance tiket dah eksplain kat atas kan... so tak payah ulang

2. Burung yang paling banyak dalam ni (ada di setiap kawasan dan ruang) adalah peacock dan bangau. Bangau ada macam-macam jenis bangau. Peacock tu peacock lah, merak! ada tau ka?



3. Masuk-masuk je disambut oleh Love Bird. Sebab memang start tu terus masuk segmen Love Bird. (segmen ke eh?)



4. Bahagian burung-burung air tu favourite aku. Ada bangau dan adik beradik bangau serta king fisher (burung raja udang). Favourite aku dalam ni, Scarlet Ibis. Color dia... memang mengancam! Sapa tak nampak tu buta.



5. Burung dalam ni semua jinak. Tapi sejinak mana pon, korang tak dapat nak pegang dia kot... jinak-jinak merpati.

nampak tu? merak dgn bangau yang berkeliaran di sana sini...


6. Air kelapa RM10 sebiji. Air minaral RM4. Bawaklah bekal air dari rumah, unless kau nak tunjuk gayat tak pernah tengok buah kelapa, boleh la beli kelapa tu.

7. Prepare lah pakai pakaian dan kasut yang bersesuaian. Jangan menggatal pakai heel dan baju silk lah ye... kau tu pergi melawat burung, bukan melawat menteri. Serius, jalannya ada yang curam, dan jauh juga nak pusing satu taman tu. So, baik jangan letihkan kaki bercatwalk, ok?

8. Makanan burung dan ikan boleh di beli kat dalam tu. Dia jual dalam bekas tikam-tikam (alaa.. yang masuk singgit keluar menan tu, tapi ni keluar makanan ikan)

9. 80% burung adalah lepas bebas. Tapi ada juga burung yang di cage. Burung unta, kasawari boleh tengok dari jauh. Ganas burung ni, boleh serang orang. Tapi kita boleh bagi makan burung ni kat tempat yang disediakan. FYI, burung ni makan sawi (adalah kot makanan lain, tapi kat feeding place tu dia provide sawi)

10. Keluar dari Bird Park, aku tanya Juwita, best ke tak.... tau apa jawapan dia? "best tapi bau busuk~~" So, prepare lah ye untuk bau-bauan semulajadi. Dah itu burung kan... takkan burung tak berak. Berak pulak, takkanlah wangi, ye tak?

11. Penat jugak lah round satu park ni. Berpeluh lah jugak.. macam workout pon ada. Best best! Seeloknya start lah pagi, keluar tu dah tengah hari, boleh lunch kat Hornbill restaurant. Tapi kalau nak start tengah hari atau petang pon ok je, dalam tu banyak pokok, tak panas pon...



12. Kalau letih berjalan dalam ni, jangan risau. Gazebo tempat rehat macam ni memang banyak disediakan. Kerusi pon sentiasa ada. Boleh nak regang-regang kaki sat... maklumlah kalau bawak warga emas, kang kejap dah letih... bagi la depa rehat sat noo~~

nak tunjukkan gazebo tempat rehat ye...


OK. Cukup lah dengan 12 point. Untuk sesiapa yang belum pernah pergi KL Bird Park ni, musim cuti sekolah ni daripada biar anak mengadap TV aje, baik bawak gi sini. Ada jugak faedahnya. Selain dapat outing satu famili, dapat juga bakar kalori-kalori yang betindan-tindan kat punggung tu kan?


Rugi lah kalau tak pergi lagi. Kalau nak tau, KL Bird Park ni adalah WORLD LARGEST FREE-FLIGHT WALK-IN AVIARY! paham? tak paham? ntah, nak translate susah la... hihihi. Untuk maklumat lanjut boleh masuk website KL Bird Park sendiri ye, semua info dah tersedia dalam tu http://www.klbirdpark.com/index.cfm

flamingo.... ni kita xleh dekat. dalam kawasan dia je.


Oh ya, lokasi KL bird park ni memang strategik, kat KL Lake Garden. Lepas setengah hari dalam KL bird park tu, kalau ada masa (dan tenaga lagi) boleh lah masuk pulak kat butterfly park ke, planetarium ke, museum ke... banyak benda boleh lawati kat sini tau! Masjid pon sebelah tu je, xde alasan untuk tidak bersolat zohor dan asar key~!


Tapi kitorang, habis round KL Bird park, terus shoot balik rumah. Ketiak pon dah hangit, tak kuasa aku nak masuk museum. hahaha!!! Kalau duduk hotel, boleh la balik hotel dulu freshen up, rest2 jap.. petang leh pergi sambung jalan lagi. kan??? Tapi dalam hangit-hangit tu, sempat lagi menyinggah 1U okeh!


So, apa lagi? Rancang lah cepat percutian anak anda!!! Jangan biarkan mereka melepek depan TV sampai habis cuti!!







princess and the frog....


Comments

Popular posts from this blog

Menempah penginapan percutian dengan AirBNB

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

5 aktiviti dan pengalaman unik yang boleh dilakukan sekitar Melbourne dan Victoria pada musim panas

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?