Dari Phuket ke Melaka

Kisahnya, aku dah pulang dari Phuket hari Selasa haritu lagi. Tapi aku masih unavailable sehingga minggu depan. Sebabnya, aku ada di Melaka. Dari LCCT, ke Seremban 2, hubby hantar ke stesyen bas aku balik ke Melaka. Hubby aku straight balik Shah Alam, masuk opis terus. Aku? Balik melaka laaa... Nak nengok anak dara aku tu, seminggu dia duduk dengan uwan dan mak su Ain dia... Hihihi...

Nak blog pasal phuket pon belum ada daya gerakan lagi. Dah tu, kisah umrah sebelum tu pon belum ter blog... Bertindan tindan dah ni topik.

Esok aku ada appoinment. Bukan aku, tapi Unona dan Astro. Aku dah booked untuk sesi grooming dia kat satu pet shop lat Melaka ni. Penat aku google tau! Bukan apa, nak mandi dan groom kan sendiri aku x de peralatan. Syampu dia pon aku x bawak haritu. Aku bekalkan kat Ain daily essential je macam brush, ear cleaner, eye cleaner, stain remover, grooming spray.... Tp aku x bekalkan pon syampu, dan barang-barang mandi. Sebabnya dari awal pon aku x expect pon Ain mampu nak mandikan kucing tu. hehehe...

Jadi sekarang, dengan keadaan bulu mereka tu, aku pon naik rimas menengoknya. Maka terpaksa lah mencari jalan alternatif. Nak tunggu balik Shah Alam kang baru nak mandikan, alamat kepamla 2 anak bulus ku itu.

Tunggu je la esok. Nanti aku review kan kedai tu. kalau ok aku boleh recommend. Kalau x ok, aku boleh kutuk. Kah kah kah! Tapi haraplah ok... Kalau x ok, naya je kat kucing aku kang.. 2 ekor tu nak masuk cat show tu..


Ok. Aku hutang entry apa eh.....

1. Umrah
2. Phuket
3. Cat grooming in Melaka (coming soon)
4. Hotel review: Nilai Spring resort

Wah! Banyak tu! Phuket tu je aku gerenti ada 7 entry x kurang. Umrah lagi.... Mungkin 2 entry. Keh keh keh...

Jadi, cukup dulu aku membebel x bermakna sekarang. Next post aku start dengan hotel review dulu eh... Ikut tarikh la susunannya...

ok daaa~~~

Comments

Popular posts from this blog

Menempah penginapan percutian dengan AirBNB

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?

Kemas kini gambar passport anak anda