EPISOD 1: 'Umrah dan ziarah 2012: Madinah al Munawwarah


Tanggal 24 February merupakan tanggal bersejarah bagi kami sekeluarga. Alhamdulillah, kami dapat menunaikan umrah untuk pertama kalinya. Kesemuanya 11 orang dalam kumpulan kami iaitu kami bertiga, adik-adikku (wahed dan Ain), mama dan abah, uwan ku, induk ku (mak sedara/ adik mama), serta mak dan ayah pengasuhku. Kali ni, mama mengambil pakage melalui agensi Muhammadiyah.


Flight kami patutnya pada jam 2 pagi 24hb telah delay ke 10 pagi. Jadi kami bertiga gerak ke KLIA jam 4.30 pagi. Semua ahli rombongan berjumpa di KLIA. Dalam group Muhammadiyah ni. kesemuanya ada 46 orang (1 bas). Dalam 1 bas ni, sebenarnya ada 3 group, group kami 11 orang, kemudian ada group penang (sebab orang penang belaka dalam tu) hampir 20 orang, dan selebihnya adalah group yang kami panggil kumpulan haji yalla yalla (sebab ketuanya adalah haji yang suka pakai tutup kepala macam orang arab tu)



my uwan and my mama, atau bagi Juwita, onyen dan uwan. hehehehe


OK. dipendekkan cerita, tentative umrah kami ini sangatlah free and easy. Flight kami direct ke airport Madinah menggunakan chartered MAS air plane. OK, sangat besar ini plane. Kita biasa naik Air Asia je.... memang la jauh bezanya dengan MAS... hihihi~~


Makanan dalam flight sangat la mewahnye... kejap di bagi kacang, pastu air, pastu dibagi makan nasi, bukan nasi je ada, siap dessert, roti, buah dan salad. Lepas hidangan nasi tu dia bagi ais krim Magnum la plak...Sepanjang perjalanan dapat pulak tengok movie-movie terbaru kat LCD depan seat tu. Aku tengok Tintin, citer Justin Timberlake (entah apa tajuknya), Happy Feet, Johnny English.... dan tak lupa juga rancangan panduan umrah di channel 93... =D



di airport Madinah

Proses di airport Madinah juga boleh dikatakan lancar. Selesai je semua urusan, terus naik bas yang sedia menunggu straight ke hotel. Pemandu bas kami (maaf, tak pernah tanya nama) adalah seorang arab. Dia sangat suka Juwita. hahaha~~


Hotel kami, Jauharat Al Fairoz berdekatan dengan Hilton Madina (dalam name card Jauharat al Fairoz tu tulis "Halton". Tak tahu samada typo error atau memang begitu ejaannya -__-) Lokasi boleh dikatakan dekat dengan Masjid Nabawi, Hanya perlu lalu 2 blok bangunan (Shopping complex Bin Dawood dan hotel) untuk tiba di perkarangan.



happy gila akhirnya dapat bilik setelah beberapa masalah teknikal. lepas hilang lelah esoknya terus keluar jalan-jalan... happy nye sis Ain...



di perkarangan masjid Nabawi. me and my sis Ain. Ramai yang kata muka kami ada iras. Jadi jangan terkeliru pulak ye.. Ai lagi chomelll~~ ahaks!

interior masjid Nabawi


masjid Nabawi pada waktu hampir maghrib. Payung telah di tutup


Sepanjang di Madinah, jika tidak ada ziarah atau lawatan, aktiviti adalah bebas. Kami menghabiskan masa ke masjid dan shopping complex sahaja. Biasanya, lepas solat kami terus menuju ke shopping complex untuk ronda-ronda. Masa ni tak banyak yang kami beli. OK. Agak menyesal di situ. Sebab sebenarnya, di Madinah lah lagi best nak shopping berbanding di Mecca. Harga jauh lebih murah, dan design abaya mereka lagi cantik-cantik!! ok. Menyesal lagi. haha~~


Kalau nak beli kurma, di Madinahlah tempatnya. Kurmanya cantik-cantik belaka, dan harganya pon lebih murah. Dalam agenda lawatan, kami ada singgah di kebun kurma. Kat sini lah nak beli coklat, kekacang, manisan, kurma, buah tin, dan macam-macam lagi makanan yang biasanya kita lihat orang bawa balik dari umrah tu =) Selain dari kebun kurma, boleh juga cari di Pasar Kurma. Tapi masa kami datang tu, pasar kurma tidak ada dalam agenda lawatan kerana mengikut kata pemandu bas, pasar kurma sedang dalam renovasi. Sebenarnya, boleh je kalau nak pergi, tapi pergi sendiri lah. Lokasinya tidakla jauh dari Masjid Nabawi. Dia still buka cuma x begitu selesalah mungkin kerana projek renovasi itu.


seorang penjual di kebun kurma

ni lah dia... tempat membeli kurma, kekacang, manisan dan coklat di kebun kurma tu


bergambar dengan pekebun kurma...


Suhu di madina ketika itu adalah sejuk. Jadi sangat selesa dan dingin sahaja, memang seronok berjalan-jalan di sana. Rasa macam nak tinggal di Madinah je!


Secara keseluruhannya, tempat-tempat lawatan sepanjang kami di Madinah adalah;

1. Masjid Quba'
2. masjid tujuh
3. Masjid Qiblatain
4. Jabal Uhud
5. Kebun kurma
(maafkan jika ada yang saya terlupa)


Di masjid Quba' bas berhenti selama lebih kurang 15 minit untuk jemaah bersolat sunat. Sangat lah besar fadhilatnya bagi sesiapa yang bersolat di dalam masjid ini. Malang tak berbau, di sinilah beg sandang mak di seluk sampai hilang semua duit dan kad pengenalan. Nasib baiklah passport ada pada ustaz, kalau tak mungkin hilang sekali.


masjid Quba'

Masjid Qiblatain dan masjid tujuh pula kami hanya melihat dari kejauhan. Tak singgah pon, hanya melihat dari dalam bas. Mengikut kata ustaz, pemandu bas tak nak berhenti di masjid Qiblatain kerana di situ banyak puak Syiah. Pemandu bas malas nak bertembung dengan mereka kerana nanti macam-macam hal pula. Masjid tujuh pula memang dijadualkan untuk di lihat sahaja, tidak singgah.

~~~

HIGHLIGHT: JABAL UHUD

Kami berhenti agak lama di Jabal Uhud. Ini pon menjadi faktor juga mengapa pemandu bas kami taknak singgah di tempat-tempat lain atas tu. Dia taknak ketinggalan solat zohor di masjid Nabawi. Kami saja je panjat bukit ni untuk ambil gambar... hehehe~~


yours truly pakai pink!


Di tempat yang di kepung inilah terletaknya perkuburan para mujahid yang terkorban masa perang Uhud. Bagi yang sedia tau sejarah perang Uhud ini, bilangan yang mati shahid sangatlah ramai. Ramai sahabat-sahabat nabi terkorban dalam peperangan ini. Jika tidak shahid pon, mereka pulang dengan kecederaan yang teruk. Diriwayatkan, semasa perang Uhud inilah nabi kita telah mengalami kecederaan yang teruk. Baginda telah terjatuh ke dalam sebuah lubang lalu patah gigi, cedera di pipi da kedua bela lutut. Baginda pitam di dalam lubang itu. Semantara itu, sahabat nabi, telah bermati-matian melindungi nabi.


papan tanda biru itu adalah mengingatkan pengunjung agar menjauhi perkara khurafat dan syirik, dan mengingatkan umat islam agar mengingati mati dan menghayati peristiwa peperangan Uhud.


Hamzah bin Abdul Mutalib, seorang panglima islam telah dibunuh dalam perang ini. Dadanya kelihatan telah ditebuk dan hatinya telah dikunyah oleh Hind, iaitu isteri Aby Sufyan. Pihak islam pulang dengan kekalahan dan di ejek-ejek pula oleh pihak Quraisy.


Perang Uhud merupakan perang yang sangat sedih untuk di ingati. Peristiwa ini memberi banyak pengajaran pada kita, umat islam masa kini.


~~~

Di hari terakhir kami di Madinah, kami melakukan Ziarah Wada' (menziarahi makam nabi dan mengunjungi Raudhah buat kali terakhir) sebelum berangkat ke Mecca. Sebenarnya, inilah kali pertama aku, Ain dan Juwita ke Raudhah kerana di hari-hari sebelum itu kami sebenarnya uzur syar'ie -__-' Alhamdulillah, Allah memberi juga kelapangan dan peluang untuk aku merasa solat subuh dan memasuki Raudhah di hari terakhir aku di Madinah. Syukur ke hadrat mu Ya Allah~~


bergambar di pintu 28 setelah selesai solat sunat di Raudhah. Alhamdulillah~ Allah melapangkan urusan kami... me (yang tengah tu) bersama my sis ain dan mak. Juwita yang capture gamba ni


Selesai ke Raudhah, kami balik bilik, packing dan bersiap-siap. Selepas zohor dan makan tengah hari, kami terus naik bas untuk ke Bir 'Ali menuju ke Mecca.






Bersambung.........


(baca sambungan kisah ini di 'EPISOD 2: 'Umrah dan ziarah 2012:Mecca al Mukarramah pula)




hajjah kechil. Abaya yg dibeli di Madinah pada harga 35 riyal. =)

Comments

saniaa said…
jubah Juwita tu beli kat Madinah laa

Popular posts from this blog

Menempah penginapan percutian dengan AirBNB

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?

Kemas kini gambar passport anak anda