Hapuslah air matamu... Aku down dan aku bangkit kembali

Setiap orang mesti ada satu masa dalam hidup di mana dia merasakan sangat-sangat-sangat down dan down dan down. Kadang kala kita rasa seperti dah berusaha yang terbaik, namun tetap tidak mencapai apa yang dikehendaki. Kadang kala kita dah berusaha bersungguh-sungguh mengelak kecelakaan dan penyakit, namun ia tetap datang menduga.

Adakah ini dugaan? atau hukuman? atau hanya salah satu rencah kehidupan? Hidup tak selalunya indah, matahari tak sentiasa bersinar, kadang kala hujan ribut pasti menyapa. Betullah tu, orang kata lepas ribut taufan pasti akan muncul pelangi. Tapi sementara nak habis taufan dan menunggu pelangi muncul tu, silap-silap kita dah lemas dalam tsunami, atau hilang diterbangkan ribut. *sigh*

Dugaan paling berat yang aku tempuhi sepanjang aku dalam arena kucing parsi ni. 1 langkah yang aku rasa kurang bijak dan buat aku menyesal sehingga kini.

Am i not suppose to bring him out that day? Am i doing the wrong thing that day? i just bring him out ONCE. SEKALI SAHAJA sepanjang berapa bulan ini. Dan bukan pergi bersiar-siar ke apa, tapi ke vet. Natijahnya???

Buat pertama kali aku rasa sangat down sepanjang aku memelihara kucing ni. Menangis-nangis memaksa Astro makan ubat. Letih, exhausted, tired, physically and mentally.

ElNino menang dapat nombor 2 masa cat show KKM semalam, kategori housecat longhair Junior. Tapi apa yang aku rasa? nothing. Dapat lah aku senyum sikit. Tapi langsung tak mengubat gundah gulana dalam hati ku ini.

Aku ni, bila orang down aku pandai lah bagi caramah. Bila orang mengadu itu ini (eh, aku rupanya tempat luah perasaan) well, maybe becoz i am a good listener. Bukan masuk bakul angkat sendiri tau, tapi memang aku suka mendengar, daripada memberi nasihat.

Well, most of the time, orang bukan nak dengar nasihat, ceramah, kata bertubi-tubi semua kan... Silap-silap jadi makin sakit hati pulak jiwa yang sedang parah tu sebab kena kondem plak lagi. Orang yang kecewa, down, mengadu tu sebenarnya hanya nak tempat untuk meluahkan aje. Bila dapat luah semua masalah tu, rasa kurang sikit beban kat kepala tu. Nangis lah sepuasnya, lepas tu mesti lega sikit. Baru nampak jalan sikit.

Apa lah salahnya jadi tempat mengadu kan? Orang tu pon tau kita bukan pakar motivasi pon. Dia nak teman ketika down, teman yang boleh mendengar keluhan dan luahan, itu aje.

Aku ni.... memang senang hati nak dengar macam-macam luahan orang. Tapi bila aku yang down, aku tak tahu nak luah kan kat sapa. Sudahnya nangis sorang-sorang je lah atas tikar sejadah. Pastu aku mengadu kat kucing aku...


Oh.. kucing memang sangat pendengar yang setia. Dia akan dengar dan dengar je dengan taat.


Tapi bila kucing aku sakit???? sapa lagi aku nak mengadu?


Nasib baiklah kawan-kawan seperjuangan (chewah, seperjuangan tu) aku sangat baik dan prihatin. Ye lah, orang kata, hanya orang yang dalam kapal yang sama je yang memahami masalah yang dihadapi oleh anak-anak kapal tu. Orang tak pernah naik kapal takkan paham, apatah lagi nak beri nasihat berguna.


Dalam pada aku bersedih gundah gulana, risau ni... aku nampak juga hikmahnya. Rupanya aku dikelilingi oleh orang yang prihatin. Pencinta-pencinta kucing ni semua prihatin. Breeder-breeder parsi ni semua care each other, willing to help and support each other.


Seperti salah seorang breeder kucign parsi ni cakap (rasanya semua breeder pon cakap macam tu),

"breeding pedigree persians memang x selalu manis seperti yg disangka..its not about sugar n honey all the time..its about heartbreak n pain, about sacrifices and medical bills...yg penting buat yg terbaik semampu kita..the rest serah pdNYA.."




Owh... aku akan berusaha dengan penuh daya dan kudrat ku, takkan ku putus asa. Terima kasih kepada semua yang sentiasa berada di belakangku. Sentiasa menghalangku dari jatuh. Sentiasa meminpinku dari tersungkur.


Insyaallah, setiap usaha yang kuat dan berterusan pasti akan ada habuannya kelak. Insyaallah, yang pahit itu akan jadi manis bila tiba masanya nanti.


aminn~~~



get well soon Astro! May you be strong!! mummy love you soo much!!

Comments

Popular posts from this blog

Cerita Hantu asrama lagi (mimpi berdarah)

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.