Long distance relationship

Masih belum ada cerita menarik yang boleh aku kongsikan. Ya, memang dah lama sangat tak pergi bercuti. Shopping pon dah lama tak buat, makeup pon dah lama tak tambah stock, anak aku pon dah makin besar, kurang ragam jadi kurang cerita. Begitu lah. Hidup aku yang makin bosan dari hari ke hari.


Perubahan? Ada perubahan. Aku dah bertapak di Melaka. Sebab syarikat suami, Cetakbaju.com dah buka satu cawangan baru kat Melaka. For the time being, aku yang kena incharge kat Melaka. Maka aku terpaksa lah tinggal di Melaka.


Berjauhan dengan suami bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Memang lah seronok tinggal di rumah parent, tapi tak sama dengan tinggal serumah dengan suami dan anak. Kalau nak kata senang, memang senang sikit duduk serumah dengan mak, balik kerja petang-petang tu tak payah nak pikir nak masak apa untuk suami dan anak makan. Sedangkan aku sendiri pon tak makan malam, dan tak ada mulut nak dibagi makan, jadi boleh lah rehat-rehat. Selalu nya memang tidur awal je.


Kalau tinggal sendiri dengan keluarga sendiri, semua tu aku kena pikirkan. Letih kerja tak hilang, tak sempat duduk pon dah kena bersilat kat dapur. Tu tak kira nak kena mengemas, nak membebel dan sebagainya. Hahahaha~Tapi sebenarnya, masakkan untuk suami adalah sesuatu yang menyeronokkan, lebih-lebih lagi kalau lauk tu dia suka. Bertambah-tambah pula dia makan, berlawan-lawan dengan Juwita pulak makan.. Uiii memang seronok je hati ini.


Satu keburukan yang aku nampak kalau suami isteri tinggal berasingan ni adalah dari segi komunikasi. Sebab jarang berkomunikasi, aku rasa macam renggang je hubungan kami. Yelah kan, seminggu sekali je jumpa. Pastu jumpa pon bukan lama, sehari dua hari camtu je. Bila jumpa pulak, aku sibuk nak mengemas rumah yang ditinggalkan lama, suami pulak sibuk dengan kerja. Masa habis macam tu je, takde pon aktiviti atau waktu dihabiskan bersama. =(


Bila komunikasi kurang, paham-paham je la.. kadang-kadang aku rasa dia tak paham situasi aku, dan dia pon aku rasa mesti ingat aku tak paham situasi dia. Masing-masing ada tanggungjawab masing-masing. Ada tugasan sendiri, ada hal sendiri. Kadang-kadang pihak A rasa macam pihak B tak bekerja keras seperti mana pihak A, dan begitulah sebaliknya. Pihak B selalu kecik hati, tapi pihak A tak tahu. Mungkin A pon ada benda yang dipendam tapi B tak tahu... begitulah masalahnya bila berjauhan dan kurang komunikasi.


Oh, esok kami sekeluarga akan ke Ipoh, Perak. Harapnya 3 hari di sana dapatlah kami luangkan masa berkualiti bersama. Dah lama sangat tak bercuti, dah lama rasanya tak bergurau senda dengan suami.


Saya rindu suami saya yang penyayang, kelakar, suka tersenyum, dan gila-gila =)

Comments

selamat bercuti
:-) :-) :-)
Singgah dari mknace unlimited™
Terbaeekkk!!!!

Popular posts from this blog

Menempah penginapan percutian dengan AirBNB

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?

Kemas kini gambar passport anak anda