virtual shop atau physical shop

Sejak dah ada meja studi yang proper dalam bilik aku yang memang sedia ada katil yg empuk, serta 24 jam air-cond... liat betul aku nak gerak masuk office. Bagi aku, di mana ada internet access, ada meja, ada beg kerja, itu aku dah kira pejabat, Aku dah boleh buat kerja bila ada benda-benda tu, tak kiralah di rumah, ataupon di pejabat. Akan tetapi membuka office, bererti membuka juga ruang pameran merupakan sesuatu yang perlu. Sebab nak atau tak nak, aku terpaksa menerima hakikat bahawa masyarakat sekitar aku di sini, lebih menjurus ke arah offline retailing.


Kalau ikutkan mode kerja aku yang tak tentu ni, aku prefer lagi e-tailing. e-business, e-commerce, segala tok nenek "e" tu lah. Sedangkan hubungan aku serta cawangan pejabat aku dengan HQ pon berkonsepkan telecommuting (aku hanya bertembung mata dengan boss 2 minggu sekali). Urusan semua dibuat melalui dalam talian. Boleh dikatakan Technodesign ini merupakan satu contoh syarikat muda yang menjalankan e-business. Muda tak muda, dah 6 tahun beroperasi. Tapi telecommute, baru mula tahun ini. E-commerce, sejak ditubuhkan, memang 90% online masa tu. Kemudian slowly bahagi 60-40. 40% adalah offline.


Ia merupakan sesuatu perkembangan yang positif aku kira bagi sebuah syarikat tempatan. Small business.


Tapi seperti yang telah tersurat, setiap perkara tu pastu ada baik, ada juga buruknya. Disebalik masa bekerja yang flexible, kurang pemantauan dari HQ juga bermakna pekerja perlu lebih mendisiplinkan diri. Tidak dapat dinafikan, antara kelemahan telecommute adalah perasaan isolation yang melanda pekerja. Tak ada rakan sepejabat, buat kerja forever alone, tidak ada rujukan, tidak ada pemantauan.... HOME ALONE. giteww~~


Aku bernasib baik, walaupon waktu pagi tu (waktu aku belum pergi pejabat) tiada sesiapa di rumah (mama ku ke bakerynya, abah ku ke ladangnya, adikku ke sekolahnya, anakku ke tadikanya) aku ditemani oleh 4 anak bulus kesayangan. Sambil update marketing page, aku suap mereka makan, sambil reply message, aku bersihkan mata dan sikat bulu mereka, sambil check email, aku mengemas bilik. Multitasking.


Aku ke pejabat agak lewat. Dari pemerhatian aku, awal pagi memang sunyi sepi area pejabat aku tu. Dulu masa mula-mula memang berkobar datang awal, kemudian petang jam 4.30 dah tutup pejabat. Rupanya, masyarakat sini suka melakukan aktiviti survey dan window shopping waktu petang. Office hour pon kurang, petang baru aktif. Jadi (thanks to my flexible working time), aku adjust balik waktu aku buka dan tutup pejabat. Pukul 11 baru aku pergi pejabat. 11.30 buka pejabat pon tak apa, yang penting pejabat tutup pukul 5.30. Ini kerana, aku dapati kedai ku ini dikunjungi orang pada jam antara 4 petang hingga 5.15 petang. Pagi memang sangat sangat sangat jarang.


Masa sekarang ni menunjukkan jam 10.12 pagi, dan aku sedang menaip entry ini di rumah. pagi ini sahaja, aku telah update page, set marketing untuk hari ini, check email, dan sempat update blog. Tak lupa juga anak-anak bulus ku semua dan makan, dah ber-groom, dah main, now mereka sedang tidur. Anak tunggal aku pon dah ke tadika jam 8 pagi tadi. Aku pon dan brunch. Pukul 11 nanti baru gerak ke pejabat.


Kerja dalam flexible time memang impian mana-mana wanita terutama sekali yang telah berumah tangga. Survey mendapati kebanyakan wanita yang bekerja 9 to 5 akan memilih untuk bekerja pada waktu flexible jika diberi pilihan. Bukan perkara asing bagi saya mendengar ibu muda memilih untuk resign pada usia belum pon 30-an. Mereka memilih untuk menjadi graduated-stay-at-home-mom. Perkataan suri rumah bukanlah perkataan yang hina dan memalukan lagi pada zaman kini. Sesiapa pon boleh menjana income dari rumah. Golongan wanita terutamanya lebih suka bekerja sendiri, pada waktu mereka sendiri. Kekangan kerja dan waktu yang terhad kepada anak dan keluarga merupakan faktor utama mengapa wanita memilih untuk stay-at-home.


Dengan adanya hubungan komunikasi masa kini, Facebook, blog, web 2.0... sesiapa pon boleh menjana income. Sesiapa pon boleh memulakan perniagaan di internet. Cuma persoalannya, berapa ramai yang akhirnya berjaya? Berapa ramai yang sebenarnya benar-benar menjana pendapatan lumayan melalui internet, dan berapa ramai pula yang sebenarnya hanya suka-suka mengisi masa lapang? Retailing mahupon e-tailing, physical shop mahupon virtual shop, apa yang penting adalah pengurusan (management). Suntikan modal mungkin mampu menjana lebih asset dan stock, namun pengurusan yang baik dari segi kewangan, stock, customer relation, dan service yang akhirnya menentukan jatuh bangunnya sesebuah perniagaan itu.


Gaya penulisan aku macam dah lain kan? (tetibew tukar topik). Asik buat assignment, buat report hari-hari... gini lah jadinya...


cetak t-shirt, button badge, banner, flyers, namecard http://cetakbaju.com/main.html

segalanya tentang kucing parsi  https://www.facebook.com/kucingparsi101

beli ebook import kucing parsi dan panduan memilih kucing parsi http://kucingparsi.com/


Comments

Popular posts from this blog

Cerita Hantu asrama lagi (mimpi berdarah)

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.