Apa aku nak tahun 2013 ni

Inilah entry pertama untuk tahun 2013.Alahai, makin slow blog aku ni.


Tahun ini aku mengharapkan rezeki yang lebih baik dari tahun yang lalu. So far so good. 2012 menyaksikan aku keciwa banyak kali. Kucing kesayangan aku mati. Astro. Aku tatang bagai minyak yang penuh. Bila tak ada Astro, Unona dah xde kawan. Aku carikan partner baru untuk dia. Alhamdulillah, Unona akhirnya pregnant. Lazzulibleu Cattery still standing. Tak sabar rasanya nak dapat anak-anak Lazzulibleu. Himalayan Persian Cattery. Wahh!! Satu pembukaan yang menarik untuk 2013 ini.

Tahun ini, seperti yang aku nyatakan tadi, aku inginkan rezeki yang lebih dari 2012. Lazzulibleu cattery merancang untuk mendapatkan seekor lagi queen. memang sedang mencari sebenarnya. Seekor yang dalam bajet. Yang penting kena female, Seal point. Since aku baru dapat pengesahan bahawa Unona adalah Tortie point. (Ya, mengejutkan, tapi aku tak kecewa, malah ini berita gembira bagi aku walaupon aku perlu spend USD10 untuk betulkan color dalam registration cert dia). Sebenarnya aku dah lama mencari tortieshell. tak kisahla tortie point ke, tortie CPC ke, tak CPC ke.. aku memang nak tortie.

Ada hikmahnya aku tak dapat beli mana-mana tortie tahun lepas. Rupanya Unona tortie. haish.. macam mana aku boleh tak perasan? sebab aku ikut sangat cert yg breeder buat. Memang dah lama aku perasan kaki Unona sebelah color lite. tak seal. Aku hanya ingatkan itu hanya default. Sebab pernah bawa ke show, judge tak komen apa pon pasal tu. Judge agree dia seal point. Tapi bila dia dah besar gemuk ni, aku tengok hidung dia sebelah hitam sebelah kuning. Aku refer balik pada breeder, dia confirmkan Unona memang tortie. hmm... so aku melompat kegembiraan lah.

Tahun ini aku nak dapatkan female yang betul-betul Seal Point.

Tahun ini juga aku nak dapat baka dari Lazzulibleu cattery.

Tahun ini aku nak holiday lebih sikit dari tahun lepas. Nak pergi lebih jauh dari tahun lepas.

Tahun ini aku nak lebih berdikari

Tahun ini aku nak jadi muslimah yang lebih baik

Tahun ini aku nak dapat Anugerah Dekan

Tahun ini aku nak sambung swimming lesson aku. Supaya aku boleh join open water swimming.


Oh ya, tahun ini adik aku kahwin. ooo yeah! Jadi tahun ini aku nak get back to my regime, supaya boleh pakai balik straight cut jeans saiz 24 aku tu. (dah lama gila tak dapat pakai. gemuks dah aku ni)

eh, orang lain yang kawin, aku yang nak lose weight kan.. hahaha.. biasa lah tu.

Apa lagi aku nak tahun ini. Eh, tengok aje lah tepi tu! Baru je update tu ha... =)


Bawah ni resolusi aku tahun lepas. Ada yang tercapai ada yang tak ek... Ada yang menten setiap tahun mesti ada resolusi tu. hihihi.



Comments

Popular posts from this blog

Cerita Hantu asrama lagi (mimpi berdarah)

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.