Bila suami disisi

Dah berapa minggu, aku check keyword paling popular tetap cerita hantu walaupon sebenarnya aku pernah tulis tentang cerita hantu adalah 2 kali je. Pelik tapi benar. Entry kali ini tetap bukan cerita hantu walaupon aku sedar itulah genre yang masyarakat paling minati (entah mengapa)

Minggu lepas adalah sangat sibuk dan sangat tensi. Tension sangat! Dah beberapa hari aku tidur awal. Pukul 9 malam dah x sedar apa dah. Ada je benda yang menyakitkan hati terjadi. 

Then, hari Ahad haritu, pagi-pagi dengan tak disangka suami kesayangan muncul depan pintu. Surprise le! Wah gembira tak terkata hahaha~

Jadi dipendekkan cerita, hujung minggu ku adalah sangat best walaupon x kemana-mana. Isnin pon suami ada lagi, maka sempatlah pula dia masuk pejabat Melaka tengok kawasan. Satu lagi task selesai, iaitu renew passport. Sempat la jugak Juwita merasa pergi sekolah abah hantar dan balik sekolah abah jemput. Dah lama dia inginkan tu.

Pagi tadi lepas hantar Juwita ke sekolah, suami berangkat pulang ke Klang. Hmm.. Bestnya hidup bila suami sentiasa di sisi kan?





Comments

Popular posts from this blog

Menempah penginapan percutian dengan AirBNB

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

5 aktiviti dan pengalaman unik yang boleh dilakukan sekitar Melbourne dan Victoria pada musim panas

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?