Cerita Hantu asrama lagi (mimpi berdarah)

Ini merupakan kali ke-3 blog ini menyiarkan cerita hantu. Bukan kerana minat, tapi kerana permintaan. Tak tahu kenapa orang suka menakutkan diri sendiri membaca dan mendengar cerita hantu. Lepas tu takut nak tido sorang-sorang, takut nak gi toilet. kan kan kan?


Untuk membaca 2 entry kisah hantu yang lain, boleh menuju ke link di bawah:

cerita hantu pertama

sambungan: kisah hantu kedua


Dan... kisah hantu kali ini adalah....

Mimpi Berdarah

Ada satu ketika, warga asrama perempuan berada dalam keadaan yang tegang dan sentiasa berjaga-jaga. Waktu siang kami sangat menjaga perbuatan dan perkataan, waktu malam pula tiada lagi gelak tawa dan gurauan. Hampir setiap malam ada bacaan yasin. Wahh, kalau difikirkan, bagus juga keadaan macam tu. Budak nakal pon jadi alim. Solat kat surau tak miss, semua on time. Semua cakap sopan santun, x de lagi gelak-gelak terbelahak dan bahasa-bahasa kesat. Kalah sekolah agama islam nokk~



Hakikatnya, kami semua dalam keadaan berjaga-jaga. Nak kata takut itu tak tepat, sebab ustazah dah pesan kita tak boleh takut. Untuk lawan iblis dan syaitan, kita kena berani. Iblis boleh baca hati manusia yang takut padanya. Jadi kami kuatkan hati.


Setiap malam sebelum tidur, rutin tidur kami sama. Selepas prep, semua ke tengah untuk bacaan yasin. Selepas itu, semua akan terus masuk tidur. Memang tak ada yang stay up lagi. Sebelum tidur pula kami semua akan membuat pagar. Start dgn bacaan ayat kursi untuk melindungi diri, kemudian 4 kali bacaan ayat kursi menghala ke 4 penjuru katil, kemudian 4 kali bacaan untuk 4 penjuru bilik, dan seterusnya 4 kali bacaan untuk 4 penjuru blok, dan akhirnya 4 kali bacaan untuk 4 penjuru asrama.


Kami buat benda tu setiap malam. I repeat, setiap malam. Aku tak tahu bagaimana kami survive dengan suasana begitu. Dalam keadaan macam tu pon, result kami gempak-gempak woo. Entah dari mana datangnya kekuatan aku. Kalau difikirkan semula, memang horror! Tapi pada waktu itu, tak terfikir langsung nak pindah sekolah atau keluar asrama. Nak cerita kat parent pon tak. Kami semua senyap sahaja.


Mengapa kami melakukan semua ini?


Segalanya bermula sejak kejadian seorang rakan asrama yang bangun pagi dalam keadaaan penuh berdarah di katil.


Rakan biliknya mengatakan bahawa pagi itu dia mengejutkan mangsa bangun pagi, dan melihat katilnya berdarah. Mulanya rakan biliknya itu ingatkan, kawannya itu period. Tapi melihat keadaan cadar dan katil yang penuh berdarah bertakung, tak mungkin darang period!!! Lalu dengan segera dia mengejutkan rakannya itu. Rakannya bangun dari tidur dalam keadaan lemah dan lesu, katanya dia mimpi di kejar makhluk yang sangat besar dan berbulu, dan kemudian dia berjaya ditangkap dan dipeluk makhluk besar berbulu itu. Makhluk itu merogol nya!!


Setelah diperiksa, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan. Bermakna darah itu bukan darah dia. Kata mangsa, dia berlari sepanjang malam, sampai tak larat berlari lagi. Kakinya habis lenguh-lenguh memang seperti baru lepas berlari berpuluh-puluh kilometer. Buat pengetahuan, mangsa merupakan atlet sekolah (pemain hoki, dan beberapa sukan yang lain), jadi boleh dikatakan dia seorang yang sangat fit dan tinggi stamina. Tapi pagi itu mangsa kelihatan sangat letih dan tidak bermaya. Seluruh kakinya tidak berdaya berdiri lagi


Ustazah merangkap warden segera diberitahu. Pagi itu, dengan bantuan ustazah dan rakan sebilik, mangsa di bawa ke hospital untuk check up. Doktor mengesahkan tiada kecederaan pada badan mangsa. Kisah ini disenyapkan demi menjaga keamanan dan ketenteraman sejagat. Namun rumors tersebar dengan meluas.


Ada cerita mengatakan doktor memang tidak menemui sebarang kecederaan pada badan mangsa, tetapi pemeriksaan yang lebih mendalam mendapati kesan di rogol. Mangsa telah dirogol!!! bagaimana ia mungkin?


Benar atau tidak mangsa ada kesan di rogol ini hanya mangsa, ustazah, rakan sebilik dan doktor sahaja yang tahu. Mungkin ia terlalu privasi dan demi menjaga air muka mangsa, kisah sebenar tidak diceritakan pada semua. Namun kisah cadar dan tilam berdarah tidak dapat disembunyikan lagi. Semua warga asrama sudah mengetahui kisah itu dan hati masing-masing sudah tidak tenteram.


Sejak dari kejadian itu lah, kami mula membaca yasin setiap malam dan membuat pendinding beramai-ramai sehinggalah habis semester.


Kisah ini tertanam dalam minda kami semua dan kekal sebagai kenangan yang tidak dapat di lupakan.

Comments

Popular posts from this blog

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.