Bunga dari kundasang

Bunyi tajuk macam nak jual puisi. Tapi sebenarnya cuma nak tunjuk gambar bunga bungaan yang cantik di tanah tinggi Kundasang.


Tak ramai yang tahu bahawa Kundasang sebenarnya dingin cuacanya. Ada yang belum pernah tiba, tapi dengan sceptikalnya mengatakan, "alah, sejuk2 suam macam Cameron Highland je". Bagi saya tak sama. Seingat saya, kali terakhir saya ke Cameron Highland adalah masa anak dara dahulu. Dah tak sejuk mana pon. Dengan kata lain, pakai tshirt short sleeve pon boleh ( jika lelaki lah. Kita wanita panas macam oven pon kena pakai lengan panjang ye dok).


Apa yang saya nak beritahu di sini, Kundasang lebih dingin dari Cameroon Highland. Lebih-lebih lagi waktu petang, tambah pula cuaca mendung dan hujan, angin nya pula kuat sekali. Dingin sekali suhunya! Tapi dingin-dingin pon, tidaklah sehingga perlu pakai baju berlapis-lapis. Cukup lah
tambahan windbreaker atau sweater. Tak payah la nak berangan nak pakai wintercoat siap berbulu di tengkuk. Itu over namanya. Long john pon x perlu bawa. Tapi kalau bawa long john, ku kira memang selesa tidur malam. Sebab hotel di sana tiada 'fireplace' mahupon heater. Menggeletis juga lah bila badan menyentuh katil. Ambil masa juga selimut nak hangat. Harapkan hangat badan. Jika nak honeymoon memang sesuai, confirm berpelukan sepanjang malam. 

Habis cerita dinginnya Kundasang. Hubungannya dengan tajuk adalah nak kaitkan cuaca yang nyaman dan dingin itu dengan bunga-bunga di sana yang indah-indah belaka. Antara faktor utama nya adalah nyamannya udara di sana. Persis syurga dunia.


Tak puas melihat, nak petik sayang pula. Bunga yang indah tak perlu di petik. Cukuplah sekadar menyimpan dalam memori dan jika boleh simpan dalam album gambar, lagi lah bagus!

















Comments

Popular posts from this blog

Cerita Hantu asrama lagi (mimpi berdarah)

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.