Ketam mengajar anak berjalan


Ada seorang pakcik masuk ke dalam kedai kek mama aku. Dia bukan nak beli kek tapi nak beli kupon parking. Memang kami agen kupon parking di area Jasin pun. Bukan lah banyak dia nak beli, sekeping aje. Dengan baju batik, muka unfamiliar, gaya pun tak macam orang tempatan. Tambah lagi dia nak beli sekeping je kupon parking. Confirm orang luar. (Kalau orang sini mesti biasanya mereka beli sebuku kupon terus) 


Lepas pakcik tu bayar 50sen, dia tegur, 

"Salah tu eja span" 

"Haa?" Termangu sekejap aku. Petang-petang memang la blur kan. Tambah lagi dengan cuaca yang panas, rasa macam nak landing je atas katil dalam bilik rehat tu. 

"Tanda tu, tulis kek span. Salah tu eja span" 

"Oh iya ka?" Aku buat-buat dungu. Sambil buat muka mak andih. Sambil tu aku pandang juga tanda yang di maksudkan. Aku tengok sambil dalam hati memikir juga, apa yang silap eh?? Tak sempat aku tanya pakcik tu dah jawab,

"Salaaahhh... S. P. A. N sebut nya spen... Bahasa inggeris~~ patutnya span ejanya S. P. U. N. Baru sebutnya span. Kan? Bahasa inggeris lah. SPUN baru betul sebut dia span!"


........   ..........  ..........


Perghhhh!!! Aku tak tahu aku nak gelak ke nak nangis. Sadis giler situasi tu. Aku sampai terpikir, mungkin pakcik ni saje je melawak kott? Atau dia saje nak uji aku je sebenarnya? 


Tergamam aku seketika. Lepas tu aku sengih. Hampir-hampir aku menjawab 'salah' pada pakcik tu, tapi aku batalkan niat. Biar laaaa bagi dia rasa hebat sikit. Dapat betulkan ejaan yang salah dalam kedai kek kat kampung jasin ni khenn. Bangga tu~~~!! 


Tanda harga dalam kedai ni pon satu hal juga, ada yang bahasa inggeris, ada yang bahasa melayu. Ada tanda bertulis "american chocolate cake" hamik kau american hokeyy! Tapi di sudut lain pula, ditulis "kek span coklat". Agaknya pakcik ni confuse. 

Tapi ejaan kek tu pun dah bahasa melayu, tulisnya 'kek' bukan 'cake', so understood la ayat tu bahasa melayu kan?


Tapi isu yang paling besar disini, ejaan kek span dalam bahasa inggeris bukan SPUN CAKE tapi SPONGE CAKE. 


Hmmmmmmm.... Garu kepala. 


Penguasaan bahasa inggeris kita sudah meningkat kononnya~~ tapi 80% guru bahasa inggeris pun x lulus ujian competencies bahasa inggeris. Opss~~!



Tokoh kita hari ini. 

Comments

Popular posts from this blog

Cerita Hantu asrama lagi (mimpi berdarah)

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.