Karier vs wang vs masa

Successful carrier.
Lotsa money.
Time. 

Obviously we cannot have all of it at the same time. Kadang kala aku rasa nak pursue a successful carrier. Jadi wanita berkerjaya yang berjaya. Tapi bila fikir balik, boleh ke aku kerja 9am- 5pm, 5 hari seminggu? Ada je benda aku nak buat hari selasa, hari rabu... Aku suka pergi travel start hari selasa sebab hari selasa flight lagi murah dari hari Jumaat! Aku suka duduk hotel hari rabu sebab rate malam rabu lagi murah dari rate malam sabtu! Aku suka travel lama, paling kurang mesti seminggu. Apa barang pergi bercuti hujung minggu. Oleh itu, disebalik naluri aku ingin menjadi wanita korporat yang berjaya, aku sayang meninggalkan kebebasan masa yang aku ada. 


Lotsa money. Tak semestinya perlu jadi wanita korporat. Tak semestinya kena kerja dengan orang untuk dapat banyak wang. Nak buat apa wang? Rasa bebas. Bebas kewangan apabila ada banyak
wang dalam poket. Tak risau minyak nak habis, tak risau lalu banyak tol, tak risau cukup masa nak kena service kereta,  renew insurance kereta, renew cukai jalan, tak risau anak nak masuk sekolah, tak risau nak ke mana-mana sebab duit sentiasa ada. Macam aku cakap, nak banyak duit tak perlu kerja dengan orang. Tak perlu jadi kakitangan kerajaan. Banyak kes, orang bekerja sendiri lagi banyak duit dari orang makan gaji. Tapi banyak mana sebenarnya yang orang kerja sendiri dapat?


Kais pagi makan pagi. Perbidalan sahaja. Maksud sebenar, kau kerja banyak, banyak la kau dapat. Kerja sikit, sikit lah kau dapat. Kalau kerja lebih? Maksudnya korbankan masa lapang, hasil dapat banyak. Kalau nak lebih masa lapang? Maksudnya kurangkan kerja, hasil pun sikit la dapat. Tak boleh dapat dua-dua. Kena pilih. Nak masa ke nak duit? Bahasa kasar nya begitu lah. Sekali sekala dapat kais besar sikit, kenyang makan 2 bulan. Tapi takkan 2 bulan tak kerja? Habiskan duit yang di kais, lepas tu? Kais lagi. Macam tu lah. 


Jadi macam mana? 


Nak kerjaya yang mengancam dengan jawatan yang di bangga-bangga bila balik kampung, tapi sebenarnya tiada masa untuk aktiviti sendiri?

Atau wang yang banyak hasil kerja sendiri tapi masa habis dengan kerja, kerja, dan kerja sahaja? 

Atau wang cukup-cukup aja (tapi kadang-kadang sesak), tapi masa sentiasa cukup dan lapang untuk diri dan aktiviti sendiri? 


Aku memang tamak. Kalau boleh aku nak kerjaya mengancam, banyak wang, dan masa lapang yang banyak. Agak mustahil gabungan itu. Kecuali jika aku ni casino taicoon, atau tokey kilang gula, atau mungkin jika aku adalah David Teoh. Tahap itu, baru boleh dapat kerjaya mengancam, wang mengancam, banyak masa lapang. 


Sekarang? 

Oleh kerana terpaksa membuat pilihan, aku sanggup tiada kerjaya mengancam asalkan ada banyak masa lapang. 


-falsampah seorang wanita tiada kerja-

Comments

Popular posts from this blog

Menempah penginapan percutian dengan AirBNB

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

5 aktiviti dan pengalaman unik yang boleh dilakukan sekitar Melbourne dan Victoria pada musim panas

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?