Orang kaya je ke boleh main saham?

Tidak benar sama sekali

Sebenarnya, untuk invest dalam pelaburan saham tidak memerlukan modal yang besar. Maksud aku untuk memulakan langkah itu, bukan untuk pelaburan itu sendiri. Untuk memulakan langkah, apa yang anda perlukan hanyalah IC Malaysia yang sah, bank statement, dan duit kertas RM10. Kalau nak bayar dengan syiling 10 sen sebanyak 100 keping pun boleh. Aku tak larang. Tapi bersedialah untuk direnung manja pegawai bank, ok? Dan yang paling penting, empunya diri perlu hadir di mana-mana investment bank pilihan untuk membuka akaun CDS dan trading akaun. Anda perlukan 2 akaun tersebut sebelum boleh mula membeli dan menjual saham.


CDS, atau dengan perkataan lain Central Depository System, gunanya macam akaun lah. Bila beli saham, saham tu akan masuk dalam CDS akaun anda. Kalau anda jual saham tu, saham tu akan di debitkan dari akaun CDS anda. Trading akaun pula, perlu untuk melakukan transaksi itu. Anda kena ada duit dalam trading akaun untuk beli saham. Nak masukkan duit dalam trading akaun senang je. Mana-mana broker akan berikan nombor akaun untuk anda deposit duit, lepas anda deposit duit, anda notify broker. Selepas broker sahkan transaksi anda, broker akan masukkan amount tu dalam trading akaun anda supaya anda boleh melakukan transaksi jual beli saham. Setakat ini sangat mudah di fahami kan?


Jadi berbalik pada persoalan, adakah orang kaya je main saham? Jawapannya tidak. Sebab nak buka akaun hanya perlukan anda ada RM10 dan anda tidak bankcrupt! 


Sekarang kita sentuh pasal harga saham pula. Saham dijual dalam bentuk lot. Satu lot ada 100unit. Anda boleh beli minimum 1 lot. Satu unit saham boleh berharga mencecah puluhan ringgit. Tapi ada saham (ada orang gelar penny stock), harganya sangat murah! 20 sen, 30 sen sesaham. Warrant kadang kala keluar dengan harga 5 sen sesaham! Murah gile kan? 


Tapi untuk trade, anda perlu kira keberbaloiannya tu. Mengapa? Sebab setiap transaksi ada brokerage fee dan fee lain-lain yang terlibat. Kalau setakat beli 1 lot saham berharga 20 sen sesaham, lepas tu jual balik dengan harga 30 sen sesaham, anda baru dapat capital gain rm10. Habis tu kalau brokerage fee RM28? Tang mana untungnya tu? Lagi satu, alaahai untung RM10... Budak tadika pon gelak dek non!! Baik jual sandwich kat kantin, lagi berbaloi. 


Jadi next entry saya nak cerita tentang keberbaloian. Berapa amount yang sedap nak trade supaya rasa berbaloi la anda "sacrifice" duit lebihan anda ke sana. Next entry juga, saya nak cerita tentang konsep return, capital gain dan current income. Akademik sikit tapi percayalah, ia amat menarik! 


Sehingga bertemu lagi.. Daa!!





Comments

Amir Awang said…
hehe. betul. kalau beli 1 lot jika saham 0.20 sen seunit, tak berbaloi

sebab tak lepas nak bayar cas-cas dia. hehe

Popular posts from this blog

Menempah penginapan percutian dengan AirBNB

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

5 aktiviti dan pengalaman unik yang boleh dilakukan sekitar Melbourne dan Victoria pada musim panas

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?