Benak hatiku


Sebelum cerita tentang kejayaan, fikirkan dahulu apa yang sanggup kita korbankan untuk berjaya. Satu quote yang saya suka, "Untuk dapat apa yang kita suka, kita kena belajar untuk suka apa yang kita benci"


Terus terang, saya tak suka studi dulu. Tapi saya dah buat vision board. Dalam tu tulis memang nak 4.00 tiap semester. Dalam tu tulis nak sambung master kat UniMelb. Siap ada gambar lagi. Dalam kebencian dan keterpaksaan, otak saya ter set sendiri. Dalam demam teruk pun capai juga buku, dalam malas PMS sindrom pun buka juga iclass LMS sambil baring. 

Sebab apa? Sebab minda saya dah ter set. Saya yang set dengan vision board yang saya buat tu. Bukan vision board main2. Siap ada tandatangan aku janji. Kalau saya langgar maksudnya saya tipu diri saya sendiri. Allah jadi saksi. Kita kena percaya akan kekuatan minda separa sedar kita. Minda yang keep telling your heart to keep beating. 

Balik pada cerita, saya dulu tak suka studi. Tapi sebab hari2 buat benda sama, tiap malam selak buku buat research, lama2 jadi suka. Rupanya, "suka" ni boleh dibentuk. Boleh dilentur dan diajar. Kita boleh ajar diri kita untuk suka dan tak suka. Semuanya ada dalam minda.

Saya suka tidur, tengok movie, baring kat padang rumput yang lapang tengok langit. Tapi sebab nak capai vision saya, saya korbankan 80% dari apa yang saya suka. Saya korbankan masa saya termenung jauh di padang rumput kepada mengadap research dan assignment2 semata-mata untuk capai apa yang saya nak dalam vision board. Saya korbankan kesenangan sekarang untuk kesenangan yang lebih di masa hadapan. Macam konsep investment lah. 

Saya sebenarnya pemalas. Sebab tu dulu saya gemuk. Malas nk jalan, malas nak belajar, malas nak kerja, semua saya malas. Tapi sebab diri saya yang malas ni lah buat saya fikir saya memang takkan boleh kerja dengan orang. Takkan ada employer yang nak ambil pekerja yang pemalas. Sebab saya malas lah saya tak kerja dengan swasta mahupun gomen. Saya tak suka orang set masa saya. Sebab tu saya belajar e-pjj. Sukati saya lah bila nak masuk i-class. Pukul 3 pagi pun xde sapa nak larang. Takde sapa nak arah saya masuk kerja pukul berapa keluar pukul berapa, kelas pukul berapa. Eh, masa saya, saya punya suka la! Saya bukan robot nak ikut cakap orang aja. 

Sebab saya pemalas lah saya fikir, saya taknak kerja susah sampai tua. Kalau boleh nak senang senang je jalan sana sini sampai bila-bila. Saya nak jadi pemalas sampai bila-bila. Tapi nak jadi orang malas-malasan, terpaksa la usaha keras dulu sekarang. Jadi nanti kita boleh malas-malasan sepuas hati. 

Saya suka kerja dari rumah sebab saya tak suka bersiap pagi-pagi buta pergi kerja. Saya suka kerja dari rumah sebab bila-bila rasa badan dah gemuk, boleh terus amik tali skipping, skipping 2000x atau paling tidak, keluarkan yoga mat, buat senaman perut dan peha. Saya suka kerja dari rumah sebab saya tak payah jumpa ramai orang-orang pelik yang annoying. 

Bagi saya kejayaan itu sangat subjektif. Jika kejayaan itu hanya di nilai dari besarnya kereta, besarnya rumah, besarnya keluarga, alangkah loser nya keadaan saya sekarang ini. Kereta saya kecil aja, rumah sendiri pun tak ada, keluarga pun kecil, ada anak satu sahaja. Jadi kalau kesimpulan tadi di ambil kira, bermakna saya ini tidak berjaya lah. Atau dengan kata lain, gagal. Bagi saya adalah sangat shallow pemikiran seperti itu. 

Kejayaan itu terletak pada apa yang seseorang itu sendiri tetapkan. Success is in the eye of the beholder. Cuba tengok gunung averest. Berapa ramai yang set untuk sampai ke kemuncak? Adakah jika hanya sampai ke kemuncak sahaja dikatakan berjaya? Ya, dia berjaya, jika dia memang set untuk sampai ke kemuncak, dan dia berjaya sampai. Tapi bagaimana jika seseorang itu hanya set untuk sampai ke kaki banjaran himalaya untuk lihat gunung everest dari dekat?  Bagaimana jika berjaya sampai ke kaki banjaran himalaya? Adakah dia dikatakan berjaya atau tidak berjaya? Sebab itu, saya kata kejayaan itu subjektif, bergantung pada apa yang dia sendiri letakkan. 

Sebab itu, kita kena set kejayaan kita tinggi. Kalau boleh, set lebih tinggi dari kemampuan. Kalau target kita tu tak menggigilkan hati kita sendiri, maksudnya target kita tu tak cukup tinggi. Kalau waktu kita tulis target kat vision board tu kita tak menggigil menangis, maksudnya bision kita tak cukup besar. Tak cukup kuat. Kena main emosi. Sebab bila kita rasa hilang, kita tengok balik vision board kita, kita akan nangis balik. Betapa kuatkan kuasa minda. Jangan perlekehkan emosi dan air mata. Kerana dalam setiap hati yang lembut itu ada satu kuasa luar biasa yang tak dapat nak di jelaskan dengan kata-kata. Kuasa yang menolak kita untuk teruskan berjalan walaupun kaki terluka. 




Comments

Popular posts from this blog

Menempah penginapan percutian dengan AirBNB

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?

Kemas kini gambar passport anak anda