Posts

Showing posts from August, 2014

Anakku, jangan kau kahwin dahulu

Image
Anakku jangan kau kahwin dahulu. 




Satu hari nanti, akan tiba masanya Juwita menjadi remaja maka ketika itu hanya satu nasihatku, 

Anakku, sebelum kau menemui sang jejaka dan otakmu diracuni idea untuk menamatkan zaman bujangmu sebegitu muda, lihatlah dunia ini anakku, mengembaralah kamu ke pelosok dunia. Luaskanlah penglihatanmu, bukalah hatimu pada kepelbagaian di dunia ini. Lihatlah kebarangkalian yang ada di luar sana. Usah kau sempitkan fikiran mu di bawah tempurung kelapa kerana dunia ciptaan ilahi ini luas, dan bukan di cipta untuk kamu duduk di rumah sahaja. Terbanglah bebas serata dunia kerana kelangsungan kehidupan adalah hasil migrasi spesisnya. 

Tidakkah engkau ingin melihat Al-hamra?  Berjalan di kota Cordoba?  Merentasi lembah Himalaya?  Melihat matahari terbenam di pulau Santorini?  Memetik buah ceri dari pokok?  Melihat dengan mata sendiri pokok zaitun tertua di dunia?  Merasai sendiri enaknya pasta buatan tangan?  Minum kopi terenak di Melbourne?

Maka sebelum kau ucapkan perkataa…

Hangatkan jiwamu disaat salji membeku

Image
Hangatkan jiwamu di saat salji membeku.
Aku baru pulang dari Melbourne beberapa hari lepas. Ini bukan kali pertama aku ke Melbourne dan bukan juga kali pertama aku merasai salji dan bermain di salji. Mount Bawbaw bukanlah nama yang asing bagi aku kerana tahun lepas pun aku ke sana bersama keluarga juga. Tapi yang membezakan kali ini dengan yang lepas-lepas adalah pengalamannya. Unik dan tersendiri. Walau ke tempat yang sama, jalan yang sama, lokasi yang sama, namun pengalamannya tetap berbeza.