Hangatkan jiwamu disaat salji membeku

Hangatkan jiwamu di saat salji membeku. 

Aku baru pulang dari Melbourne beberapa hari lepas. Ini bukan kali pertama aku ke Melbourne dan bukan juga kali pertama aku merasai salji dan bermain di salji. Mount Bawbaw bukanlah nama yang asing bagi aku kerana tahun lepas pun aku ke sana bersama keluarga juga. Tapi yang membezakan kali ini dengan yang lepas-lepas adalah pengalamannya. Unik dan tersendiri. Walau ke tempat yang sama, jalan yang sama, lokasi yang sama, namun pengalamannya tetap berbeza. 





Salji yang lebih tebal dari biasa. 

Tidak seperti tahun lepas, tahun ini salji di kawasan pergunungan daerah Victoria sangat sangat tebal. Dan kami tiba pada waktu yang sangat tepat! Salji memutih turun setiap pagi dan petang malah tengah malam. Setiap pagi kami dihidangkan salji segar setebal 10 hingga 15cm. Malah bermain tabbogan pun dalam suasana salji turun. Suhu tidak pernah lebih tinggi dari -1 darjah calsius. Malamnya mencecah -5 darjah. Indah sekali pengalaman itu. 






Jalan tar yang membeku.

Ada habuannya yang perlu diterima jika mahukan salji yang tebal. Suhu yang dibawah negative menyebabkan jalan tar membeku. Jalan tar, yang senantiasa basah malah curam berliku menuju ke puncak gunung kini menjadi jalan ais. Walau dengan bantuan "chain" atau rantai yang diikat pada tayar, tayar tetap tidak menggrip jalan. (Semasa "declared winter season" tidak ada kenderaan 2WD dibenar naik ke kawasan salji tanpa chain tyre). 


Inilah rupanya chained yang di ikat pada tayar. Memasangnya bukan mudah. Apatah lagi perlu dipasang di check point terakhir di mana suhu telah mencecah paras beku dan anginnya menusuk ke kalbu. 



Tanpa pengalaman dan kepakaran membawa kenderaan di atas ais, jangan mimpi dapat tiba di puncak dengan selamat. Kami dibantu crew yang kebetulan mahu menuju ke puncak juga. Stereng bertukar tangan, kepakaran crew terserlah apabila dia berjaya membawa kereta kami dengan selamat ke puncak setelah beberapa kali percubaan. Jauh lajak yang di ambil. Tayar berapi-api apabila chain bergesel dengan ais di jalan raya. Satu pengalaman yang tak akan diperolehi di dalam negara panas sepanjang tahun. 







Ribut salji yang mengharukan

Ketika ribut salji, segala yang indah tentang salji yang gebu, cantik memutih hilang sekelip mata. Anginnya sangat kuat menampar muka, saljinya tajam mencucuk-cucuk pipi, sejuknya hingga ke tulang sumsum. Bayangkan pula, jika dalam keadaan haru seperti itu, kami perlu menarik bag luggage yang berat, bukan di jalan rata, tapi di jalan yang dipenuhi salji yang tebal. Kaki kami terperosok masuk ke salji tiap kali kami melangkah. Jalannya pula berbukit-bukit. Dan di dalam samar-samar cahaya yang semakin menggelab, kami sesat pula di tengah ribut itu!!! Aduhai.... Tak tergambar perasaan ketika itu. 




Selepas awan kelabu, sinar menunggu.

Selepas ribut hingga tengah malam, esoknya merupakan hari yang terindah sekali. A perfect day. Salji masih turun dengan lembut. Lembut sekali menyapa muka. Matahari menyinar ceria. Kaki penuh dengan salji segar hingga ke paras keting. Pandangan di luar tingkap dan pintu hanyalah putih putih dan putih. Pokok-pokok diselaputi salji. Ahhh... Indah sekali. Tak dapat diungkap dengan kata-kata.

Ini cabin tempat kami bermalam 3 hari di sana

Ini slope kami tobbagoning. Freshly groomed every morning. Best dapat rasmikan slope yang fresh.

Ini jalan menuju ke ski dan snowboarding slope. 


Kami mendaki menuju ke puncak tertinggi untuk melihat panorama

Almost there!


Fresh ungroomed snow. 


Spectacular view dari atas sana. 


Humanity exist out there 

Keluar dari kepompong kehidupan yang pura-pura, dari dunia maya yang penuh dengan syak wasangka, prejudis, dan kebencian. Media sosial sarat dipenuhi dengan berita yang memualkan sehinggakan yang tertanam dalam minda hanya ketakutan untuk keluar rumah dan sentimen sesama manusia. Rakan-rakan maya seolah-olah cuba menanamkan dalam minda bahawasanya "humanity has failed" dan dunia ini hanya tinggal penindasan, ketidak adilan, kekejaman dan kejahatan. 


Cuba sekali anda menggembara keluar kepompong anda, keluar dari dunia maya yang penuh kisah sensasi, anda akan nampak betapa indahnya dunia ini dan betapa banyaknya kemanusiaan yang wujud di dalam jiwa-jiwa insan tanpa mengira bangsa dan agama mahupun warganegara. Anda akan termalu sendiri dengan sikap prejudis dan syak wasangka yang menebal dalam jiwa anak-anak bangsa di negara sendiri. Anda lihat sendiri betapa besarnya empathy, humanity, dan tolerance pelbagai bangsa di dunia. Anda akan lihat betapa sebenarnya dunia adalah tempat yang sangat cantik apabila anda melihatnya dari tingkap yang jernih. Kelabu pada pandangan anda adalah keladak dari cermin hati anda sendiri.


Travel makes you wiser, makes you be a thinker, and make you feel smaller. You build a huge tolerance inside you. Your heart open to any differences and you will see the world and its people differently. 

World is a beautiful place. All you have to do is to clean your window and go see it yourself, outside. The truth is out there, not in a social media. 




For more beautiful picture along my journey and to follow my travelog, kindly follow my instagram account: N_hida_Halim




Comments

Popular posts from this blog

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Dari Klang kami ke Redang

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?