Tabung buluh seorang pengembara

Tiap orang ada cara masing2 untuk menyimpan, bergantung pada matlamat dia menyimpan wang itu. Betul tak? Bagi traveler atau orang yang memang minat mengembara, tidak sah lah kalau tak ada tabung buluh khas untuk travel. Kalau letak dalam akaun je pun bahaya, silap-silap tershopping online tau-tau dah overspend. Kalau simpan cash bawah bantal pulak, kang tiba-tiba nak beli GoPro, wahh selamba je tutup mata ambil duit tu. Kan? 


Susah kan nak disiplin menyimpan? Kecuali ada satu determinasi yang kuat sampai jadi kedekut habis kat diri sendiri, tak beli apa-apa. Susah juga tu. 


Saya ada satu cara saya sendiri untuk menyimpan. Dengan cara ni, kiranya saya takde peluang dan susah untuk saya terguna duit tu. Caranya adalah dengan menyimpan duit untuk travel dalam
matawang asing. Nahh! Kan susah nak terguna tu. Sebab banyak kerjanya. Kena pergi money changer la pulak untuk tukar, baru boleh guna untuk belanja.   So akhirnya duit tu tersimpan aja tak guna. 


Nampak macam sikit... Macam 600aud. Tapi kalau convert dah RM1800 lebih! Kalau 300euro, dah RM1200 lebih!!! Hahaha!!! Best tak cara saya cheat diri sendiri? Dengan cara ni, saya jadi rasa macam tak berduit kat negara sendiri, so takde nak berbelanja-belanja macam-macam. Nak taknak terpaksa keluar negara untuk berbelanja. Hahahaha!!! 


Kena pandai tipu diri sendiri secara psychology. 



P/s- kalau berniat nak convert balik matawang aud ke RM bila balik dari Australia, jangan bawa balik coins banyak-banyak macam ni. Sedangkan shopping dalam AirAsia pon tak accept aussie coins, apatah lagi money changer. Kalau niat nak pergi lagi aussie next time takpe lah. Coins atas tu bernilai hampir 10aud. Dekat 30 ringgit malaysia dah tu! Hahaha!!

Comments

Popular posts from this blog

Menempah penginapan percutian dengan AirBNB

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?

Kemas kini gambar passport anak anda