mulia sangat kah kau?

Antara sifat perkauman, prejudis dan kemanusiaan.



Pada suatu hari, aku scroll scroll newsfeed FB dan aku ternampak ada gambar seseorang kongsi, tentang seorang lelaki warganegara bangladesh yang telah disimbah petrol dan dibakar. Habis mukanya hangus. Dalam segelintir yang simpati, ramai pula yang mengagak itu ini. 

"Agaknya dia ada buat something la tu"

"Kita tak tau apa dia buat. Entah2 kacau bini orang. Layak lah kena bakar. Nasib baik tak kena masuk guni, lempar dalam sungai"

"Orang bangla memang macam ni. Bila dah lama kat sini mula naik kepala. Saya memang tak suka bangsa ni" 

..........


Kejap ye aku nak cuba paham.

.............

Tak, aku tak paham!


Kenapa ada assumption?
Kenapa ada prejudis?
Kenapa ada syak wasangka?
Kenapa ada tuduhan?
Kenapa ada hukuman?
Kenapa?
Kenapa?


Kenapa tak simpati?
Sukar kah untuk sekadar simpati?
Bukan nak suruh tolong, cuma nak melahirkan simpati pun tak boleh.
Apakah tidak ada sifat kemanusiaan dalam diri? 


Assumption.
Benar kah?

Apakah semua manusia berkulit hitam itu JAHAT?
Adakah semua manusia kulit putih itu BAIK?
Adakah semua penganut agama lain itu HINA?
Adakah semua yang beragama islam itu MULIA?
Adakah semua BANGSA lain itu SETAN?


Kemanusiaan. 
Tahu atau tidak maksud sifat kemanusiaan.

Manusia itu sama, tidak kira apa warna kulit nya, apa bangsanya, apa kaumnya, apa agamanya. Manusia itu sama. Darah tetap merah. Asal dari tanah.

Menganut agama Islam tidak membuat kau lebih mulia dari penganut agama lain, jika hidup kau mendongak langit, bahasa kau penuh caci maki, minda kau penuh prejudis dan negativiti, tak habis menghitung dosa pahala, menentukan syurga neraka, mengkafir manusia-manusia. 

Menjadi melayu tidak menjadikan kau bangsa terulung di muka bumi, jika hidup kau tak habis mengagungkan sejarah sendiri, sampai kesudah cerita hang tuah, hang nadim, dan pendekar awang (yang kononnya orang pertama mengelilingi bumi, bukannya Ferdinand Mageland) sedangkan manusia lain disudut lain bumi ini, setiap hari mencipta sejarah sendiri. 

Menjadi putih (sedikit) tidak membuatkan kau lebih yakin diri, kalau bila dihadapan orang ramai suara kau tenggelam timbul di dalam bunyi kipas angin, nafas kau sesak, tangan kau menggigil. Menjadi putih (sedikit) tak membuatkan kau fasih berbahasa inggeris. Bahasa melayu pun belum tentu kau mahir habis. 


Manusia itu sama. Darah sama merah. Asal dari tanah. 

Agama kau tidak membuatkan lebih mulia dari orang lain,
Bangsa kau tidak membuat kau lebih mulia dari orang lain,
Warna kulit kau tidak membuat kau lebih mulia dari orang lain,
Warganegara kau tidak membuat kau lebih mulia dari orang lain,
Jika engkau terus dengan sikap prejudis, skeptical dan racist. 

Jika kau boleh berfikir setahap ini, barulah kau di kata ANAK DUNIA.





Lunch dengan pakcik-pakcik pilifino. Ketupat (Boso), salad timun dan bawang, ikan mackerel yang super besar di grill kosong, ada kicap cili buat cicah. Menu lebih kurang kita ja kan? Muka pun lebih kurang kita. Apa yang nak di dongak langit nya? Di mana bumi di pijak, di situ langit di junjung.



Comments

fizanur said…
semoga berbahagia di samping keluarga.


jom luangkan masa dengan membaca

kenali anak kita

Popular posts from this blog

Menempah penginapan percutian dengan AirBNB

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?

Kemas kini gambar passport anak anda