Posts

Showing posts from March, 2015

Bau ibu macam bunga

Image
Tiga hari lepas aku menonton movie "book of life" dengan Juwita. Manolo, watak utama dalam movie tu menggambarkan ibu dia sebagai "always smell like flower". Bukan kali pertama hokey aku dengar script macam tu. Banyak kali. Banyak movie kott ada script mcm tu. Ada aku pernah tengok dalam cerita lain, dia kata ibu dia "smell like rose". Perghh!! Asal nak describe ibu je mesti nak kata ibu bau macam bunga. Bunga bau macam ibu. eh?

Sentap aku tau tak. Aku pun tak ingat bila mana aku ni, yang mana seorang ibu ni, berbau bunga. Aku ada macam-macam bau kottt. Kadang-kadang aku berbau bawang putih, kadang-kadang aku berbau bawang merah. (dah macam bawang putih bawang merah dah). Nak lagi teruk, ada masanya aku berbau petai dan jering. Ada time pulak, aku berbau ikan goreng. Kalau time lepas mengemas rumah, aku berbau masam-masam masin hahaha! Kalau baru bangun tidur pagi-pagi? Aku berbau air liur basi. Bila masa nya tah nak berbau bunga???

Hari terakhirku di kepulauan Maldives

Image
Hari keempat


Yellow fin tuna
Menunggu orang membeli belah memang memenatkan. Tapi bila yang di shopping adalah ikan tuna lautan hindi, ia sesuatu yg perlu di perhati. Kalau tak membeli sekali pun, mengikuti langkah demi langkah itu sudah cukup memadai dan berharga. Sekurang-kurangnya ada sesuatu pegalaman baru yang di rasa. Jenuh menunggu dan lenguh kaki terubat dengan gelagat penjual dan fish monger. 
Ikannya bukan kecil-kecil. Yellow fin tuna saiznya lebih besar dari bayi manusia. Average size adalah dalam 20kg. Ada yang lebih besar dari itu mencecah 30 ke 40kg. Alangkah besarnya hasil dari lautan hindi ini.

Dan sebenarnya, paling ku kagum adalah kegigihan pelancong luar negara membeli ikan.

Aku di kepulauan Maldives 2

Image
Hari ketiga


Sandbank. 

Itu lah matlamat hari ini. Sekurang-kurangnya itu yang disasarkan kumpulan ini. Selagi tak sampai, tak jejak, tak ada gambar di situ, tidak lengkap perjalanan. Tak puas jika tidak ber gopro di situ. Sampai dapat post di instagram dan check-in pula di pasir itu baru boleh pulang.  
Aku? 
Aku layankan aja. Mana-mana pun cantik. Sandbank memang sesuatu yang unik di Maldives. Tapi sementara belum tiba di situ, yang didepan mata ni kita jangan buat tak nampak. Sexy beach. Saujana mata memandang indahnya. Lautnya pelbagai warna, pasirnya memutih. Ombaknya memukau. 
Oh, aku menyesal tak cuba SUP di sana. Rupanya ada. Dah hujung-hujung waktu baru perasan. Ah tak apa lah. Lain kali, lain waktu, atau mungkin lain lokasi, boleh cuba. 

Sexy beach letaknya di Maafushi Island. Public island yang indah dan ada banyak hotel dan resort. Rate harganya tidak semahal private island resort. Pulaunya tidak kalah dengan keindahan. Pantai nya tidak pernah menghampakan. 2 jam perjalanan …

Aku di kepulauan Maldives

Image
Hari kedua

Melihat lautan hindi yang biru gelab pekat bagaikan melihat suatu misteri. Ada satu kegerunan disitu. Kecut perut. Kejam. Ganas. Kasar. 

Air laut Maldives yang kehijauan, biru muda, putih jernih, lain cerita nya. Keindahannya tak tergambar. Tak cukup memori card kalau nak simpan kenangan indahnya. Tak puas melihatnya. Ku renung dalam-dalam, simpan kekal dalam minda, semat rapi di hati, selama-lamanya. 
Ini lah uniknya Maldives. Lautnya pelbagai warna. 
...............

Perancangan Allah adalah yang terbaik. 
Di pulau tempatan, Himmafushi, kami stay dari pagi sampai ke tengah hari. Pulau nya bukan besar mana pun. Pusing keliling sambil photoshoot, window shopping di kedai-kedai survenir, melepak di hammock tepi pantai, rasanya 2 jam pun cukup dah.  Lebih dari itu? Mungkin ada yang sudah panas punggung. Lebih bikin panas bila makanan tak kunjung tiba setelah hampir sejam di meja makan. Apakah?

Perjalananku ke pulau Maldives. Mencari diri yang hilang.

Image
Hari pertama. 

Dengan jiwa yang separa kosong, aku memeluk Juwita dan berpesan padanya agar menjadi budak baik sepanjang ketiadaanku. Hatiku tidak di situ. Entah di mana aku tinggalkan. Namun dengan satu lambaian terakhir aku tetap melangkah meninggalkan mereka. Sebelum masuk ke ruang departure, sempat aku menoleh ke kereta. Mereka masih disitu. Hatiku sayu. 

Sedikit perbualan dengan ketua program dan kemudian dengan Amy sedikit sebanyak melupakan kekosongan hatiku. Mood aku kembali. Lupa seketika pada insan yang aku tinggalkan. 
..............

Kapal terbang delay dalam 1 jam. Jam 9.30 baru kapal terbang mahu mula bergerak. Dan penerbangan aku kali ini sangat jauh sekali dari perkataan "smooth".
Sepanjang penerbangan, aku tidak dapat tidur. Kalau di jalan raya, perjalanan ini bagaikan melalui jalan tidak berturap dan penuh batu batuan. Tapi kerana ini di atas ruang udara, maka aku bayangkan ia adalah  udara-udara ganas yang mengempas kepak dan ekor kapal.

Homesick

Image
Every dreamer knows that it is entirely possible to be homesick for a place you've never been to, perhaps more homesick than for familiar ground. - Judith Thurman

Homesick
Homesick.  What makes me homesick.  I am homesick when i am doing the exact same things over and over again,  day after day,  week after week,  month after month.  I am homesick when my brain and my soul kept in standby mode.  I am homesick when i stay at one place long enough to make me sick!

I need to go.
Somewhere
Someplace
Sometime
I am sick.  Sick with routine, sick with pain, sick with boredom-ness
I need to leave Far enough to see unfamiliar face
Eat unfamiliar food Hear unfamiliar language See unfamiliar view Be in unfamiliar setting. 
I am homesick For the place i've never been.


N. Hida Klang, Malaysia
- badan di sini, hati di mana? 



Hari simen kaki ku dibuka

Image
Dia dengar rintihanku
4hb Mac, aku dengan semangatnya bersiap-siap. Awal pagi lagi dah gigih mandi, gigih panjat tangga naik bilik cari baju, gigih bermekap, semuanya kerana hari itu ada appointment dengan doktor ortopedik di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Sepanjang 3 minggu aku memakai simen di kaki kiri ku, tak henti doa ku pada Ilahi. Sungguh, sangat sangat sangat ku harapkan update positif dari doktor untuk hari itu. Lebih spesifik, aku mahu tulang aku sembuh. Aku mahu simen ini dibuka. Aku mahu boleh berjalan seperti biasa. Menitis air mata aku tiap kali berdoa. Menggigil badanku menahan jiwa yang bergelora. Sungguh besar permintaanku, kadang kala segan rasanya menadah tangan meminta. Layakkah doaku diterima? Sesungguhnya tiadalah kuasa ku untuk menyembuhkan tulang selain kuasa Allah semata. Waima pakar tulang sekalipun tidak ada ubat untuk mengubati tulang yang patah. Bawa lah ke mana pun, sensei atau dukun tulang sekalipun. Bagi lah daun ka, herba tumbuk ka, apa sahaja l…

Sakitnya patah kaki itu bukan di kaki

Image
Kalau terlepas keretapi dan tak tahu bilanya kaki aku patah, boleh baca entry yg ini >>> http://ceriterajuwita.blogspot.com/2015/02/weekender-extreme-outdoor.html



Yup, kaki ku bersimen. But the worse thing is...?


Ok. Kaki ku patah di dalam gua Tempurung. Sakit? Ya. Sejurus selepas kaki ku mendarat di lantai gua, serentak aku menjerit "ADOIIII" Tidak pasti pula kuat mana aku jerit, tapi berdasarkan pengalaman kalau aku jerit di rumah, memang kuat. Hahaha! Sebaik sahaja kaki mengenai lantai dengan satu pendaratan yang kasar dan berat (ya lah, aku tak ready nak landing pun. Menggelungsur je badan aku tak de break tak de slow down. Tau-tau dah free fall dan bedebukk, sampai lantai) aku terasa hentaman di tapak kaki kiri ku dan tapak kaki kiri ku rasa macam sakit ya amat. Kaki macam hilang deria kejap. Terasa panas. Aku tak boleh gerakkan langsung kaki kiri ku. Aku cakap, "i cannot move my leg. I cannot move my leg" beberapa kali. Seluruh kaki kiri terasa pana…