Hari simen kaki ku dibuka

Dia dengar rintihanku

4hb Mac, aku dengan semangatnya bersiap-siap. Awal pagi lagi dah gigih mandi, gigih panjat tangga naik bilik cari baju, gigih bermekap, semuanya kerana hari itu ada appointment dengan doktor ortopedik di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Sepanjang 3 minggu aku memakai simen di kaki kiri ku, tak henti doa ku pada Ilahi. Sungguh, sangat sangat sangat ku harapkan update positif dari doktor untuk hari itu. Lebih spesifik, aku mahu tulang aku sembuh. Aku mahu simen ini dibuka. Aku mahu boleh berjalan seperti biasa. Menitis air mata aku tiap kali berdoa. Menggigil badanku menahan jiwa yang bergelora. Sungguh besar permintaanku, kadang kala segan rasanya menadah tangan meminta. Layakkah doaku diterima? Sesungguhnya tiadalah kuasa ku untuk menyembuhkan tulang selain kuasa Allah semata. Waima pakar tulang sekalipun tidak ada ubat untuk mengubati tulang yang patah. Bawa lah ke mana pun, sensei atau dukun tulang sekalipun. Bagi lah daun ka, herba tumbuk ka, apa sahaja lah, semua itu tidak bermakna tanpa izin-Nya. Kerana kita tiada kuasa memberi sembuh, Allah sahaja maha penyembuh. 


Dua tiga hari sebelum itu, hati aku dah tak tenang. Sangat lah aku mengharapkan berita keajaiban dan kegembiraan yang akan kuterima 4hb Mac nanti. Tak cukup kata-kata doktor, aku google pulak lagi. Berpuluh artikel aku baca berkaitan penyembuhan tulang patah terutama sekali tulang second and third metatarsal. Kebanyakan artikel menulis waktu penyembuhan tulang metatarsal adalah antara 3 - 6 minggu. Ada juga blog yang aku baca dari pengalaman penulis itu sendiri, 2 bulan baru sembuh. Kalau ikutkan, 4hb Mac itu, baru 3 minggu lebih. Ada possibility untuk sembuh, tapi ada juga kemungkinan untuk belum sembuh. Ada juga kes, tulang non-union atau tidak tercantum langsung. Kecut perut aku. 

Ya Allah hai.... Tak tergambar betapa aku mengharapkan bantuan tuhan pada waktu itu. Kalau sembuh dalam 3 minggu is great. Tapi kalau tak sembuh? Kalau kena sambung pakai simen? Kalau sembuh 2 bulan? Oh mai... I don't have 2 month! I have trip and I have classes to attend on next 2 weeks. Masyaallah.... tak dapat aku gambarkan perasaan aku setiap hari. Setiap hari berdoa yang sama sahaja. Agar berita positif, berita baik, berita sembuh, berita tulang cantum, berita yang baik-baik sahaja yang aku bayangkan akan terjadi. Segala fikiran negatif aku buang jauh-jauh. Tak sanggup dibayangkan pun!


Bila orang tanya, bila nak buka simen? Aku confident je jawab, "doktor suruh datang 4hb nanti appointment. Insyaallah bukak simen." 
Kadang kala keluar juga kata-kata kurang yakin dari orang lain. "Kalau tulang belum sambung doktor suruh pakai lagi lepas tu" 
"sempat ke nak sembuh tu?" 
"biasanya kena sambung pakai.. appointment tu check up je" 
"selalu orang pakai 2 bulan" 


Aku buat tak endah je kata-kata negatif itu. Bukan aku overconfident, bongkak atau angkuh, tapi aku tidak perlu membiarkan negativiti berlegar-legar dalam fikiran aku. Aku perlu fokus pada yang positif. Sebab aku ingat mentor aku cakap, 
"apa yang kita rasa, apa yang kita pikir, apa yang kita buat, apa yang kita cakap, semua tu adalah doa" dan mentor aku juga cakap, 
"Allah mengikut sangkaan hambanya"


Insaf sekejap.

Kebergantungan pada tuhan itu 100%. Sesuatu yang menarik tentang tulang patah adalah, ia menyedarkan manusia tentang kuasa yang maha esa. Betapa penciptaan manusia itu serba sempurna. Dan betapa segala yang berlaku itu hanyalah dengan izin-Nya. 


Masa adalah ubat terbaik.
Benar. Apa yang mampu kita buat hanyalah bersabar dan berdoa, mengharapkan agar badan berfungsi dengan normal. 


Badan manusia secara semulajadi adalah pengubat terbaik. Kalau bahasa inggeris lebih tepat, kita panggil "self healing". Contoh, bila kita luka, kita bagi masa, badan akan slowly heal the cut. Sama juga dengan tulang yang patah. Badan secara semulajadi akan bereaksi terhadap kecederaan itu. Kawasan sekeliling akan membengkak demi melindungi kawasan yang cedera dan elak kita untuk terlebih bergerak. Otak bagi signal "sakit" supaya kita tak guna bahagian itu. Ini untuk bagi masa pada badan untuk memulakan proses healing. Slowly, sel-sel mula terbentuk, menyambung semula tulang yang patah itu. Darah, oksigen, semua tertumpu pada kawasan itu, badan bekerja lebih masa untuk menyembuhkan apa yang telah tercedera. 


Dan kita? Apa yang mampu kita lakukan?


Hanya bersabar, beri masa, dan jangan hilang kebergantungan pada Ilahi. Kita tak ada kuasa langsung untuk suruh sel badan kita sendiri untuk kerja lebih atau kurang. Hanya Allah sahaja yang mampu untuk melakukannya. Nampak tak? Betapa sekecil sel dalam badan kita sendiri pun tidak mampu kita gerakkan. 


Tanpa izin-Nya, minumlah berapa banyak susu Anlene pun.... Belum tentu memberi impak. Tapi bukan lah aku kata tak payah minum Anlene langsung. Kerana kita kena juga berusaha. Kerana janji Allah jelas,
"yang berusaha akan berjaya" 

Berbalik pada kisah 4hb Mac, beritanya sangat menggembirakan. Bye bye kaki batu, hello kaki kiri ku. Walaupun rupanya aneh; kecut, menggerutu, menggelupas, kecil, gelab dan bengkak, namun dengan bukti X-ray dan pengesahan doktor, tulang itu telah sembuh sempurna dan aku sudah boleh berjalan. Dengan syarat 2 minggu fizikal terapi. Gembiranya tak terungkap dengan kata-kata. Ia amatlah bermakna. 


Sebak seketika.
Betapa hamba yang hina ini Allah dengar rintihannya. 
Betapa kecilnya aku dan besarnya Dia
Dalam aku sering melupakannya, Dia sentiasa ada. 
Dia dengar aku
Dia faham aku
Dia tahu apa dalam hati aku
Betapa sayangnya Dia. 
Betapa kasihnya Dia.
Dia adalah my creator.


THANK YOU ALLAH. 
I LOVE YOU ALLAH


N. Hida
Klang, Malaysia


"A mind that is stretched by a new experience can never go back to its old dimensions" - Oliver Wendell Holmes



ini lah rupanya kakiku setelah 3 minggu 3 hari duduk dalam simen. Sangat sangat lemah. kulit hitam, menggerutu dan menggelupas. Bengkak. Belum boleh pijak langsung.


wahh.. dah lepas pergi starbuck. hehe
bengkak kan? mencucuk-cucuk sakitnya bila dipijak. Gigih juga keluar dan berjalan (guna satu tongkat) ke sekolah Juwita pagi itu sebab ada dress-up parade sempena last day book week.

Comments

nurshakinah said…
Assalamualaikum. Sy tertarik dgn penulisan blog sis pasal tulang patah. Sy pon baru2 ni accident Dan alhamdulillah tulang yg patah tu tulang betis yg kecil tu Dan sy hanya pakai simen takperlu bubuh besi. Sy nak tnya pengalaman sis masa buka simen. Waktu dktor cakap boleh buka tu mmg boleh tak boleh jalan lg ke mcm mna. Dan tempoh lepas bka simen tu ambil masa berapa lama utk kita normal utk jalan.sebenarnya 23hb 5 nnt sy ada appointment utk xray kaki nk tgk tulang sy masok tak lg ke tempat asal. Sy Sgt tak sabar Dan nervous SBB sy taknak pakai dh. Susah utk kekelas dgn mnyusahkan kwn sy. Sy harap Sgt boleh buka simen. Doakan saya :)
nurshakinah said…
Assalamualaikum. Saga tertarik dgn penulisan sis pasal topik ni. Sy ada pertanyaan dekat sis tentang buka simen kaki. Baru2 ni sy terlibat dgn accident pastu tulang kaki betis sy yg kecil patah. In syaa Allah 23/5 ni sy ada appointment nak xray tgk tulang sy masuk tak lg. Kalau ikut dktor tempoh masok tulang mcm kes sy 5-6 mnggu. Dan mnggu tu dah 5 mnggu. Dan sy dgn nervous sbb sy harap Sgt tulang tu dh masok Dan sy taknak pakai dah simen. Sy nak tnya sis, tempoh lepas buang simen tu kan brapa lama nak rasa mcm normal Jalan balik. Sy nak Sgt buang simen ni. Doakan sy :)
Anonymous said…
Salam puan, setelah berapa lama selepas simen dibuka baru puan boleh berjalan semula?

Popular posts from this blog

Menempah penginapan percutian dengan AirBNB

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?

Kemas kini gambar passport anak anda