Posts

Showing posts from May, 2015

Masyarakat itu korup mindanya

Image
Masyarakat, yang korup mindanya.


Masyarakat itu korup mindanya.  Namun dari masyarakat itulah, kita mendengar pendapatnya. Masyarakat yang mengakui khasiat dalam sayur dan buah-buahan, namun bila anak tidak mahu makan, diberi alternatif susu formula. Tidak pula diajar anak itu makan sayur. Masyarakat yang tahu makanan semulajadi itu baik. Namun masyarakat yang sama memilih untuk makan makanan pil. Salmon oil bagus, jadi kita makan pil salmon oil. Alfalfa bagus, jadi kita ambil pil alfalfa. Masyarakat fast food dan internet jalur lebar. Masyarakat yang mengejar rumah dan kereta, sehingga lupa indahnya gunung menghijau dan hutan rimba. Masyarakat yang tahu kebaikan bersenam namun tetap duduk melayan laman sosial. Masyarakat yang memilih menaiki lif dari mendaki tangga. Masyarakat yang sanggup menghidupkan enjin kereta

7 jam di Spain

Image
Malam tadi jauh betul mimpi aku pergi, sampai ke Spain. Bangun pagi keluar pintu, tengok kabus tebal, sejuk sesangat. Atas puncak bukit rupanya cottage aku duduk tu. Di kelilingi pokok pine dan sayup-sayup kat bawah bukit, nampak pekan. Ada pulak Abdul Rauf dalam mimpi tu. Awal pulak dia bangun dalam mimpi aku. Rauf bawak kunci kereta. Rupanya dia ada sewa kereta. Kecik je kereta tu, mcm mini cooper (jenis dan jenama kereta memang aku tak cam sebab tak pernah masuk akal pun benda tu selama ni.)
Rauf suruh drive. Macam tak percaya dan takut juga. Sedang dalam KL pun jarang nak drive ni nak drive kat Spain? Tapi aku drive jugak. Aku stop by kat satu sungai. Jernih airnya, deras arus nya. Tapi tak begitu cantiklah. Rauf kata, 'kita drive kedepan lagi nanti mesti jumpa yang lagi cantik'. Masa tu imagine,