Not a little girl, not yet a teenager.

Not a little girl, not yet a teenager.


Semalam pergi pasaraya. Juwita nak kena beli toothbrush baru. So dalam pada abahnya tengah beratur kat kaunter tu, kitorang lari la sekejap ke tempat personal hygiene tu nak pilih berus gigi. Ingatkan simple je semudah amik dan pergi, tapi tidak.

Bukan senang nak pilih berus gigi budak ni rupanya. Mula-mula tunjuk berus gigi kanak-kanak tu. Ok dia taknak. 

"That one is too childish"

Hoookeyyyy...

So ibu tunjuk yang lain. Pun sama jugak. Childish katenye. Dah tu apa nya?
Dah nama berus gigi kanak-kanak. Dah pastinya ada katun-katun, warna-warni bagai. Tengok yang adult pulak lagi la tak sesuai. Besar sangat, kasar,.... pendek kata tak sesuai lah. 

Akhirnya jumpa berus gigi ni. Jenama apa tah, tapi tulis kat situ from 8yo. Ibu cakap la, "ni untuk 8 tahun lah"

Boleh budak ni jawab, "duhhh... I'm almost 8 remember. I will be year 3 in 2 weeks" 

Lantak la labuuuuu. Yang penting dah ada yang dia berkenan. Berlari cepat-cepat kitorang ke kaunter. Nasib baik abahnya belum settle bayar. Fuhhh...

Nak beli berus gigi pun susah.


>>>>>>>>>>>>>>>>

Ada satu masa, dalam kereta kitorg nak pergi mana tah tak ingat. Tengah sembang kosong tetiba Juwita cakap, 

"You know mom, It's so difficult to be a 7 years old kid. So much responsibilities!" 

And i was like.... Whaaaaaat???! Sambil jaw drop. 

So, kalau dia rasa 7yo dah susah, agaknya susah tak jadi adult yang jadi your mom ni ha? 

Chait. Baru 7yo dah pandai nak cerita responsibilities yang kononnya terlalu banyak tu. Taik kucing betoll. Pening kepala jaga budak panjang akal ni. 

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Satu hari, Juwita cakap, "mom, i think i need the room upstair"

Whatt? Why??! Wahh nak ngamuk ibu nya nih. 

Lepas tu dia boleh jawab, "my room is too small. I need a walk-in wardrobe to put my dress, and i need a huge white table to play my pony and LPS and i can do review, and i also need a space for my friend to come for a sleepover" 

Aaaa whattt????!!!! A sleepover? Kid don't do sleepover.

"I am not a kid! I am becoming a teenager"

Whaaaaattttt???!!!!! 

Peninggggg lagi 

>>>>>>>>>>>>>>>>>

Juwita took her transition from year 2 to year 3 quite seriously. Seriously in a mean that, she assume she is getting more mature and more senior. Memang bertentangan lah dengan pendirian ibunya ni kan. Sebabnya, heloooo mak dia ni hantar dia 1st day school bulan Januari haritu tau. Lets make it clear again, last January was her 1st day in primary school. Cuma tak seperti orang lain, dia start sekolah rendah terus lompat masuk year 2 term 2. She skip year 1. What ever lah, its still not even a year she start schooling and even her age is still 7. BUT! 

Wah, bagi dia, dia jadi older, jadi senior, jadi wiser, jadi teenager. Nak terbeliak mata mendengar. Paling tak boleh blah, dia nak minta tukar bagpack baru sebab yang sedia ada sekarang ni dia kata "like a little kid". Lagi dia cakap, "no one will wear a pink bag with a cartoon in it. Its childish". Memang tak menahan alasan tu sebab dia sendiri yang pilih that bag about 2 month ago. Eh, cepatnya "matang"? Hahaha

Oh, paling dia tak sabar adalah nak decorate locker dia kat sekolah nanti. 

Haiiii lah haii anakku. 


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

For this term, Juwita punya CCA dia pilih 2 club, satu adalah Ms. Teaspoon; etiquette club for girl (or something like that lah tajuk dia) dan satu lagi adalah cheerleading. Yang Ms. teaspoon tu adalah tentang "how to be a proper lady" lah kiranya. Ok lah layan kan aja. Budak nak membesar, kejap dia rasa nak jadi proper lady, kejap dia kata dia nak lasak tomboy-tomboy yang boleh "kickass" and flight boy katenye... 

Hai lah macam-macam. Kalau ikutkan dia nak masuk fencing tapi no lah. Kang hangat-hangat taik ayam, pedang tah kemana, suit tah kemana, leburrr gitu je duitnya. Heh! Tunggu dia lebih berpendirian nanti baru bagi dia chance yang mahal mahal tu.


>>>>>>>>>>>>>>

Little girl, nak membesar, not yet a teenager.


           Gile macam ibu dia. Hahahaha


            Cita-cita pertama nak jadi anak anak kapal......


            Kadang kadang nak jadi primary teacher.... (Like her fav class teacher last  term.)


             Kadang kadang dia nak jadi artist, who paint beautiful painting. Kadang nak jadi cartoonist and make comic.....


            Kadang dia nak buat bisnes.... (Like her daddy)



            Jadi lah apa-apa pun, impikan lah apa-apa pun. Melompat lah lebih tinggi, jalan mu masih jauh lagi.


N. Hida Halim
Klang, Malaysia



             Shopping barang untuk summer holiday. Lambaian pulau! Jomm! 

Comments

Popular posts from this blog

Menempah penginapan percutian dengan AirBNB

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?

Kemas kini gambar passport anak anda