TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)


Bila aku travel dengan kapal terbang, satu benda yang aku sebolehnya nak elak adalah check-in luggage. Tidak pernah lagi aku travel dengan beg yang lebih berat dari 7kg. Mesti seboleh-bolehnya aku akan muatkan semua barang dalam hand luggage. Sebagai seorang yang sentiasa travel light, aku sangat 'particular' dengan setiap helaian pakaian dan barangan yang aku bawa. 

Sebenarnya, nak pack baju untuk seminggu dengan hanya menggunakan cabin luggage (7kg max) tidaklah sukar jika
anda tahu teknik dan strategi nya. Dengar macam mustahil tapi boleh dibuat. Yang penting kita mesti tahu pilih pakaian yang bagaimana perlu di bawa. 

Ada beberapa criteria penting dalam memilih pakaian untuk dibawa travel iaitu:

1. Jenis fabrik
2. Warna 

Jenis fabrik
Jenis fabrik perlulah mengikut keadaan dan cuaca destinasi yang kita nak pergi. Jika melawat negara khatulistiwa, atau pada musim panas, awal-awal lagi dah boleh tolak tepi baju berfabrik tebal. Pilih fabrik yang nipis dan mudah digulung, tidak mudah berkeromot, tidak perlu di iron, cepat kering, dan selesa. Tidak perlu bawa seluar jeans sampai 3 - 4 helai. Cukup sehelai sahaja seluar jean, dan sehelai skirt hitam untuk kepelbagaian.

Warna fabrik
Warna sangat penting. Pilih warna-warna tanah, warna natural, dan warna yang mudah untuk di mix and match dengan warna lain, untuk menampilkan pelbagai gaya dalam keadaan jumlah pakaian yang terhad. Jadi tidak ada lah pening kepala bila baju tak match dengan seluar, tudung tak match dengan skirt, end up korang akan terbawa baju satu almari.  Kalau packing for travel, aku cadangkan korang try bawa sehelai skirt hitam. Banyak gile pilihan kat Zalora. Senang pula tu nak mix and match. Dengan baju warna apa pun masuk.

Dah dua kali aku mention skirt hitam kan? Sebab, bagi aku, koleksi skirt hitam tu adalah item "must have" dan "savior" untuk traveler yang suka travel light. Senang nak match dengan apa jenis pakaian dan sesuai dengan apa juga musim. Ia seolah-olah penyelamat korang bila korang dah buntu tak tau nak pakai apa dah. 


Pergi pulau-pulau tropika? Mesti segan nak bergambar dengan wet pant kan? Sarung je skirt hitam tepi pantai, dah jadi cun.

lazzulibleu ceriterajuwita
            Me wearing black skirt at Cebu, Philippines. 


Pergi umrah? Aku dulu pergi umrah pakai skirt hitam tu je dengan blouse labuh, stokin, dan shawl. Instant shariah compliant dan trendy. Cantik je terletak. 

lazzulibleu ceriterajuwita
            Me with black blouse, purple-black shawl, and long black skirt at Madinah. 


Pergi negara musim sejuk? Lagi senang beb. Pakai skirt hitam dengan jacket hitam dan black boot. Elegant on the spot! Orang kata, kalau hari-hari pakai jeans boring pulak kan. Lagi-lagi kalau korang pergi negara eropah seperti Spain. Gaya dan penampilan tu sangat penting bagi mereka. Macam satu kesalahan di sana kalau korang underdress masuk kedai makan, walaupun bukan fine dining restaurant. Nak jalan-jalan kat city pun kena stylo mylo. Dah memang itu gaya mereka. 

            Not me obviously. Siapa kata musim sejuk tak boleh pakai skirt? 



            Cadangan pemakaian koleksi skirt hitam untuk musim luruh.


Nampak tak betapa "must have" nya skirt hitam ni? Teman sejati untuk semua woman traveler. Aku share sebab aku care. 


Kalau korang penggemar fashion pula, lagilah aku rasa korang wajib ada koleksi skirt hitam dalam almari. Sebabnya? Semua orang bersetuju bahawa pemakaian skirts mampu menjadikan penampilan seseorang wanita itu tampak lebih feminine. Sama seperti seluar, skirts juga sesuai dipadankan dengan pelbagai jenis ‘tops’ untuk apa jua jenis acara. Terpulanglah bagaimana untuk menggayakannya. Untuk tampil selamat, koleksi skirt hitam memang jenis skirts yang paling terbaik untuk digayakan.  


Hitam lawannya putih kan? Koleksi skirt hitam sangat sesuai untuk dipadankan dengan koleksi pakaian berwarna putih. T-shirt, blouse, kemeja atau apa sahaja! Hitam dan putih merupakan kombinasi warna yang terbaik!

Ayu dan ranggi? Selain menyerlahkan keayuan anda, pemakaian skirts hitam ini juga boleh membuatkan anda tampil ranggi. Caranya? Hanya sarungkan jaket kulit hitam atau jaket denim seperti berikut.

Untuk student yang santai dan kasual, padankan skirt hitam dengan koleksi t-shirt atau sweatshirt atau hoodie. Padankan pula kombinasi ini dengan sneakers atau flats, wah! Hipster sangat hokey! 

Wanita berkerjaya pula, jika anda ingin ke pejabat, skirts hitam ini juga amat sesuai untuk dipadankan dengan apa jua pilihan warna kemeja dan blouse anda. Ia mudah dipadankan sama seperti anda memakai seluar slack berwarna hitam. 



You can have any colour as long as its black – Henry Ford

Black is real sensation, even if it is produced by entire absence of light. The sensation of black is distinctly different from the lack of all sensation – Hermann Von Helmhoz


Kat mana nak beli? Paling senang, sambil korang baring-baring atas katil, boleh browse Zalora dan tengok koleksi skirt hitam mereka. Dah tengok belilah kan, apa lagi? Lepas tu boleh pergi travel.



N. Hida Halim
Malaysia. 

Comments

Popular posts from this blog

Menempah penginapan percutian dengan AirBNB

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?

Kemas kini gambar passport anak anda