Betulkah salah?



Apakah status ibu itu satu pengalaman berharga
Atau satu medan membukti diri
Siapa lagi pandai mendidik
Anak engkau atau aku yang lebih cerdik

Bukankah menjadi ibu itu satu tanggungjawab
Melahirkan manusia bukan binatang
Maka mengapa di bilang-bilang
Anak siapa lebih cemerlang

Apakah menjadi ibu itu satu cabang
Membangga dan merasa bimbang
Jika berjaya di canang-canang
Jika gagal dicaci kencang

Mana yang benar mana yang samar
Mana yang kurang mana yang lebih
Terkurang sayang atau terlebih marah
Terkurang tegas atau terlebih manja
Tiada yang jelas atau sebaliknya



Baru 8 tahun menjadi ibu,
N. Hida,
Klang, Malaysia.

          Anak pun satu sahaja.

Comments

NorAkmar Nordin said…
I love the picture of you at the beach underneath the coconut tree. Beautiful. Good try with the puisi.

Popular posts from this blog

Cerita Hantu asrama lagi (mimpi berdarah)

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.