Kerana ikan bakar untuk suami


Night market di Gili Trawangan. Jika mahu makanan local yang enak dan murah di gili T ini, di sinilah tempatnya. Seafood juga ada. Sedap-sedap belaka dan sambalnya pedas menggila. Aku jalan berdua dengan Juwita ke sini. Penginapan kami tinggal letaknya di other side of the island. Le Pirate beach club namanya. Konsep penginapannya adalah beach box. Bukan hotel, jangan salah tanggapan. Hendak ke Le Pirate ini perlu keliling separuh pulau baru sampai. Kalau ikut jalan jauh, mahu 4km jaraknya dari jeti. (Lihat map yang aku tunjuk di bawah nanti)

Tiba di night market jam 6, terus aku pilih ikan dan bayar. Nak tapaukan untuk suami di bilik. Itu niatku. Perlu aku ceritakan mengapa aku jalan berdua dengan Juwita sahaja. Asalnya memang kami bertemankan lelaki, iaitu adikku. Tapi aku tinggalkan dia (aku dia yang tinggalkan aku) kerana dia hendak mencari benda lain. Biasalah lelaki. Jam 6 aku order makanan, niatnya mahu pulang sebelum hari gelab. Di sini cepat malam.

Pukul 6.30, masih belum tiba makanannya. Aduhh... Lama sangatkah perlu membakar ikan? Aku sudah tak senang duduk bilamana langit mulai gelab. Akhirnya tak lama kemudian, aku dapat makanan yang dipesan. Cuak juga ketika itu sebab hari sudah gelab. Aku berdua sahaja dengan Juwita. Bayangkan betapa fragile nya kami waktu itu, seorang wanita bersama seorang kanak-kanak, di waktu malam, di sebuah pulau yang asing. Tidak kenal sesiapa. Tidak tahu hendak buat apa.

Kerana hari sudah gelab dan bar mulai gamat, aku cepatkan langkahku. Teringat jalan pintas di tengah pulau. Fikirku, jika lalu tengah, kira macam cross over, cepat sikit sampai barangkali. Waktu itu aku masih berbelah bagi. Hendak lalu jalan jauh atau short cut? Selepas mendapat kepastian seseorang yang aku temui di depan bar, akhirnya aku masuk ke jalan pintas itu. Aku sempat tanya dia, terang kah atau gelab kah jalannya? TERANGGGG, kata dia. 

Aku pun masuk. 100 meter pertama, memang terang. Selepas itu gelab gelita tanpa sedikit pun lampu jalan. Aku sudah rasa tidak sedap hati....Hendak diteruskan jalan atau patah balik ni?


Lutut terasa menggigil. Macam-macam imaginasi terbayang dalam kepala otakku waktu itu. Dalam hati menyumpah seranah. Apa neraka yang aku buat ni? Menyesal pun ada. Dah aku agak ini akan terjadi, tapi disebabkan ikan bakar untuk suami punya pasal, aku kini bagai menempah bahaya sendiri.

Sekali sekala kami lalu di belakang hotel, teranglah sedikit. Ada tempat yang kiri kanannya hanya semak samun dan entah apa (mana nak nampak. Gelab gelita!). Dalam hati aku menyumpah. Celaka. Lain kali jangan percaya orang di bar. Mata pun bersinar-sinar, entah betul entah tidak apa yang dikata.

Rasa menyesal tak sudah, tapi aku tiada pilihan. Mahu tidak terpaksa juga lalu. Duit sudah tidak ada (kalau ada duit sudah aku bayar cidomo menghantarkan ke hotel). Terdesak dan tiada pilihan, aku meneruskan perjalanan. Ya Allah... jauhkanlah aku dari bencana dan kejahatan-kejahatan syaitan dan manusia. Aku mengaku aku takut! Cuma aku sendiri kurang pasti, mana satu yang aku lebih takut, hantu atau manusia.

Sambil meneruskan perjalanan aku memegang erat tangan Juwita dan mulut tidak henti menenangkannya. Walhal sebenarnya aku cuba menenangkan diri sendiri yang dibelenggu pelbagai resah dan gundah. Sekali sekala kami berlari anak. Jalannya memang menakutkan. Gelab gelita dengan jalan yang semakin buruk dan kecil. Tanah merah berlopak. Sekali sekala aku meragui jalan yang aku pilih. Benarkah ini jalannya? Apakah Google map salah? Bagaimana kalau google map tersilap detect di mana kami berada? Bukan tak pernah google map buat hal sebelum ini. Was-was mula merasuk minda.

Dalam kegelapan malam aku perasan keadaan jalan yang berlopak sana-sini. Tanah merah, berbatu, kiri kanan semak samun. Kadang kala aku perasan ada pokok kelapa. Ada kawasan pula seperti lapang di kiri kanan jalan. Ada masa seperti lalu di belakang rumah orang. Terdengar sayup suara orang berborak dari dalam rumah. Lega sikit rasanya. Terfikir juga aku, kalau lah sesat nanti, mungkin aku akan ketuk salah satu rumah ini mohon bantuan untuk dihantarkan ke hotel. Dah terfikir! Makin kecil, makin kecil jalannya. Dalam keadaan ini, terserempak dengan orang sekali sekala sangat melegakan hati. Sekurang-kurangnya aku dapat meyakinkan diri bahawa jalan ini betul.

Itulah jalan yang paling panjang yang aku pernah tempuhi. Sampai tak sedar dah tiba di depan hotel. Penuh kelegaan! Syukurlah tidak ada apa-apa yang terjadi. Cuma aku tidak akan ulangi laluan itu sendiri di waktu malam lagi. Cukuplah sekali!

Nasib baik ikan bakarnya sedap dan suami pun suka. Sampai ke tangan suami pun masih panas. Berbaloi pula rasanya. Inilah pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan di Gili Trawangan. Semuanya semata-mata ikan bakar untuk suami.

         Tenang dah damai. Orang kata, kita nak sesuatu perlu compensate sesuatu. Kalau nak tinggal di pusat tumpuan, di harbour, perlu bersedia dengan party dan night life. Kalau hendakkan ketenangan di tepi pantai, harus jauh sedikit dari harbour. Ngerti?

       Cidomo. Kerana di Gili T tiada kenderaan bermotor. Ini sehala boleh mencecah 100.000. Otak kedekut aku kata, baik jalan kaki. Kalau sewa basikal, boleh dapat 50.000 sehari (24jam). 

         Night market. Lokasinya berhadapan dengan harbour private boat. 

        Ini lah jalan yang aku ikut. Cross over pulau. Jimat 10 minit katanya. Tapi bersedia lah 33 minit yang penuh debaran.

       Net hammock ini yang paling aku rindu. Sepanjang malam di sini pun tidak mengapa. 

         Anak pulau ni...

Comments

Anonymous said…
Salam,

Terhibur pulak baca catatan awak, saya ke gili yang lepas bersama seorg teman perempuan yang mana dia sangkut di airport dan saya sudah didalam kapalterbang, kami terpisah dan saya sampai di pulau dulu keseorangan yang penuh debaran...anyway..pergi tempat orang memang macam tuelah kita akan penuh kecurigaan :)

Popular posts from this blog

Cerita Hantu asrama lagi (mimpi berdarah)

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.