Sindang Gile and Tiu Kelep guides


Sampai sahaja di Senaru, pakcik driver ini turunkan kami di depan premis agen. Aku tidak ingat namanya tapi bangunannya kehijauan. Terus kami diajak masuk dan diceritakan serba sedikit tentang air terjun pertama, Sindang Gile dan kedua, Tiu Kelep. Katanya tidak boleh masuk sendiri, perlu ada guide. Perlu trekking jauh masuk ke dalam hutan, katanya. Kalau pergi sendiri takut tidak sampai. Kemungkinan boleh sesat! Sekali sekala agen ini berbahasa Malaysia. Kelebihan pada dia lah tu hendak tarik pelancong Malaysia percaya. Kemudian, setelah habis bercerita, dia tunjuk rate harga untuk guide. Hah terbeliak biji mata. Kalau aku sedang minum air, mesti sudah tersembur kena ke muka dia. IDR250.000 seorang??!! Kalau 4 orang tidak ke sudah 1 juta itu! Gila!!!! Mana aku ada bajet banyak itu. Habis bagaimana ini???!!!

Aku dari awal memang tidak mahu guna agen. Dari sebelum pergi aku sudah buat cukup research pasal tempat ini. Sudah banyak amaran di internet mengingatkan pelancong agar tidak terjebak dengan agen cekik darah ini. Sudah tau dari bacaan di internet, terutama sekali dari tripadvisor, wikitravel, dan forum-forum travel, memangnya tidak perlu guna guide pun boleh masuk.

Aku tanya agen itu, "kalau tidak mahu guide gimana?"

Dia kata 10.000 seorang. Tapi takut tak sampai ke air terjun, katanya. Tapi aku kata aku tidak mahu guide. Lagilah dia takut-takutkan kami, katanya nanti tak tahu jalan hendak ke air terjun kedua itu perlu jungle trekking! Tidak selamat tanpa guide, katanya lagi.

Aku katalah, "tidak apa lah. Pergi air terjun pertama aja kalau begitu." 

Muka dia sudah masam, namun untuk aku membelanjakan wang 1 juta hari itu memang tidak lah. Bajet sehari kami di sana pun tidak pernah cecah sejuta! Agen itu berkata lagi, memang sini kena masuk guna guide, tidak boleh masuk sendiri. Masih belum putus asa dia memujuk kami untuk ambil guide.

Aku pun jawab lah, "baru sahaja kawan saya pulang, katanya dia tidak pakai guide pun". Iya, aku tipu aja tu. Mana ada kawan aku. Yang benarnya aku banyak baca di internet aja!

Agen itu balas, agaknya dia pergi air terjun pertama aja. Rugilah kalau dah sampai tak tengok Tiu Kelep. Aku pun cakap lah, "tak kisah lah. Tapi kami tidak mahu guide". Aku pun sudah letih dan malas mahu bicara lagi dengan dia.


Setelah mengucapkan terima kasih terus kami keluar dan berjalan ke kaunter masuk sebenar. Siot betul pakcik driver ini, boleh dia hantar kami terus ke agen pula. Sudah la begitu, agaknya kerana sakit hati dengan kami yang tidak mahu ambil guide, bila aku tanya agen itu mana pintu masuk, terus tidak mahu dijawab langsung. Terpinga-pinga sekejap kami di luar itu, tidak tahu hendak ke mana. Nasib baik pakcik driver itu tunjukkan kaunter masuk.

Sememangnya tidak perlu guide pun jika hendak masuk ke air terjun ini. Boleh aja. Kalau betul juga hendak pastikan semua pelancong perlu masuk dengan guide, mengapa letak harga gila macam tu! Harga per person pula tu. Kalau 250.000 per guide untuk jaga satu kumpulan 4-5 orang mungkin masih boleh ditimbang tara. Tapi ini dikira per person. Wahhh mau pergi haji cepat ke apa? 

Setelah meninggalkan agen, kami terus ke kaunter masuk dan bayar 30.000. (10.000 seorang, kanak-kanak percuma) Jauh beza 30.000 dengan 1 juta woi!!!! Sambil berjalan masuk, aku melihat sekumpulan pelancong berbangsa cina di hadapan kami. Mereka berlima. Dalam otak aku mencongak-congak bayaran yang mereka beri pada agen untuk guide mereka. Wahh masyukk... Bawa jalan tak sampai sejam sudah dapat sejuta. Kikiki.

Trek nya bukan lah sukar mana. Denainya kelihatan. Hendak ke Sindang Gile memang sudah ada trail bertangga elok. Tersusun aja tangganya, apa yang susah sangat nya pun? Hendak ke Tiu Kelep itu lah kena masuk ke dalam sedikit, dan perlu 2 kali melintas anak sungai. Bukan sungai dalam pun. Juwita pun boleh lepas. Tidak lah sukar macam nak panjat gunung ledang! Tangga nya sudah siap sedia. Pelancong pun sekali sekala kelihatan pergi balik, insyaallah tidak sesat. Ikut sahaja jalannya. 

Memang perlu trekking sampai Tiu Kelep baru puas hati. Tiu Kelep itu yang magnificent. Perlu ada di sana baru boleh merasai gah nya ia. Sejuknya air tak boleh dicerita, macam letak ais! Memang wajib pergi lihat ini jika ke Lombok. Tapi ingat, jangan terpedaya dengan agen. Mereka akan memomokkan anda dengan pelbagai ketakutan dan kegusaran sehingga anda rasa tak confident dan rasa macam perlu ambil guide mereka.

Bagi aku, tidak salah buat service guide. Iyalah, mereka buat business kan. Tak semua orang pandai lihat trail sendiri. Memang ada sesetengah pelancong perlu guide untuk ke sana. Tapi janganlah sehingga mencekik darah dan seolah mengambil kesempatan. Tidak wajar kiranya menakut-nakutkan pelancong sehingga mengatakan seolah wajib pula ambil guide. Ada forum yang melabel mereka ini scam kerana charge yang terlampau tinggi. Benda ini merosakkan nama tempat itu. Tak pasal-pasal nanti orang label lombok full of scam. 

Benda macam ni sebenarnya biasa. Semasa aku ke Kawasan Fall di Cebu dulu pun aku mengalami benda yang lebih kurang serupa. Di Kawasan Fall dulu, memang ramai yang menunggu di bawah untuk jadi guide pelancong untuk ke air terjun. Walhal, bukan susah pun hendak ke air terjun. Jalan aja lah ikut trail yang ada. Cuma mungkin, jika pelancong itu kurang buat research (kebanyakan pelancong tidak buat research) jadi mereka percaya perlu ada guide baru boleh sampai. 

Lagi satu, aku ini pula, jenis tidak suka ber supir-supir. Iyalah, rasa kurang enak pula orang bawakan beg, bawakan air minum. Eh, macam tuan besar pula kita. Maaf lah, aku tak biasa menjadi tuan. Kalau kena trek 4km bawa beg 7kg sendiri pun apa ada hal. Aku mampu bawa sendiri lagi. Penat boleh berhenti, lelah boleh rehat. Yang penting, masa kita, jalan kita. Kita fleksibel. Boleh berhenti bila-bila dan mana-mana. Ye tak? 

Pendek kata, hendak guide atau tidak, terpulang pada pilihan sendiri. Kalau rasa tidak yakin untuk berjalan sendiri, boleh lah upah guide. Jangan lupa nego sampai dapat harga yang agak memuaskan. Jangan sampai ter-over budget pula.

Untuk guide pula, Jangan lah paksa-paksa atau terlalu pushy. Ada pelancong suka ada guide yang bawa mereka, ada pelancong lebih selesa berjalan sendiri.Jangan di paksa. Paling penting, jangan menakut-nakutkan pelancong. Jika service itu benar wajib, tak apa kami boleh bayar. Tapi jika itu optional atau pilihan, biarlah pelancong membuat pilihan dengan tenang. Jika perkhidmatan anda ditolak, jangan la buat muka sadin. kikiki!


            Sindang Gile

           Sindang Gile. Kalau ambil gambar guna phone, biasanya tidak dapat ambil penuh satu frame. Tinggi sangat air terjunnya. Dari jauh sudah tempias.

            Melintas anak sungai guna tali ini. Tidak lah dalam sangat, tapi sampai ke peha juga kalau tempat dalam itu. 

            Wah, sudah nampak di kejauhan

           Taraaaa!!!! Dari jauh baru boleh ambil gambar penuh. Dari jauh ini pun sudah kena tempias airnya. Sejuk bukan main!

            Moment begini adalah waktu apabila aku berasa gambar tidak pernah dapat memberi gambaran sebenar. Perlu ada di situ sendiri, melihat dengan mata kepala sendiri, merasai tempias airnya sendiri, mendengar dengan telinga sendiri, bunyi keagungan alam itu. Anginnya, airnya, derunya, realiti bukan fantasi.


Tips persediaan ke Tiu Kelep
Melihat Tiu Kelep itu, terasa berbaloinya mengah lelah merentas desa. 30 minit easy trekking yang bagi aku relaxing dan santai. Juwita pun enjoy sepanjang perjalanan.  Tidak ada masalah untuk kanak-kanak. Mungkin memerlukan sedikit ketahanan fizikal, dan ketahanan mental. Bila letih bisalah, kita rasa nak berhenti aja. Tapi ternyata berbaloi bila kami ambil keputusan untuk meneruskan perjalanan ke Tiu Kelep ini. Worth the walk. 

Kalau warga emas pula, aku cuma concern pada kaki mereka. Especially kalau yang kaki tak kuat, atau lutut dan sendi lemah-lemah, mungkin akan mengalami masalah untuk turun dan naik tangga pergi balik ke air terjun ini. Peringatan: memang banyak gile tangga. Tak Tipu. Perlu lintas anak sungai yang mungkin agak deras dan mungkin sedikit dalam bagi pandangan sesetengah orang. Jadi perlu siap sedia dengan fizikal yang sihat (tak perlu sado) dan pakaian yang bersesuaian (selayaknya merentas desa dan mandi sungai. Jangan pakai high heel pula)

Bajet, seperti yang aku ceritakan, terpulang. Jika rasa hendak pakai guide, nego sampai puas hati. Kalau rasa tak berbaloi hendak bayar guide dan yakin boleh, tolak aja baik-baik tawaran agen itu. Lagi jimat dan lagi berbaloi. Confirm puas hati. 


            Hendak ke air terjun mudah lagi, turun tangga dan jalan sahaja. Hendak balik itu siksa. Lutut gigil kena jaga-jaga. Siap sedia la.... Beratus anak tangga (ok mungkin aku exaggerate) 


Next post: Setitik syurga di dunia, Tanjung Ringgit.
Selamat menunggu....

Comments

NorAkmar Nordin said…
In short the trekking here can be hazardous to weak legs.
Good write up Hidah.
Naciholidays said…
not only in Malaysia but also waterfalls another place I am sure you will be impressed. That is Langkawi, make a visit to and feel offline.

Popular posts from this blog

Cerita Hantu asrama lagi (mimpi berdarah)

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.