Road to Melbourne. Episode 1: Application to study Master

#RoadtoMelbourne.
Episode 1: Application to study Master

Aku mengambil keputusan untuk merekodkan pengalaman kami sekeluarga hendak berhijrah dan perjalanan aku sambung belajar di Melbourne, Australia ke dalam blog ini. Aku yakin, catatan dan pengalaman aku pastinya akan memberi sedikit sebanyak info dan panduan kepada sesiapa sahaja yang berkenaan kelak. Dan semoga catatan aku juga memberi inspirasi kepada pelajar-pelajar muda dan tak berapa muda di luar sana untuk terus berusaha dalam mengejar impian. Lagipun, aku rasa aku perlu untuk menulis segala perih getir aku setakat kini untuk mengingatkan diri aku sendiri betapa telah jauhnya aku berkayuh. Kadang kala, bila jalan terasa sukar, halangan demi halangan menimpa, jiwa terasa penat, terdetik rasa ingin mengalah. Aku perlukan remainder untuk diri aku sendiri, mengingatkan yang aku telah halfway there. Sikit lagi nak sampai. Jangan mengalah. 

Aku mulai catatan siri Road To Melbourne aku dengan persoalan fasa pertama, iaitu bagaimana dan di mana aku memohon untuk sambung belajar di universiti di Australia.

Aku berimpian dan meletakkan matlamat University of Melbourne sejak semester 1 degree lagi. Jadi sebenarnya preparation mental dan academic standing yang aku lakukan adalah sejak 4 tahun lepas lagi. Tapi apakah persediaan dan requirement yang diperlukan untuk memohon sambung master di luar negara?

(warning: Artikel pertama #roadtoMelbourne ini adalah lebih bersifat straight forward, teknikal dan informasi disulami dengan pengalaman penulis sendiri semasa melalui fasa tersebut. Ia demi menjawab persoalan beberapa individu yang bertanya sebelum ini. Maaf jika ia membosankan sesetengah pembaca)

Persediaan dan requirement untuk memohon

1. Kelayakan akademik
Orang kata, "senang sahaja untuk kau dapat offer untuk studi di luar negara. Apa yang kau perlukan adalah keputusan yang cemerlang."

 Yeah, tapi orang tu tak cakap senang ke tak senang nak capai keputusan cemerlang kan? Jujurnya dari pengalaman aku sendiri, memang senang je pun nak apply untuk study di universiti luar negara ni, considering kau pegang keputusan yang cemerlang. Siapa boleh deny kelayakan kau kalau kau dekan tiap semester, four flat tiap semester, kan? Tapi, tanyalah mana-mana student, senang ke tak nak maintain dekan tiap sem? 

Jadi, berbalik pada statement "senang je nak dapat offer dari uni luar negara", aku jawab, tak ada benda yang senang dalam dunia ni. Nak makan pun kena kunyah beb. Nak ada keputusan cemerlang bukan semalaman. 4 tahun beb. 4 tahun kerja keras masa degree baru dapat keputusan keseluruhan yang cemerlang. Offer pula bukan datang bergolek. Kita yang kena mohon, baru lah boleh dapat offer. Jangan ingat asalkan keputusan cemerlang je, terus dapat offer sambung luar negara.

Dalam kes aku, aku memang agak confident juga la masa mohon tu sebab CGPA aku setakat sem 7 (aku belum tamat degree pun lagi masa apply tu) adalah 3.87. Memang exceed minimum requirement untuk academic standing. Tengok course juga sebenarnya, ada kursus yang memerlukan minimum 3.50, tapi ada yang nak 3.05 je. Tapi, kena ingat, kelayakan mengikut sistem merit. Walaupun minimum requirement rendah, bila ramai yang memohon, mesti uni akan consider calon yang keputusan lebih tinggi sebab merit mereka lebih tinggi. Betul tak? Maksudnya, chance untuk dapat tu lebih tinggi untuk pelajar yang result lebih cemerlang.

Contoh official transcript. Pelajar UiTM boleh minta copy official transcript sebelum convo dengan bayaran RM10 di pejabat rekod pelajar dan konvekesyen di menara SAAS. Bayar di pejabat bendahari tau, bukan di pejabat convo tu. 


Namun begitu kita kena ingat, requirement university tidak terhad kepada academic standing sahaja. Ada lagi requirement lain yang perlu kita penuhi.


2. English language requirement/ IELTS
Untuk uni di Australia, kebiasaannya memerlukan keputusan IELTS dengan minimum band 6.0. Ini pun bergantung kepada kursus atau fakulti yang kita pilih. Monash dan Uni of Adelaide agak ringan sikit requirement-nya. IELTS 6 sudah memadai dan jika bernasib baik, tak perlukan IELTS pun. Untuk fakulti bisnes University of Melbourne (uniMelb), pemohon perlu dapat minimum IELTS 6.5 untuk layak. Untuk specific kursus Master of Finance, perlu ada IELTS 7.0. Ada caranya untuk kita waived IELTS. Dengan kata lain, under certain circumstances, kita boleh waived IELTS jika kita boleh buktikan level english kita setaraf band 6.5 atau 7.0. 

Student UiTM biasanya ada kelebihan untuk waived IELTS, sebab pengajaran dan penilaian di UiTM semua dijalankan di dalam bahasa inggeris. Untuk kes ini, kita hanya perlukan surat consent dari fakulti atau bahagian rekod pelajar yang mengatakan bahawa pengajaran dan penilaian di universiti dijalankan didalam bahasa inggeris. Ayat yang wajib ada dalam surat tersebut adalah "...english is a medium of instructions and assessment...". Ada ayat hikmat ni, insyaallah kau jimat beberapa ratus ringgit, tak payah buat exam IELTS. Kalau tak boleh waived IELTS, maka wajib untuk ambil IELTS test dan capai minimum requirement yang ditetapkan kursus.

Lagi satu, kalau masa kat uni ada subject bahasa inggeris, BEL422, BEL429... English report writing dan english presentation/communication skill, haaa kalau dapat A atau A+ subjek tu, boleh la jadikan bukti kat pihak uni nak kata yang english kita bagus. Untung-untung dapat waived IELTS.

Alhamdulillah dalam kes aku, tak perlu buat IELTS. 


Contoh ayat "english is the medium of assess and instruction..." yang boleh di-consider oleh pihak uni untuk waived IELTS test.



Ni contoh ayat yang di reject. Lepas aku submit yang ni, wakil uniMelb contact agen aku suruh aku revise letter ni dan tulis ayat yang lebih terperinci. Tebal je la muka mengadap pegawai INED berulang kali masa ni.


3. Personal statement/ essay
Ada sesetengah kursus memerlukan kita untuk buat essay, atau personal statement. Panjangnya bergantung kepada kehendak kursus tu, ada yang minta 500 patah perkataan, ada yang sampai 2000 patah perkataan. Personal statement sudah tentulah dalam bahasa inggeris dan biasanya jika application memerlukan pemohon submit personal statement, kita boleh minta waived IELTS juga sebab dari essay tu pun dah boleh nampak level bahasa inggeris kita. 

Aku dulu kena buat personal statement 500 patah perkataan. Banyak kali juga aku revise dan aku banyak buat rujukan kat internet masa tu tentang bagaimana untuk buat personal statement yang bombastik (buat rujukan sahaja ye, jangan plagiarised). Aku juga suruh lecturer BEL dengan kawan-kawan aku yang lepasan tesl untuk check grammar dan kesesuaian. Dah puas hati, baru aku submit.


4. Special requirements
Kadang-kadang, untuk kursus yang berat, dan very niche, ada special requirement khusus untuk kursus tersebut. Nak-nak lagi bila kursus tu ditawarkan oleh top faculty from top University. Contohnya, untuk kursus Master of Finance dari Faculty of Business, University of Melbourne, pemohon perlu ada result exam GMAT/GRE. Kalau tak pernah buat test ni lagi masa apply, pemohon tak dapat waived application fee dan perlu buat GMAT/GRE tu dalam tempoh yang mereka bagi. Ini aku pun baru tahu masa jumpa sendiri representative business school uniMelb beberapa bulan lepas. Sebab itulah aku tak jadi mohon Master of Finance masa tu. Jadi untuk budak finance atau business yang nak sambung master in finance di Uni of Melbourne, make sure korang aware dan prepare dengan requirement ni tau. 

Ni contoh requirement untuk Master of Finance, Melbourne Business School, uniMelb. Kena ada GMAT/GRE. Business school uni lain tak ada pula syarat ini.


Waktu dan cara memohon

Sebenarnya, kita boleh mula apply master study waktu kita final sem degree lagi. Walaupun kita masih belum final exam, atau belum viva, atau belum dapat final result, ataupun belum grad, tak apa. Kita boleh apply guna result sem-sem yang ada. 

Untuk apply, ada 2 pilihan iaitu samada kita apply sendiri di website universiti, atau apply melalui agent. Untuk university Australia, digalakkan untuk apply melalui agen, kerana lebih mudah. Paling penting, untuk yang tidak tahu, application biasanya akan dikenakan fee sebanyak aud100. Hanya application melalui agen sahaja akan mendapat application fee waived aka pengecualian yuran permohonan (bergantung kepada terma dan syarat). Aud100 bukan sikit wei... Untuk seorang pelajar, RM300 tu tinggi nilainya. Jadi bayangkan kalau kita nak apply 3 ke 4 universiti, takkan nak habis 300-400 dollar macam tu aja? (Unless kau kaya raya, dipersilakan dengan hormatnya).

Dan macam yang aku explain tadi, kalau kita apply Master of Finance di UniMelb tapi belum buat exam GMAT/GRE, kita tak layak dapat application fee waived. Kalau kita apply sendiri tanpa agen lagilah tak dapat application fee waived. Sila berjimat selagi boleh berjimat key. Bukan sikit duit nak kena pakai untuk proses studi di luar negara ni. 

Kebiasaannya, student yang apply untuk sambung belajar luar negara ni, kami tak apply satu uni sahaja walaupun memang target nak satu uni tu je haha! Macam aku dulu, walaupun memang aku target nak University of Melbourne, aku apply juga Monash, University of Adelaide, dan UNSW.

Agen biasanya akan buat open day dan application day tour beberapa hari serata Malaysia. Masa ni lah kita survey universiti idaman, tengok course yang berkaitan, dapatkan info, dapatkan consultation dari agen dan wakil universiti, then bila dah puas hati boleh lah terus isi borang application dan submit kepada agen. Dah alang-alang dapat application fee waived, takkan nak apply satu je kan? Apply je la selagi boleh apply. (jangan lupa bawa certificate siap-siap. Jangan datang lenggang kangkung pulak)

Agen yang aku guna adalah IDP. Bagus agen ni, dia consult aku dari course selection, sampailah sekarang dia tengah guide kitorang dalam pendaftaran sekolah anak aku di Victoria nanti. Aku akan cerita pasal ni kemudian. 


Pastikan korang attend Aussie/NZ education expo IDP kalau berminat nak sambung belajar di Australia, baru boleh dapat booklet fakulti macam ni. Baru senang nk tengok entry requirement dan lebih faham fakulti tu macam mana. Kalau nak tengok kat website pun boleh, tapi tak sama feel dia bila dapat booklet ni yang diberi oleh wakil uni tu sendiri, cakap face to face dengan mereka. feel dia lagi deep. Memang terus berkobar-kobar la kau nak apply sambung belajar.


Dah apply, lepas tu?

Lepas submit application form pada IDP, sepatutnya kita dah boleh relax, sambung kehidupan macam biasa. Kalau yang belum habis final sem tu fokus pada final exam dan project paper, atau jalanilah hidup seperti biasa sehingga kita dapat outcome dari university yang kita apply. Tapi tak!!!! Percaya lah, sebulan dua lepas kau submit application form, hidup kau akan jadi seperti makan tak lalu tidur tak lena. Hehehe

Dari detik kau submit application form tu, maka bermulalah hidup kau akan berubah. Setiap hari kau akan tertunggu-tunggu email dari IDP dan universiti. Kau juga sudah mula google scholarships, loan pendidikan, tajaan, dan segala pembiayaan berkaitan. Kalau kau macam aku, kau dah start tengok google map, tengok universiti kau dalam map. Kalau kau macam aku juga, kau akan start survey rumah sewa dan apartment yang berdekatan dengan uni. Dan kau dah mula follow instagram dan facebook akaun universiti impian kau dan kau like semua gambar dan status mereka. (Tapi aku buat ni lama dah. Dari sejak tahun 1 degree lagi).

Dasyat beb. Dasyat obsesi ini. Aku ingatkan pada bakal pemohon semua, sebelum memohon, bersedialah untuk menjadi obses dan tak keruan!

End for now.


Episod 2 #RoadtoMelbourne selepas ini aku akan cerita pasal pengalaman aku terima offer dari universiti pula. Tunggu ya.


Noor Hida Halim
#roadtoMelbourne



Comments

Popular posts from this blog

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Dari Klang kami ke Redang

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?