Road to Melbourne. Episode 2: Offer dari Universiti

#RoadtoMelbourne.
Episode 2: Offer dari Universiti 

Setelah hampir sebulan menunggu, akhirnya aku dapat outcome dari 2 universiti. Perlu diberitahu, tempoh menunggu outcome dari universiti ni tak sama. Dari pengalaman aku, Monash dan Universiti of Adelaide cepat sikit prosesnya. Kalau tak silap dalam masa 4 minggu dah dapat outcome (dengan syarat semua document lengkap). University of Melbourne memang berjanggut la nak tunggu. 2 bulan lebih menunggu baru aku dapat outcome dari mereka. Kalau ada document yang tak lengkap juga akan menyebabkan outcome delay. Lagi satu, mereka biasanya akan minta macam-macam supporting document yang pelik-pelik dan tak dijangka. Contohnya, Monash minta surat penjelasan tentang hubungan antara Ined dengan UiTM. Monash juga lepas tu tiba-tiba minta result SPM dan Diploma aku dan info tentang subjek yang aku dapat credit exemption masa di universiti. Huhu, bersedia dan bagi je lah apa yang mereka minta. 

Memang macam-macam lah benda mengarut Monash ni minta. Tapi aku layankan aje walaupun tak plan nak accept pun offer mereka masa tu. (Rasa macam membazir masa tak melayan mereka?). Yang peliknya, uni Adelaide tak minta apa-apa supporting document pun, tau-tau dapat outcome terus.


Pendek kata, lain uni, lain permintaan tambahan mereka. Aku yang apply 3 uni ni je pun dah pening melayan permintaan mereka yang macam-macam. Bayangkan kalau orang yang apply 5-6 uni tu. Jenuh melayan kehendak mereka tapi demi mengejar cita-cita, layankan aja dengan rela. 


Terpaksa berikan juga keputusan SPM yang tak seberapa ni kepada Monash kerana mereka yang minta. Result SPM aku dulu hanya melayakkan aku masuk UiTM aja tau. Jangan ingat kalau kita mula slow dan mediocre, kita tak boleh jadi lebih baik dan lebih baik. Yang penting kena tau macam mana nak improve.



Email dari Monash request hubungan antara Ined dengan UiTM. Sekali lagi aku naik mengadap pegawai Ined tu. Tebalkan lagi muka. Lagi-lagi aku, lagi-lagi aku kat office dia. 


Jenis offer.

Secara asasnya, ada 2 jenis offer, conditional offer dan unconditional offer. Yang dinanti-nanti sebenarnya adalah unconditional offer. Jika outcome kita bertulis conditional offer, maksudnya ada condition atau requirement asas yang kita belum penuhi. Biasanya ini terjadi bila kita apply tanpa letter of completion of study, atau dengan kata lain, belum dapat result akhir degree. Kita juga boleh dapat conditional offer jika kita belum memenuhi keperluan IELTS. Bila dapat unconditional offer, itu bermaksud kita dapat offer penuh dan tiada lagi syarat yang tidak lengkap. 

Dalam kes aku haritu, aku dapat conditional offer dari Monash. Ini memang aku dah jangka. Tapi magical dan miracle-nya adalah apabila aku dapat unconditional offer dari University of Adelaide. Rasa macam tak percaya masa tu, sebab aku belum habis degree lagi kott! Final exam pun belum mula, viva date pun belum tau bila. Result final lagilah tak ada. Gila betul!!! Memang rasa sangat miracle masa tu, tapi aku tolak offer dari kedua universiti ni atas beberapa sebab.



Ni contoh offer dari Monash. Tengok dia ada tulis terang-terang conditional offer dan condition yang perlu aku penuhi demi mendapat full offer.



Ni pula unconditional offer dari Adelaide. Kalau perasan/ boleh nampak, dia tak ada tulis condition. Maknanya ini offer penuh. 


Kenapa aku tolak Monash dan Adelaide

Ada beberapa sebab mengapa aku tolak 2 universiti ni. Untuk Monash, sebenarnya aku tak ambil masa yang lama pun untuk menolak offer mereka. Sebabnya, Monash memang pilihan ketiga. Aku apply juga Monash sebab kampusnya terletak di kota Melbourne dan kursusnya agak menarik. Sebenarnya, aku tak adalah nak sangat masuk Monash. Hehe~ (sebenarnya aku nak apply RMIT tapi masa tu RMIT tak buka application lagi).

Tapi aku memang tak lena tidur memikirkan tentang tawaran university of Adelaide. Pertama, kerana ia university kedua pilihan aku. Kedua, kerana tawaran yang aku dapat adalah unconditional offer, sesuatu yang sangat rare dan miracle bagi situasi aku ketika itu. Ketiga, kerana Adelaide memang not bad! Aku agak suka juga life di Adelaide ni. Peace dan calm gitu. Keempat, kerana kursus yang ditawarkan kepada aku tu sangat menarik; master with double major, finance and business economic. Memang tak dapat kat uni lain. Kelima, kerana brochure faculti dia yang buat aku rasa fakulti ni exciting. Susah nak explain, kau kena tengok baru kau faham kenapa aku tertarik dengan fakulti business di uni Adelaide ni. Keenam, kerana aku belum dapat apa-apa outcome dari University of Melbourne. Faktor-faktor inilah yang buat aku rasa macam nak accept je offer dari Adelaide. Ya lah, once in a lifetime kan? Tapi akhirnya aku tolak lepas buat solat istikharah. 

Aku pun ada listkan sebab mengapa aku terpaksa tolak Adelaide. Pertama, sebab terlalu cepat. Aku tak ready apa pun masa tu dan tengah serabut dengan thesis dan viva. Tak boleh fikir nak accepting offer lagi masa tu. Kedua, sebab terlalu cepat juga lah, tak boleh nak pikir mana nak cari duit sebanyak aud12,000++ untuk bayar deposit. Dengan tak ada apply mana-mana scholarship pun lagi masa tu. Ketiga dan paling utama, lepas aku solat istikharah, aku nekad untuk tunggu juga offer dari university of Melbourne, walaupun belum ada tanda-tanda pun aku nak dapat atau tidak. 

Lepas tolak tu, memang sedih. Tapi aku put 100% trust in Allah's plan. Aku cakap dengan diri aku, Tuhan mungkin tak bagi jalan untuk aku accept Adelaide sebab tuhan nak bagi aku Melbourne. Paling tak boleh lupa adalah bila Juwita bagi nasihat pada aku. Juwita kata, "mummy, what is your dream? Is it Melbourne of Adelaide? Melbourne, right? All this time, you go to school left me at home on weekend, for Melbourne kan? So Melbourne it is". Waaaaa mendalam nok. Siapa sangka, anak aku yang 8 tahun yang menyedarkan aku dari keserabutan otak aku waktu itu. Peringatan tuhan itu datang dalam pelbagai cara kan? So, aku move on.

Ternyata percaturan aku dan aturan yang Allah dah tetapkan itu yang terbaik. Sebulan lepas aku tolak offer dari 2 universiti tu, akhirnya aku dapat conditional offer dari university of Melbourne. Walaupun hanya conditional offer, tapi aku syukur dan happy tersangat-sangat. Ada hikmah dan kebaikannya aku dapat conditional offer ni. Aku akan ceritakan kemudian hikmah jalan yang Allah dah atur dengan terbaik untuk aku ni kemudian. 

6 Jun adalah tarikh keramat aku dapat offer dari unimelb. Tarikh yang sama pada tahun 2014 selepas setahun sebelumnya aku melawat uniMelb, aku kata aku akan "come back". Ajaib kan?





Offer pertama dari uniMelb, terang-terang ditulis adalah conditional offer. Aku ingatkan boleh dapat unconditional tapi tetap menitis air mata juga lah bila dapat ni.


Bila dapat offer uniMelb ni, mula-mula aku ingat nak accept, tapi tuhan dah tentukan yang sebaliknya. Nanti aku sambung cerita bagaimana aku defer offer ni dan bagaimana aku dapatkan unconditional offer dari uniMelb.

End for now. 


Noor Hida Halim
#roadtoMelbourne

Comments

Popular posts from this blog

Menempah penginapan percutian dengan AirBNB

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?

Kemas kini gambar passport anak anda