Posts

Showing posts from September, 2017

Kisah cermin mata diantara 2 benua

Image
Beberapa bulan yang lalu aku tertidur dengan contact lense di mata. Pagi esoknya aku terjaga dengan mata yang pedih dan merah. Oleh kerana aku pernah mengalami perkara yang hampir serupa seberapa ketika dahulu, jadi tak adalah aku pergi ke hospital (walaupun mula-mula agak panik la juga).

Sebagai solusi, seperti mana langkah yang aku lakukan sebelum ini, aku buang contact lense dan kena berhenti memakai contact lense selama seminggu. Masalahnya.... Ha, dia sini baru mula masalah sebenar. Masalahnya, aku tak ada cermin mata. Sebelum aku ke Melbourne dahulu memang ada niat mahu membuat cermin mata namun oleh kerana waktu sudah suntuk dan orang kedai tu tak dapat nak siapkan cermin mata aku dalam masa 24 jam, maka aku batalkan niat untuk membuat cermin mata.
Bila sudah jadi perkara seperti ini, baru padan dengan muka aku. Kesal pun sudah tak berguna. Jadi masalahnya, bagaimana aku hendak hidup dan membuat kerja seperti biasa dengan mata yang rabun?