Kisah cermin mata diantara 2 benua


Beberapa bulan yang lalu aku tertidur dengan contact lense di mata. Pagi esoknya aku terjaga dengan mata yang pedih dan merah. Oleh kerana aku pernah mengalami perkara yang hampir serupa seberapa ketika dahulu, jadi tak adalah aku pergi ke hospital (walaupun mula-mula agak panik la juga).

Sebagai solusi, seperti mana langkah yang aku lakukan sebelum ini, aku buang contact lense dan kena berhenti memakai contact lense selama seminggu. Masalahnya.... Ha, dia sini baru mula masalah sebenar. Masalahnya, aku tak ada cermin mata. Sebelum aku ke Melbourne dahulu memang ada niat mahu membuat cermin mata namun oleh kerana waktu sudah suntuk dan orang kedai tu tak dapat nak siapkan cermin mata aku dalam masa 24 jam, maka aku batalkan niat untuk membuat cermin mata.

Bila sudah jadi perkara seperti ini, baru padan dengan muka aku. Kesal pun sudah tak berguna. Jadi masalahnya, bagaimana aku hendak hidup dan membuat kerja seperti biasa dengan mata yang rabun?
Untuk pengetahuan, rabun aku bukan biasa-biasa. Sebelah 525 dengan silau 150. Sebelah lagi 650 dengan silau 100. Kalau tak pakai contact lense atau cermin mata memang jari sendiri pun tak nampak berapa (of course lah aku tahu jari tangan ada 10. Ini hanya metafora). 

Jadi setelah aku hidup rabun selama hampir 24 jam, aku mengambil keputusan untuk membuat cermin mata di sini. Ada satu kedai yang aku dah perati dari dulu, namanya Specsaver. Ada satu cawangannya di Barkly Sq, Brunswick. Hanya 1.2km dari rumah, jalan kaki je nak pergi. Ini pun satu hal, sebenarnya dah lama aku nak survey kedai ni sebab dia je ada cermin mata lengkap dengan kanta berharga A$39. Kira paling murah la tu di Melbourne. Tapi aku asik tangguh-tangguh sampai lah bila dah emergency macam ni baru nak menggelupur.

Suami aku pun baik hati pergi hantarkan ke Barkly Sq sebab kesian bini dia rabun teruk. Aku pun masuk ke kedai dengan harapan dapat beli spek mata, namun hampa. After consultation dengan sales person tu, banyak perkara tentang cermin mata dan optometrist di sini yang sangat berbeza dengan di Malaysia. Biar aku ceritakan senarionya di sini:

1. Kita tak boleh beli/ buat cermin mata tanpa prescription dari optometrist. Ini merupakan undang-undang di sini. Kena datang dengan salinan prescription mata tu baru boleh lulus buat cermin mata. Bawa salinan prescription dari optometrist di Malaysia pun tak apa asalkan result adalah dalam tempoh 2 tahun.

2. Kalau tak ada prescription, kena buat eye test.

3. Kalau nak buat eye test kena buat appointment. Tak boleh main terjah seperti di Malaysia. So, kena call atau masuk website untuk buat online appointment, nanti baru dia set date and time bila kita boleh datang untuk buat eye test.

4. Eye test tak percuma macam di Malaysia. Eye test termasuk consultation kalau kat specsaver tu bermula dari A$70. Untuk student boleh buat bulk bill untuk claim balik ke health insurance. Tapi recomended untuk buat kat eye care centre under uniMelbourne je la macam tu. Dia auto link dengan Bupa, iaitu health insurance aku. Senang tak payah bayar upfront. But still... Tak percuma hokey!

5. Ni paling pelik. Cermin mata tak akan boleh siap dalam masa sehari atau 2-3 hari. Paling cepat 7 hari dek non! Mengambil kira kanta aku yang power tinggi tambah astigmatism, paling cepat 2 minggu kata orang tu. Mampus gitu. Harga pula, setelah mengambil kira kerabunan aku yang tinggi, memang tak dapat la harga A$39. Kena tambah A$180 untuk kanta nipis. Berhuhuhu la kita...

Jadi aku pun pulang dengan hampa. Dok pikir-pikir, macam mana nak buat ni. Akhirnya aku dapat satu idea. 

Sebelum aku ke Melbourne dulu memang aku ada buat eye test. Kedai optometrist tu ada prescription mata aku. Jadi aku minta tolong abah aku untuk tempahkan spek mata aku di kedai spek Jasin tu, dan lepas tu poskan ke sini. Tak kira lah unik ke rare ke tinggi mana pun power aku, 2 hari je dah siap. Isnin depannya abah aku poskan spek mata aku ke sini. Seminggu sampai lah. 

Ha, ni conversation comel aku dan abah. Nak pilih spek mata... 




Ni pulak masa tengah nak bungkus spek nak pos ke sini. Dah alang-alang, suruh abah poskan sekali baju melayu. Ada orang tu teringin nak pakai baju melayu di 1 syawal. Kita tgk berapa lama dia tahan nak pakai baju melayu waktu winter ni 




Senang. 

Mula mula memang rasa pelik dan mengarut mengarut sistem kat sini. Semua benda kena buat appoinment. Kalau kau sakit pun, kau kena call klinik untuk set appoinment. Tak ada terjah-terjah macam kat Malaysia. Nasib-nasib dapatla jumpa doktor sebelum sakit kau sembuh sendiri. Hahaha! 

Tapi aku ok lagi bab appoinment tu. Yang paling aku hairan adalah tahap kecargasan kerja mereka. Nak buat spek mata pun sampai berminggu. Aku borak dengan member satu course, dia nye spek dah 4 minggu tak siap lagi. Sorang lagi member, akak dia dulu buat spek, 6 bulan baru siap. Kejadahnya lahh!


Tapi itu lah dia, lain padang lain belalang.
Semua ini hanyalah "an interesting cultural difference!"


Noor Hida
Carlton North, Vic.

Update

Beberapa hari lepas aku tulis ni, sampai dah parcel aku di Melbourne...


haa... dah sampai pun poslaju ni..2 minggu dah sampai. 





Dah pakai spek. Bertahun dah sebenarnya aku tak pakai spek. Aku tak suka pakai spek sebenarnya, tapi lately rasa macam not bad.... lagipun aku sayang mata aku woi... bahaya pakai contact lense non stop ni.



Sekarang dah suka pakai lagi pakai cermin mata berbanding contact lense.

Comments

Popular posts from this blog

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Road to Melbourne. Episode 1: Application to study Master

Hangatkan jiwamu disaat salji membeku

Kemas kini gambar passport anak anda