Makan-makan Melbourne: Food Delivery

Antara perkara yang dah jadi kebiasaan di Melbourne sekarang adalah food delivery service. Masa adik aku duduk di Melbourne dulu belum ada lagi sistem third party food delivery ni. Kalau ada food delivery pun masa tu adalah dari jaringan franchais seperti Domino pizza dan Pepperoni. Aku ingat lagi masa malam kami tiba di Melbourne pada tahun 2014, lepas check in hotel masing-masing penat, ngantuk dan kebulur. Punyalah banyak kami order makanan dari Pepperoni, tapi bila makanan sampai tak ada siapa nak makan sebab semua dah tertidur kepenatan. Kami pilih Pepperoni kerana waktu itu hanya itu sahaja restoren yang ada delivery 24 jam.

Sekarang ni melambak-lambak syarikat penghantaran makanan wujud di Melbourne, dan rata-rata restoren sekitar Melbourne memang menyertai food delivery. Benda ni tengah booming kat Melbourne sekarang. Secara purata, setiap penduduk Melbourne mesti pernah order makanan dalam talian  sekurang-kurangnya sekali sebulan. Majoriti restoren sekitar Melbourne boleh didapati di dalam 1 atau 2 sistem penghantaran makanan. Syarikat penghantaran makanan semakin hari semakin banyak, runner semakin ramai, dan menjadi runner penghantar makanan adalah kerjaya yang paling mudah migrant nak ceburi kerana ia tidak memerlukan banyak dokumen atau kelulusan.

Antara syarikat penghantaran makanan yang terkenal di Melbourne adalah UberEats, Foodora, Deliveroo dan Menulog. Yang selalu aku guna adalah Ubereats dan Foodora. Kadang-kadang aku nampak juga food delivery service yang dikendali oleh Chinese khas untuk restoren Asian dan China tapi tak pernah guna la. Tak faham pun apps dia, kerana semuanya dalam bahasa cina.



Semua food delivery ni ada apps dia. Hanya perlu download dan verify akaun jika anda kali pertama guna, kemudian selak-selak restoren-restoren yang ada dalam tu dan lepas tu apa lagi, ORDER lah.  Banyak gile pilihan makanan yang disajikan dalam apps tu tau. Cakap je nak menu apa, Italian, Turkish, Indian, Thai, Vietnamese, Mexican, Chinese, Asian, malah Malaysian pun ada. Jenis makanan pula, taip je nak apa, noodles, burger, pizza, rice, vegan, BBQ, semua ada lah!


Ini saya order Pho dari restoren Vietnam. Order melalui Foodora, dapat voucher A$10 dan tolak lagi A$5 free delivery. Berbaloi baloi. Cili dalam jar tu saya punya lah.. top up sendiri.


Ini hidangan tandoori set dan daging madras dari restoren India. Lapar, lalu terlebih order. huhuu


2 keping pizza extra large dari restoren itali.


Rojak petis, mee goreng mamak, kuetiaw sup dan char kuetiaw dari Killiney, restoren Malaysian-Singapore. 


Bag kertas UberEats. Melambak dah kat rumah. 


Antara banyak-banyak food delivery, yang paling banyak restoren dan menu adalah UberEats. Sebabnya radius restoren yang termasuk dalam kawasan delivery dari alamat rumah anda adalah lebih besar. Berbanding dengan Foodora, radius penghantaran lebih kecil, jadi ada sesetengah kawasan tidak begitu banyak pilihan restoren kerana terletak di luar kawasan penghantaran. Namun begitu, kebaikan Foodora pula adalah apps ni banyak bagi kupon dan selalu ada free delivery, sedangkan UberEats tak pernah ada promosi free delivery ni. Delivery adalah standard sahaja di mana-mana restoren atau di mana-mana apps, iaitu A$5/ delivery.

Bagaimana untuk memulakan tempahan?
Untuk menggunakan apps ini, mula-mula anda kena download apps. Cari sahaja apps bernama "Foodora" atau "UberEats" atau "Deliveroo", atau "Menulog". Pastikan juga ia apps yang betul ye. Kemudian, anda perlu ada visa/mastercard. Tak kisahlah credit card atau debit card, yang penting boleh di gunakan.

Pastikan juga anda memasukan alamat yang betul di dalam apps tertebut. Lihat alamat penuh yang di key in betul-betul demi mengelakkan sebarang kesilapan. Bukan apa, jalan di Melbourne ini berulang ulang. Contohnya, Sydney road ada di Brunswick, tapi Sydney Road juga sebenarnya panjang sehingga ke Coburg. Mungkin alamat rumah anda adalah 600 Sydney Road, Brunswick tapi anda telah tersalah pilih 600 Sydney Road, Coburg. Memang tak sampai lah makanan anda nanti dan anda telah menyusahkan runner.

Bila dah key in alamat dan memasukkan detail pembayaran, maka bolehlah anda mula browse menu-menu yang ada dan mula menempah makanan.


Bila kita send order, apps akan update progress begini. Ini adalah notifikasi mengatakan bahawa order kita telah sampai ke restoren.

Kemudian apps akan update menu yang kita order beserta jangkaan masa makanan kita akan sampai di hadapan pintu rumah. Kita boleh track perjalanan makanan kita dari restoren ke rumah apabila makanan itu siap nanti.


Begini lah rupanya map dalam apps tu menunjukkan lokasi restoren (yang tanda sudu garfu) dengan destinasi delivery. Tertera 4 minit itu adalah destinasi penghantaran dan jangkaan masa penghantaran.

Apps akan beri anda notifikasi apabila makanan anda sudah siap dibuat dan telah di pick up oleh runner Ubereats.

Dalam apps akan tertera runner yang pick up makanan kita dari restoren dan kita boleh track perjalanan runner ni dari map yang disediakan di dalam apps.

Taraa.... Sampai sudah makanan kita. 


Adakah food delivery ni mahal?
Tidak. Bagi saya standard sahaja harganya. Menu dalam apps adalah sama dengan menu di restoren-restoren fizikal, dan harganya pun sama sahaja. Cuma ada tambahan A$5 untuk delivery. Jadi untung kalau order dengan kupon A$10 atau memesan makanan di restoren yang ada promosi free delivery. Anda akan rasa lebih berbaloi jika order makanan dalam kuantiti yang banyak kerana delivery adalah fix rate. Untung kan?

Adakah food delivery ni boleh dipercayai?
Ya. Jangan risau. Peratusan makanan anda tidak tiba itu sangat kurang dan tidak pernah lagi saya jumpa runner yang rude. Semua baik-baik dan peramah belaka. Pembayaran juga adalah secured jadi anda tidak perlu risau memasukkan detail kad kredit anda di dalam apps ini.

Jika anda tidak berpuas hati dengan makanan yang dihantar, contohnya makanan mengambil masa terlalu lama untuk sampai/ makanan sudah sejuk/ tumpah/ salah hantar/ tak cukup seperti yang dipesan, anda boleh report dan Foodora atau Ubereats akan tanya solusi yang anda inginkan. Anda boleh refund duit atau minta food delivery untuk menghantarkan makanan yang lain. Untuk UberEats, anda juga boleh rate restoren, menu yang anda pesan, dan runner/driver yang hantar makanan anda. Jadi sebab itu restoren dan runner akan buat betul-betul, kerana mereka semestinya tidak mahu di beri 2 bintang! Mereka semua mestilah mahukan 5 bintang setiap kali service!

Adakah food delivery ini mudah?
Ya. Sangat mudah kerana anda tak perlu ada cash. Semua sudah auto deduct dalam akaun anda, dan anda tak perlu bersiap-siap dan menunggu semua orang bersiap semata-mata untuk keluar makan beramai-ramai. Order sahaja dan senang lenang lah di rumah

Pelancong sesuaikah guna food delivery ni?
Ya. Bagi pelancong yang datang melawat Melbourne, jika ada malam-malam yang anda terasa malas hendak keluar (maklumlah, kadangkala bila bercuti dalam kumpulan yang besar, dan siang hari padat dengan aktiviti, agak sukar pula rasanya untuk semuanya bersiap-siap untuk keluar makan. Ada sesetengah orang pula kurang gemar keluar di waktu malam atas beberapa faktor), antara alternatif yang ada adalah memesan makanan dalam talian. Siap sedia kad sahaja lah.

Sekali sekala, apa salahnya tukar hidangan. Bosan juga kan kalau duduk hotel hari-hari makan meggi atau nasi Brahim?


Noor Hida
Carlton North, Vic

Comments

Popular posts from this blog

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Menempah penginapan percutian dengan AirBNB

Dari Klang kami ke Redang

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?