Cara-cara nak beli bitcoin dengan mudah dan pada harga yg murah

Bitcoin. 

Ada orang pernah dengar, ada orang baru pertama kali dengar. Ada orang selalu dengar tapi tak nak ambil port. Tapi tiba-tiba minggu lepas kecoh sana sini pasal Botcoin sebab harganya tiba-tiba sudah mencecah USD16,000/1BTC. 

Sedikit sebanyak tentang Bitcoin, Bitcoin adalah sebuah digital currency/ cyrpto curency yang mula dicipta pada tahun 2009. Masa tahun 2013, harga Bitcoin baru USD0.30 dan lepas tu naik jadi USD32 sebelum turun jadi USD2 balik. Tahun ini telah mencatat rekod paling bersejarah apabila Bitcoin cecah new high pada USD16,000 minggu lepas. 

Ok cukuplah dulu pendahuluan aku. Kalau anda nak tahu lebih lanjut pasal Bitcoin, sejarah la apa benda la, aku cadangkan anda semua baca dalam Wikipedia sebab dalam tu lagi lengkap penjelasan dia. Post ni aku nak straight to the point pergi kepada tutorial bagaimana untuk pertama kali mendaftar dalam Luno dan mula membeli Bitcoin pertama anda. 

Ceriterajuwita sangat bertuah sebab ada seorang trader Bitcoin sudi berkongsi ilmu dan menulis sebuah artikel untuk anda semua yang berminat untuk memulakan "penjanaan wang dengan Bitcoin". Saudara Mizi Al-Carltoni merupakan seorang trader yang sudah bertahun-tahun berkecimpung di dalam pelbagai jenis financial trading dan investment. Anda semua sangat beruntung sebab beliau sangat pemurah sudi berkongsi ilmu yang sangat berharga ini. Jadi tanpa aku membebel lebih banyak, silalah baca artikel yang ditulis oleh beliau ini:
------------------------------------------------------------------------------------------------

Cara-cara nak beli bitcoin dengan mudah dan pada harga yg murah

Kecoh sekarang harga bitcoin yg naik mencanak-mencanak. Semua orang tak nak ketinggalan... inilah peluang kita buat duit berjemaah haha... aku pun bukanlah master dlm bidang ni.. tapi sbg newbie.. aku nak kongsikan cara nk start beli bitcoin. 

Ada 2 cara nak dapat bitcoin...

1. Beli dari individu atau syarikat yg memang ada bitcoin atau exchanger
2. Mining- Mining ni kira proses melombong bitcoin di alam maya. 

Di sini aku akan ajar cara nak beli Bitcoin kat exchanger Luno. 

1. Mula-mula kau download luno kat apps store - Luno ni adalah exchanger dan wallet kau. Di sini lah kau nak jual beli bitcoin. 

 


2. Tekan sign up. Isi segala borang tempat kosong. Aku sign up guna facebook je


3. Masukkan 4 pin rahsia. Pin ni nak guna masa buy atau sell bitcoin


4. Pergi kat setting, set kan mobile phone. Nanti luno akan hantar code untuk sahkan no telephone kau. Jangan bagi no telephone palsu pulak. Kang tak sampai pulak haha


5. Lihat muka depan luno kau dah ada butang baru


6. Sekarang ni verify identity pulak.
Masukkan nama dan mykad(ic) tu


7. Lepas tu kau upload gambar ic


8. Ok sekarang dokumen kau tengah di review dan maybe dalam sehari dua baru boleh start deposit. So sementara tengah proses, kau rajin2 lah google pasal bitcoin dan buat study sikit 


9. Bila luno dah sahkan account, bolehlah kau start deposit.


10. Pilih Bank, dan Luno akan bagi no acc dan kod untuk reference. Deposit ni ambil masa 30 minit - sejam untuk masuk dlm wallet kau. Banyak bersabar ye. Aku tau kau tak sabar nk menjana wang haha! Deposit serendah RM1. Boleh cuba amount yg kecil dulu


11. Lepas sejam nanti, kau check kat RM wallet dah ade duit RM masuk. Jadi bermulalah pengembaraan kau melakukan jual beli bitcoin.


Trick nk dapatkan harga murah, kau jangan tekan butang buy kat situ, tp kau tekan kat trade on exchange

lepas tu tekan butang + kat sebelah depth tu


Check kat order book, kat bahagian hijau harga orang nk beli, kat bahagian merah ni harga orang yg nk jual dan kuantitinya. Bila kita nak beli, tengok yang kat merah ni harga yg paling murah. Yang paling murah 73400 dan kuantiti yg available 0.0917


Begitulah lah caranya serba sedikit nak beli bitcoin. Boleh share kalau ade member yg nk terjebak dalam jual beli bitcoin.

Tunggu post seterusnya, aku akan cerita pasal mining kalau lebih 1k share kahkahkah


Mizi Al Carltoni
Melbourne

--------------------------------------------------------------------
Saudara Mizi boleh dihubungi melalui akaun facebooknya : https://www.facebook.com/mokh.tarmizi

Comments

Popular posts from this blog

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Menempah penginapan percutian dengan AirBNB

Dari Klang kami ke Redang

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?