Posts

Showing posts from January, 2018

Membuat jem sendiri di rumah

Image
Summer dan stonefruit
Musim panas di Melbourne ternyata memberikan pelbagai kejutan yang indah pada diriku. Tidak cukup dengan cuaca yang naik turun: pokok peach di belakang rumahku pula tiba-tiba dipenuhi buah yang kemerah-merahan. Rupanya cuaca yang panas telah menggalakkan buah itu untuk cepat bertukar warna. Maka tidak lama selepas itu belakang rumahku telah diserang burung-burung yang berwarna warni di waktu pagi dan kelawar di waktu malam. Semuanya hendak makan buah peach yang sedang masak ranum itu. Aku pun tidak kurang kalutnya, petik semampunya untuk dibuat makan. Genab 3 hari cuaca panas aku sudah mula panik. Setiap hari sebakul buah aku petik, yang semalam belum juga habis. Hendak di apakan buah peach yang berbakul ini? Dibuang sayang pula.



Lalu aku mulai mencari idea di internet dan aku menjumpai artikel ini, 30 things to do with peaches. Dari situ aku belajar untuk membuat peach jam yang paling mudah dan ringkas. Oleh kerana aku dah cuba sendiri maka aku boleh bagi jamina…

Asas kebun organik: Menanam bunga di kebun sayuran

Image
Sebelum ini aku dah cerita tentang kelebihan dan kepentingan untuk menabur hampas/ mulching di kebun organik. Kali ini aku nak cerita satu lagi asas kebun organik iaitu menanam pohon bunga dicelah-celah pokok sayuran dan buahan. Jika anda biasa melihat kebun organik atau permaculture, anda akan perasan ada beberapa jenis tanaman berbunga yang dibiarkan hidup diantara sayur-sayuran dan kebanyakannya sengaja ditanam.


Bunga, seperti yang kita biasa tahu tidak lain tidak bukan menarik minat serangga untuk datang. Walau bagaimana pun, bergantung pada jenis bunga, ada 2 tujuan mengapa pokok bunga ini ditanam:
Menghalau serangga dari datangMenarik serangga untuk datang. 2 tujuan ini memang nampak contradict to each other, tapi sebenarnya memang betul. Ada beberapa jenis tumbuhan dan bunga yang dibenci oleh serangga perosak, jadi dengan menanam pokok bunga ini, serangga perosak tidak akan datang menghampiri dan secara tidak langsung sayuran kita akan selamat dari diserang serangga. Asas kebun …

Asas kebun organik: Mulching

Image
Kerja saya di garden harini adalah mulching iaitu menabur serpihan kayu/hampas kering ke permukaan tanah. Harini kali pertama saya menggunakan mulch jenis hampas tebu. Jenis ini biasanya orang letak di batas sayur-sayuran dan buahan renek seperti strawberi. Tapi nak buat sebagai hiasan pun boleh juga. 

Mulch jenis hampas tebu.
Mulch ada beberapa jenis dari yang halus sehinggalah yang kasar. Biasanya saya akan menabur mulch jenis shredded hard wood, atau fresh wood chips di kawasan front yard dan sekeliling pokok bunga kerana mulch jenis ini tahan lama dan cantik dipandang. Kalau ke taman permainan kanak-kanak pun, mulch jenis ini lah yang ditabur setebal-tebalnya di tanah tempat kanak-kanak bermain. Saya juga pernah membantu client menabur mulch jenis straw iaitu sejenis mulch yang diperbuat dari hay. Compost juga adalah salah satu jenis mulch dan di community garden yang saya volunteer, kami menabur compost sebagai mulch dan baja. 2 in one. 
Mulch jenis kasar/ shredded wood digunakan di…

kisah budak pengembala, janji dicapati, dan belon

Image
Kisah pengembala dengan serigala
Masa kecil dahulu aku pernah membaca satu kisah dongeng kanak-kanak, tentang seorang budak pengembala dengan serigala. Budak itu, kerana bosan mungkin sebab terpaksa menjaga biri-birinya dari pagi hingga ke petang setiap hari, 7 hari seminggu, telah terfikir idea yang kreatif untuk menjadikan harinya lebih menarik. Maka pada suatu hari, budak itu telah menjerit, "serigala! serigala!!! tolong saya, ada serigala!!!!".

Lalu berpusu-pusu lah semua orang kampung berlari ke arah padang ragut tempat budak itu mengembala sambil membawa parang, senapang, dan kayu, untuk membunuh serigala. Melihatkan keadaan orang kampung yang panik dan bersungguh-sungguh itu, maka berdekah-dekah lah budak itu ketawa. Orang kampung merasa hampa lalu pulang semula ke kampung.

Esoknya, budak itu merasa bosan lagi, lalu dia pun buat sekali lagi trick yang sama, "serigala!!! Serigala!! betul-betul ada serigala kali ini!!!". Orang kampung yang baik hati dan mengambil…

Hebat sangat kah Antithesis sampai diharamkan kerajaan?

Image
Antithesis diharamkan? Hebat sangat kah penulisan dan idea dalam Antithesis itu sehingga kerajaan takut sangat? Adakah idea dan pemikiran dalam Antithesis terlalu mendalam seperti The Malay Dilemma yang pernah juga diharamkan suatu masa dahulu? Atau adakah terlalu tajam seperti penulisan Pak Sako, Pendita Za'ba dan Faisal Tehrani? Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam kenyataan mengatakan kandungannya mungkin akan memudaratkan keselamatan, ketenteraman, moral dan kepentingan awam serta menggemparkan fikiran orang ramai. Wow, menggemparkan fikiran pun tidak boleh. 

Rakyat dibenarkan baca buku-buku sampah sahaja seperti 99 kata-kata fattah amin, ataupun novel seperti suamiku encik sotong yang tidak menggemparkan pemikiran. Rakyat dibolehkan membaca bacaan khayalan fantasi jumpa anak orang kaya, cinta pandang pertama dengan CEO syarikat terkemuka, kahwin paksa dan akhirnya bercinta, kemudian honeymoon di luar negara. Buku yang menggemparkan fikiran adalah dilarang kerana ditakuti mengg…