Asas kebun organik: Mulching

Kerja saya di garden harini adalah mulching iaitu menabur serpihan kayu/hampas kering ke permukaan tanah. Harini kali pertama saya menggunakan mulch jenis hampas tebu. Jenis ini biasanya orang letak di batas sayur-sayuran dan buahan renek seperti strawberi. Tapi nak buat sebagai hiasan pun boleh juga. 

Mulch jenis hampas tebu.

Mulch ada beberapa jenis dari yang halus sehinggalah yang kasar. Biasanya saya akan menabur mulch jenis shredded hard wood, atau fresh wood chips di kawasan front yard dan sekeliling pokok bunga kerana mulch jenis ini tahan lama dan cantik dipandang. Kalau ke taman permainan kanak-kanak pun, mulch jenis ini lah yang ditabur setebal-tebalnya di tanah tempat kanak-kanak bermain. Saya juga pernah membantu client menabur mulch jenis straw iaitu sejenis mulch yang diperbuat dari hay. Compost juga adalah salah satu jenis mulch dan di community garden yang saya volunteer, kami menabur compost sebagai mulch dan baja. 2 in one. 

Mulch jenis kasar/ shredded wood digunakan di padang permainan.

Mulch yang sama juga boleh digunakan di halaman rumah. Taman akan nampak lebih kemas

Mulch shredded hard wood juga ada beberapa jenis bergantung daripada jenis kayu yang diguna. Baunya juga wangi dan menyegarkan. 

Kenapa kena tabur mulch? Ada 5 faedah menabur mulch iaitu:

  1. Mesra alam
  2. Memberi sumber nutrient organik pada tanah
  3. Mengekalkan lembapan pada tanah
  4. Menggalakkan pembiakan cacing
  5. Melambat/membantut penumbuhan rumpai dan lalang yang tidak dikehendaki
  6. Sebagai nilai estetika ( kebun dan taman nampak cantik dan kemas)
Pendek kata, bila kita letak mulch, selain dari ianya adalah mesra alam, kita dah jimat masa dan kos. Jimat masa kerana tidak perlu melakukan weeding dengan kerap, dan jimat kos kerana tidak perlu lagi membaja dan meracun. (Kebun organik tidak menggunakan sebarang racun perosak dan bahan kimia)


Selesai menabur hampas tebu disekeliling garden client saya ni. 

Kalau di sini, orang beli mulch di Bunning warehouse atau kedai-kedai gardening. Sebenarnya kita boleh buat mulch kita sendiri di rumah. Antara mulch yang boleh dibuat sendiri dengan kos yang amat minima adalah compost, daun kering yang dikisar kasar, dan grass clipping iaitu potongan rumput yang dipotong. 

haa amikau. Selambak segunung grass clipping kat rumah saya. Hasil weeding minggu lepas. 

Jadi lepas ini, daun-daun kering jangan dibakar. Potongan rumput yang banyak-banyak lepas mesin rumput tu pun jangan dibuang begitu sahaja. Boleh ditabur di keliling pokok bunga dan batas sayuran sebagai mulch. Bagaimana nak buat compost pula? Haa yang ini kena tunggu artikel yang lain pula. Kalau kat rumah ada kompos sendiri, sampai bila-bila tak payah beli baja kimia dah. Barulah hasil tanaman pun sihat dan organik! Next time kita cerita pasal compositing pula ya. 

Akhir kata, eat clean, eat fresh. 
Do good to our planet. 
Say no to chemicals in our food!


Noor Hida
Carlton North, Vic. 

Comments

Popular posts from this blog

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Menempah penginapan percutian dengan AirBNB

Dari Klang kami ke Redang

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?