Posts

Showing posts from March, 2018

Rutinku sebagai pelajar

Sedar tak sedar dah 2 bulan lebih blog ini tidak berupdate. Kononnya nak tulis dua tiga artikel sebulan, rupanya dua bulan sekali pun tak lepas. Bukan hendak berdolak dalih, tapi sebenarnya akhir-akhir ini aku sudah mulai sibuk dengan kehidupan aku sebagai pelajar. 26 February lepas lagi kelas pertama aku sudah bermula. Bermula kelas bermakna 2 minggu sebelum kelas pertama lagi kami sudah diberikan senarai bacaan (journal articles) yang berjela-jela untuk persediaan. Hendak pula apabila subjek itu intensive subject, jadi bacaannya memang agak heavy dan banyak. Minggu ketiga adalah date untuk first assessment, iaitu essay sepanjang 1500 patah perkataan. Minggu ke enam pula (iaitu minggu terakhir subject ini) ada presentation untuk group project dan 3 hari kemudian submission untuk report group project tersebut. 2 minggu selepas subjek berakhir, ada submission untuk assessment 3, iaitu 3500 patah perkataan research paper. Ini baru cerita satu subjek. Intensive subject. Kalau semester lo…