Rutinku sebagai pelajar

Sedar tak sedar dah 2 bulan lebih blog ini tidak berupdate. Kononnya nak tulis dua tiga artikel sebulan, rupanya dua bulan sekali pun tak lepas. Bukan hendak berdolak dalih, tapi sebenarnya akhir-akhir ini aku sudah mulai sibuk dengan kehidupan aku sebagai pelajar. 26 February lepas lagi kelas pertama aku sudah bermula. Bermula kelas bermakna 2 minggu sebelum kelas pertama lagi kami sudah diberikan senarai bacaan (journal articles) yang berjela-jela untuk persediaan. Hendak pula apabila subjek itu intensive subject, jadi bacaannya memang agak heavy dan banyak. Minggu ketiga adalah date untuk first assessment, iaitu essay sepanjang 1500 patah perkataan. Minggu ke enam pula (iaitu minggu terakhir subject ini) ada presentation untuk group project dan 3 hari kemudian submission untuk report group project tersebut. 2 minggu selepas subjek berakhir, ada submission untuk assessment 3, iaitu 3500 patah perkataan research paper. Ini baru cerita satu subjek. Intensive subject. Kalau semester long subject pula, biasanya ada 2 assessment juga. Yang pertama adalah pada minggu ke 7 (2 minggu dari sekarang) dan yang kedua biasanya 2 minggu selepas semester tamat (semester tamat minggu ke-12) atau ketika study week. Kedua-dua assessment adalah berbentuk essay atau research paper.

Jadi biasanya, apabila semester sudah bermula, memang tak ada chan la nak baca novel ke, nak tulis blog ke, atau nak layan whatsapp group lama-lama sebab dah tak ada masa dah nak buat benda tu semua. Kebanyakan masa sudah diperuntukkan untuk membaca dan research.

Selain dari kelas, membaca, tulis essay dan buat research, aku juga selalu berkebun. Aku berkebun samada di belakang rumahku, atau di community garden yang aku volunteer. Setiap pagi aku akan ke backyard dahulu untuk melayan pokok-pokokku sebelum mula membaca atau buat essay. Untuk community garden, aku hanya peruntukkan seminggu sekali sahaja berada di sana, selalunya hari Isnin selepas seminar, atau hari selasa atau rabu petang. Hari Jumaat pula aku ada kelas penuh dari pagi hingga petang.

Hari minggu biasanya aku kerja lebih kurang 3 jam sehari. Tapi sejak semester mula haritu aku tak mula kerja lagi atas faktor kesihatan dan selepas itu ada submission pula, jadi aku tangguhkan kerja. Memang biasanya minggu yang aku ada submission aku tak ambil job. Dengan kata lain, aku agak pokai sekarang ni sebab duit semua habis bayar yuran dan aku pula dah sebulan tak bekerja. Maka berhuhuhu la kita...

Selalunya juga bila habis kelas classmate mesti akan sambung borak dan minum-minum di bar atau cafe. Bagusnya sebab aku tak minum alkohol, jadi lepak bar pun aku minum air free je (plain water), jadi lepak banyak kali pun tak koyak poket.

Beginilah lebih kurang kehidupan aku sebagai pelajar. Tambah lah pula dengan rutin mak-mak, dan rutin surirumah tangga lagi, jadilah bertambah sibuk. Kadang-kadang  ada orang tanya, macam mana kehidupan sebagai student master? Haa.. macam ni lah. Subjek kan kita pilih sendiri, jadi pandai-pandai lah susun sendiri jadual kelas, kuliah, seminar dan tutorial. Pilih lah nak subjek intensif ke nak subjek semester long. Ada sesetengah subjek pula ada final exam, kebanyakan subjek tak ada. Sepanjang aku study ni, belum ada lagi subjek yang aku ambil ada final exam. Semua essay, research, dan project based sahaja.

Mungkin bagi yang dah terbiasa dengan exam oriented learning akan struggle dengan sistem open question/ essay based ni. Kalau tak biasa buat academic writing dan buat research/ cari bacaan secondary sources dalam journal article, mungkin dalam semester pertama pelajar tersebut akan terasa lost. Tapi jangan risau, fakulti dan library sentiasa bersedia untuk membantu. Untuk pelajar yang bahasa inggeris bukan bahasa pertama, kena faham, itu bukan alasan untuk submit essay yang shitty dan dipenuhi dengan grammar error. Kena extra work sikit lah, proofread banyak kali dan guna lah apa kaedah sekali pun, macam suruh orang proofread kan ke, atau guna apps seperti grammarly ke, untuk betulkan grammar dan syntax dalam essay. University pun ada sediakan khidmat bantuan menulis academic writing ni.

Bagi aku, kalau anda full time student dan tak ada komitment lain seperti menjadi ibu, atau isteri/ suami, tak aktif berpesatuan atau berkomuniti,  jangan lah bagi alasan tak ada masa. bullshit. Sebenarnya kau procastinate banyak sangat je. Kalau ada usaha, pasti boleh berjaya. Dalam masa yang sama, kena pandai urus masa, jaga kesihatan, riadah jangan lupa, kalau ada family jangan lupa luangkan masa dengan keluarga, kalau beragama jangan lupa meluangkan masa untuk aktiviti keagamaan, sekali-sekala lepak dengan kawan-kawan, keluar jalan ambil angin sebab terperuk je dalam bilik pun tak sihat, dan lakukanlah hobi di masa lapang. Sebenarnya bila kehidupan kita penuh macam ni, kita tak akan ada masa untuk update status di facebook setiap 3 jam pun. Apalagi nak mengadap tulis blog yang mengambil masa dalam sejam ni. Aku masa terluang ini pun sebab sekarang non-teaching period + easter break sampai minggu hadapan. Boleh lah letak tepi sekejap journal dan essay, walaupun sebenarnya ada je assignment nak kena siapkan.

Kalau ikutkan mood, cuti panjang, school holiday, tambah pula dengan birthday juwita, memang rasa macam nak pergi buat road trip 2-3 hari. Tapi sebenarnya, kalau dapat spend time sehari je pun berjalan dengan keluarga dah cukup bahagia. Bukan nak bercuti empat lima malam pun.

Esok birthday Juwita. Aku ingatkan macam taknak pikir hal uni langsung esok, family time satu hari. Hari ni pun macam nak off, tak ada mood nak buat apa-apa. Rasa macam nak tendang orang pun ada ni ha. Siapa pernah, ada satu hari, rasa macam taknak buat apa-apa, rasa macam nak tidur je? hahahaha! Aku la tu, hari ini.




Comments

Popular posts from this blog

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Menempah penginapan percutian dengan AirBNB

Dari Klang kami ke Redang

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?