Wonthaggi: arang batu, kincir angin dan pantai

Beberapa bulan lepas kami sekeluarga telah mengambil cuti pendek bersempena cuti sekolah. Pikir punya pikir, akhirnya aku memilih untuk ke Wonthaggi. Kereta sudah disewa 2 hari, dan aku pun booking lah cabin melalui AirBNB 2 malam. Begini lah rupanya cabin yang kami duduki:


Macam ni rupanya cabin ni dari depan.


Dari hadapan rumah, macam ni pemandangan halaman depan rumah


Ruang tamu, belakang tu dapur.


Dapur dan ruang makan.


Dari pintu depan, koridor menuju ke ruang tamu. Ada 3 bilik tidur kat sini



Wonthaggi ini merupakan sebuah pekan yang sunyi. Tapi nak kata penduduk sikit pun tidak. Pasaraya Coles dan Woolworth dia lagi besar dari yang ada dekat dengan rumah aku kat Carlton North tu ni. Big W pun ada, eh lengkap lah. Walaubagaimana pun, lepas pukul 5 petang memang kebanyakan kedai dah tutup, kecuali Coles dan Woolies. Dibuat pula waktu kami bercuti itu cuaca mendung dan ribut pada waktu petang., Namun itu semua tidak menghalang kami untuk menikmati percutian sepenuhnya. Pertama, cabin ini sendiri penuh dengan hiburan keluarga seperti boardgames dan movie. Kami banyak spend masa bersama main boardgames di ruang tamu sambil dihangati dengan api dari fire place. Sambil tu bakar-bakar marshmellow. Bonding sangat kan.. haha

Tengah menyalakan api.


Walaupun bercuti, memasak itu rutin.



Pagi-pagi kerjanya main kat backyard. Punyalah luas backyard cabin ni, siap trampoline, lapangan yang luas untuk kami main bola, ada pohon buah-buahan seperti oren, lemon, mandarin, epal, peach, plum, nectarine, aprikot... heaven sungguh! Juwita sampai taknak keluar ke mana-mana lah, nak main kat backyard aja. Geram aku. Aku nak jalan keluar pergi pantai ke, tengok pekan ke, tengok wind farm ke kan...


Walaupun aku kata pekan Wonthaggi ni sunyi, tapi tak bermakna tak ada benda menarik kat sini. Wonthaggi ni sebenarnya adalah pekan bersejarah, bekas peninggalan lombong arang batu. Kalau ada masa dan bajet boleh lah join tour lombong arang batu di pekan. Nanti korang akan dipakaikan dengan pakaian pelombong siap dengan safety helmet, kemudian akan dibawa turun ke dalam lombong arang batu. Untuk yang tak tahu, lombong arang batu ini letaknya di bawah tanah. Jadi ada lubang bersiap dengan lif untuk turun ke bawah tempat perlombongan itu. Menarik kan? Tapi kami tak buat benda tu sebab tak cukup masa. Lagipun cuaca tak menentu jadi kami banyak spend masa kat cabin je.


Sebelum pekan ni jadi pengeluar renewable energy, pekan ni asalnya pengeluar utama arang batu.


Gambar lama.


Akhbar zaman arang batu


Pekan ni jadikan bekas tinggalan lombong arang batu sebagai sumber ekonomi dalam tourism pula. 


Selain itu, Wonthaggi juga berdekatan dengan pantai. Ada pantai untuk surfing sahaja, ada pantai yang boleh mandi. 5 minit dari cabin kami pun sebenarnya ada pantai tersorok, kena trekking sikit untuk ke pantai itu sebab tak ada jalan kenderaan.

Sebelum tiba di pantai, akan melalui Wind farm dulu. Ha, wind farm ni pun satu tarikan di Wonthaggi juga. Lain macam perasaan nya bila tengok kincir angin jana elektrik ni dari dekat rupanya. Ada feeling-feeling macam dalam cerita Oblivion pun iya LOL!

Wind farm ni terletak dalam ladang lembu. How interesting is that? Aku dah lah takut lembu, cuak aku tengok lembu. Dah la lembu Australia ni bukan macam lembu asia tenggara, besar dia lain macam, berbulu tebal... gerun! Dapat lah kami tengok ni semua lepas aku paksa Jejuw dengan abahnya berhenti main skateboard dan masuk kereta. Memang tak kesal! Berbaloi mak mengamuk.

Wind farm dalam ladang lembu. Yang ini wind farm kecil, ada 6 turbine sahaja. 6 je pun, dapat menampung electricity untuk 6,400 rumah sepanjang tahun. Cukup la nak jana satu pekan Wonthaggi ni. 



Oblivion.


Kan dah kata. Mak tak tipu.


Waktu kami di sini, semua tak expect yang suhu boleh drop sebegitu rupa, sampai kami terpaksa keluar ke pekan pada hari kedua tu untuk beli kayu api sebab supply kayu api dah habis. Tuan rumah ni pun tak jangka yang suhu akan sejuk sampai kena guna fire place. Kemain beriya lagi dia minta maaf pada kami, padahal kami tak kisah pun beli sendiri kayu api tu. Untuk pengetahuan, tuan rumah tu tak duduk situ pun. Cabin ni macam summer house diorang je. Memang disewakan untuk AirBNB je sepanjang tahun. Malam itu kami bakar kayu api sepanjang malam. Tak cukup dengan itu, dalam bilik pun buka heater juga. Macam itu sekali sejuknya wei.

Kalau ada banyak masa, boleh drive ke San Remo, masuk Phillip Island. Atau jalan ke hadapan lagi, sampai Inverloch dan Wilson Prom. Jujur aku cakap, kalau nak tengok pantai dan coastal view yang paling cantik kat Victoria ni, sebenarnya sepanjang perjalanan dari Inverloch ke Wilson Prom. Jauh lebih cantik dan pristine dari Great Ocean Road. Sebabnya, tempat ni pelancong luar tak tahu. Best hidden secret by locals (and should be kept that way)


Antara pantai yang kami singgah ODW pulang. Yang ini dekat dengan Eagle's Nest.


Yang ini mana tah. Lupa. Cuaca amat lah tak mengizinkan. Waktu ni awal-awal nak ribut ni, sampai coastal guard tu pun dok risau aku gi tepi pantai. Dia ingat aku nak terjun ke dalam air tu ke apa. Tapi logik la coast guard tu berjaga-jaga, sebab ada rip tide dan ombak besar lagi. Tengok pun takut.


Kena turun bawah. Pantai kat bawah nun. Turun memang senang, naik yang payah. 


Satu lagi pantai yang disinggahi. Pantai ni sebenarnya boleh mandi. Family beach. Tapi kalau dah ribut, lupakan je lah. Tapi nak cakapnya, pantai area sini memang kebanyakan masa memang akan sunyi je. Most of the time, memang korang dan lifeguard je la yang ada kat pantai tu. Tak banyak pelancong. Memang jauh beza betul dengan pantai kat St. Kilda, Brighton Beach, atau Apollo Bay. 


Jadi, sebenarnya aku serba salah nak promote Wonthaggi ni sebabnya, tempat ni best sebab dia sunyi dan tak dihujani oleh pelancong. Kalau dah penuh dengan pelancong macam Apollo Bay, bagi aku dah tak best dah. Terus overrated, makanan jadi mahal, penginapan jadi mahal, penuh pelancong. Betul tak?

Aku pun tak tau kenapa aku tulis review ni tapi tak galakkan orang datang hahahaha!

OK lah, aku sebenarnya nak promote cabin AirBNB. Biasanya tempat-tempat secluded, bukan kawasan perjalanan pelancong ni kurang hotel. Kalau ada pun bed&breakfast, motel, atau inn yang takde bintang. Bukan tak boleh duduk kat motel, tapi daripada sewa bilik motel yang sah-sah ada katil dengan bilik air je tu, baik booking full cabin ye tak? Harga lebih kurang je. Kalau pandai cari dalam AirBNB, boleh jumpa cabin cantik punya pada harga yang jauh lebih murah dari harga hotel. Kalau nak tau tips menempah penginapan dengan AirBNB boleh baca post aku yang ini:
http://www.ceriterajuwita.com/2017/12/menempah-penginapan-percutian-dengan.html


Kalau korang belum pernah sign up akaun AirBNB, aku cadangkan korang sign up sekarang guna link ni: www.airbnb.com.au/c/nlazzulibleu

Nanti AirBNB kasi kredit AU$55 untuk korang guna, redeem masa bayar tempahan nanti. Tapi kalau korang belum ada akaun lagi la. Kalau dah ada akaun tak dapat dah credit tu. Kalau nak jugak, kena buat akaun baru lah (eh takkan tu pun nak kena ajar kan).

Kalau nak tengok lebih detail cabin yang kami inap di Wonthaggi tu, boleh tengok kat sini: https://www.airbnb.com.au/rooms/1010334


OK. Selamat bercuti!




Comments

Popular posts from this blog

Menempah penginapan percutian dengan AirBNB

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Hangatkan jiwamu disaat salji membeku

Road to Melbourne. Episode 1: Application to study Master