Posts

Showing posts from October, 2018

Kenapa aku tamatkan akaun Facebook kemudian aktifkan semula.

Image
Dengar pun macam cliche, hangat-hangat tahi ayam. Mungkin ada orang boleh kata aku tumpas dan tewas dengan godaan media sosial. Tapi yang sebenarnya dan sejujurnya, kalau boleh aku memang tak mahu lagi ada akaun Facebook. Kalau boleh aku nakkan kehidupan yang Facebook-free, kehidupan tanpa Facebook.
Tapi bila aku fikirkan semula, apa yang sebenarnya aku inginkan adalah menghapuskan kebergantungan dan ketagihan aku pada Facebook. Aku inginkan kehidupan yang berkualiti bersama orang di sekeliling aku, menghargai dan menghayati setiap saat dan momen indah dan mencabar setiap hari bersama orang yang presence (ADA) di sisi aku. Aku mahu menghayati kehidupan tanpa ada keperluan dan keinginan untuk memapar atau menunjukkannya di media sosial. Aku mahukan hubungan yang berkualiti bersama yang tersayang, pasangan, anak, dan keluarga tanpa ada facebook diantara kami. Aku mahukan kehidupan yang aman dan positif tanpa pengaruh propaganda politik, marketing, doktrin kurang sihat, fahaman melampau…