Kenapa aku tamatkan akaun Facebook kemudian aktifkan semula.

Dengar pun macam cliche, hangat-hangat tahi ayam. Mungkin ada orang boleh kata aku tumpas dan tewas dengan godaan media sosial. Tapi yang sebenarnya dan sejujurnya, kalau boleh aku memang tak mahu lagi ada akaun Facebook. Kalau boleh aku nakkan kehidupan yang Facebook-free, kehidupan tanpa Facebook.

Tapi bila aku fikirkan semula, apa yang sebenarnya aku inginkan adalah menghapuskan kebergantungan dan ketagihan aku pada Facebook. Aku inginkan kehidupan yang berkualiti bersama orang di sekeliling aku, menghargai dan menghayati setiap saat dan momen indah dan mencabar setiap hari bersama orang yang presence (ADA) di sisi aku. Aku mahu menghayati kehidupan tanpa ada keperluan dan keinginan untuk memapar atau menunjukkannya di media sosial. Aku mahukan hubungan yang berkualiti bersama yang tersayang, pasangan, anak, dan keluarga tanpa ada facebook diantara kami. Aku mahukan kehidupan yang aman dan positif tanpa pengaruh propaganda politik, marketing, doktrin kurang sihat, fahaman melampau, negativiti, sinikal dan sindiran kasar, cerita peribadi yang orang tak seharusnya tahu, cerita-cerita sampah, dan debat tiada makna. 

Tidak dinafikan, aku bahagia apabila aku deactivate akaun facebook aku 24 September lalu. 



Ada seseorang pernah menulis:

orang yg hebat dan bijaksana tidak pernah mengakui kehebatan dan kebijaksanaannya... orang sebegini biasanya mati awal dan tak main fb... kehebatannya mungkin di ketahui melalui cerita mulut ke mulut dari rakan-rakan yang rapat...

Idea yang hendak aku ambil dalam petikan di atas adalah, kita tak perlukan public validation untuk membuktikan kita hebat, bahagia, gembira, berjaya, berkembang, dan betul. Kita hanya perlu buat apa yang terbaik dalam skala kita kerana kebahagiaan itu datang dari hati kita sendiri dan bagaimana kita menghayatinya di dunia ini (bukan di dalam media sosial).

Tapi, 

akhirnya pada hari ini, iaitu pada 20 Oktober, secara rasminya aku mengambil kesempatan untuk aktifkan kembali akaun facebook aku. Ada banyak faktor mengapa aku melakukan sebegini. Punca-puncanya adalah:


  1. Halangan utama apabila akaun facebook aku dah ditamatkan adalah aku sudah titak boleh log in lagi ke akaun-akaun di website dan apps aku yang lain sebab 80% akaun-akaun itu semua aku register menggunakan facebook profile. Keji kan permainan big brother ni? Jadi aku tak jumpa option lain kecuali aktifkan semula facebook untuk log in benda lain.
  2. Bila aku tiada facebook, masalah utama adalah aku terlepas pandang banyak event dan projek penting dari komuniti yang aku volunteer selama ini. Ini pun payah juga di zaman digital ni. Nak terlibat aktif dalam komuniti setempat pun kena ada connection dalam laman sosial juga. 
  3. Aku tamatkan akaun facebook kerana aku ingin memberi lebih perhatian (attention) dan fokus pada manusia-manusia penting di sekeliling aku.  Rupanya bila aku tamatkan facebook, aku nampak aku tidak lah penting mana dalam hidup mereka berbanding facebook. Aku rasakan diri aku semakin jauh dan terpencil pula dalam hidup mereka. Aku macam orang bodoh pula merenung mereka mengharapkan perhatian, sedangkan perhatian mereka semua pada media sosial. Inilah masalahnya zaman facebook ni, apabila semua orang berhubung di dalam talian, sampai hubungan yang genuine, berdepan, hati-ke hati, dah tak dihargai.  
Aku sebenarnya sangat hampa dengan kegagalan aku untuk tutup akaun facebook aku secara mutlak. Secara ideologinya, aku memang tak nampak signifikannya facebook ini dalam hidup aku. Tidak ada pun tak apa. Tapi laman web yang lain itu (yang aku perlu log in dengan akaun facebook) penting  bagi aku. Community volunteering dan program komuniti itu penting bagi aku. Dan paling utama, untuk kekal berhubung dengan orang-orang tersayang itu penting bagi aku.

Jika untuk kekal berhubung dengan mereka ini semua bermakna aku perlu kekalkan akaun facebook aku, bermakna itulah yang terpaksa aku buat. 

Mungkin satu hari nanti aku akan berjaya juga membimbing mereka untuk 'hidup' di dunia sebenar. Mengurangkan kebergantungan hidup mereka kepada facebook, mengurangkan emotional burden yang datang dari post-post dan status-status yang mengawal emosi mereka setiap hari. Waktu itu baru mereka faham apa itu ertinya bahagia sebuah kehidupan dan mengecapi kepuasan sebenar dalam hidup. 

Tapi sebelum itu, aku perlu kekal 'connected' dengan mereka. Iaitu mereka yang penting sahaja.


Noor,
Carlton North.


Comments

Popular posts from this blog

Menempah penginapan percutian dengan AirBNB

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Hangatkan jiwamu disaat salji membeku

Road to Melbourne. Episode 1: Application to study Master