Posts

Showing posts from 2019

Bawang putih: menanam dan menuai bawang putih

Image
Post aku hari ini adalah untuk memberi tips berguna kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba menanam bawang putih. Secara asasnya, bawang putih adalah tumbuhan yang senang untuk tumbuh, jadi jika anda baru berjinak-jinak untuk bercucuk tanam, bawang putih adalah pilihan yang bijak.


Aku bahagikan peringkat penanaman bawang putih ini kepada 4 bahagian:
menanam (planting)menjaga (growing)menuai (harvesting)mengering (curing) Menanam (planting) Tips menanam bawang putih: Pastikan anda tanam jenis bawang putih yang betul berdasarkan cuaca dan suhu persekitaran. Kebanyakan bawang putih memerlukan suhu sejuk untuk menghasilkan bawang dan mula menghasilkan daun yang lebat dan berbunga apabila suhu meningkat naik. Jenis ini lebih sesuai ditanam di kawasan dingin dan empat musim. Ada pula jenis bawang putih yang lebih flexible, tahan dengan suhu yang lebih panas dan extreme. Jenis ini boleh dicuba jika anda tinggal di kawasan khatulistiwa. Bawang putih ditanam dari bawangnya. Anda boleh tanam b…