Bawang putih: menanam dan menuai bawang putih

Post aku hari ini adalah untuk memberi tips berguna kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba menanam bawang putih. Secara asasnya, bawang putih adalah tumbuhan yang senang untuk tumbuh, jadi jika anda baru berjinak-jinak untuk bercucuk tanam, bawang putih adalah pilihan yang bijak.


Aku bahagikan peringkat penanaman bawang putih ini kepada 4 bahagian:
  1. menanam (planting)
  2. menjaga (growing)
  3. menuai (harvesting)
  4. mengering (curing)

Menanam (planting)

Tips menanam bawang putih:
  • Pastikan anda tanam jenis bawang putih yang betul berdasarkan cuaca dan suhu persekitaran. Kebanyakan bawang putih memerlukan suhu sejuk untuk menghasilkan bawang dan mula menghasilkan daun yang lebat dan berbunga apabila suhu meningkat naik. Jenis ini lebih sesuai ditanam di kawasan dingin dan empat musim. Ada pula jenis bawang putih yang lebih flexible, tahan dengan suhu yang lebih panas dan extreme. Jenis ini boleh dicuba jika anda tinggal di kawasan khatulistiwa. 
  • Bawang putih ditanam dari bawangnya. Anda boleh tanam bawang putih yang dibeli dari pasaraya.
  • Tapi pastikan ianya organik dan tidak di proses dengan bahan kimia yang membantutkan penumbuhan.
  • Pilih bawang putih yang besar-besar dan gemuk-gemuk untuk ditanam. 
  • Pilih bawang putih yang matang dan sihat, tidak terlalu muda dan tidak pula kecut tua.
  • Rendam bawang putih semalaman dengan air sejuk sebelum ditanam di tanah.
  • Boleh juga biarkan bawang putih di tempat gelab dan dingin sehingga ia bercambah dahulu sebelum menanamnya di tanah.
  • Tanam bawang putih di tanah sedalam 5 ke 7cm atau sehingga terkambus sepenuhnya.
  • Siram selepas menanam.
  • Tunas akan bercambah anggaran 7 ke 10 hari. Kadang-kadang agak lambat, bergantung kepada banyak faktor.
Tips penyediaan tanah:
  • Gaulkan tanah dengan kompos dengan ratio 2:1 iaitu 2 tanah dan 1 kompos. Pastikan tanah itu poros dan tidak padat. Jika tanah anda agak padat, itu bermakna kandungan tanah liat (clay) terlalu tinggi. Campurkan sedikit pasir halus untuk menyeimbangkan ia. Kompos juga boleh membantu menjadikan tanah menjadi lebih poros.
  • Tanah yang terlalu padat akan menyebabkan bawang tidak dapat membesar.
  • Air tidak seharusnya bertakung di tanah ini. Terlalu banyak lembapan (kerana kandungan tanah liat yang tinggi) boleh mengakibatkan bawang putih rosak dan bawang tidak terbentuk dengan baik. 
Rendam semalaman sebelum tanam

Dah tumbuh

Menjaga (growing)

Tips menjaga pokok bawang putih:
  • Siram setiap hari
  • Lakukan sehingga ia besar
  • Itu sahaja. senang kan?
Tanam rapat-rapat sikit pun tak apa. Bawang putih tak makan ruang yang banyak.


Bagaimana jika pokok bawang saya berbunga?
Pokok bawang akan berbunga atau mengeluarkan salur apabila terjadi antara 2 keadaan: pokok tersebut bertindak balas terhadap cuaca yang panas (dia ingat dah musim bunga, jadi dia nak membiak), atau kerana dia rasa dia dah cukup nutrient untuk menghasilkan bunga.

Jika pokok bawang anda mulai mengeluarkan salur/ batang untuk bunga, tuai bunga tersebut. Pucuk bawang putih sedap dimasak stir fry dengan daging. Jangan biarkan pucuk tersebut menghasilkan bunga. Bunga akan menyebabkan bawangnya mengecil, sebab pokok akan menghabiskan tenaganya untuk menghasilkan bunga berbanding bawang.


Pucuk salur bawang putih

Beginilah rupanya 

Gemuk dan sihat bila tanah kompos digunakan

Menuai (harvesting)

Tips menuai bawang putih:
  • Boleh dituai apabila sekurang-kurangnya 2 helai daun paling bawah sekali mulai menguning. 
  • Atau, boleh gali sedikit di tepi pokok dan lihat dengan mata kepala sendiri saiz bawang yang terhasil. Kalau dan cukup besar atau dah puas hati dengan hasilnya, bolehlah cabut. 
  • Tuai di hari paling kering, iaitu apabila tanah kering dan tidak hujan. 
  • Sebaiknya tuai pada waktu petang sebab pagi tanah sedikit lembab.
  • Tak perlu siram pokok bawang putih itu diwaktu pagi. Biarkan tanahnya kering.

Bawang putih yang baru sahaja dituai

Tuai lewat sedikit apabila daun bawang mulai kering pun tak apa kalau pokoknya tidak berbunga.



Mengering (curing)

Walaupun bawang putih segar sangatlah sedap dan lebih kuat rasanya apabila digunakan dalam masakan (saya secara peribadi sangat sukakan rasa dan aroma bawang putih segar), mengering bawang putih atau curing merupakan langkah yang amat penting sekali jika anda berhajat untuk menyimpan bawang putih anda dalam jangka masa yang lama. Ia biasanya dilakukan jika anda mempunyai hasil tuaian yang banyak pada musim itu dan ingin memastikan ia tahan lama untuk penggunaan yang berterusan. 

Kalau tak buat curing, bawang putih akan cepat rosak dan tidak akan dapat bertahan lama. 

Cara dan tips mengering paling mudah:
  • Selepas tuai bawang putih, gantungkan bawang putih beserta batang dan daunnya dengan posisi daun di atas. 
  • jangan basuh bawang putih yang baru di tuai.
  • Gantung sahaja terus dengan tanah-tanah itu pun tak apa. 
  • Lebih mudah jika ikatkan sahaja daunnya di mana-mana batang kayu atau ampaian, sama macam menggantung ketupat. 
  • Gantung di tempat yang kering, berangin dan teduh. Elakkan bawang putih terjemur di bawah cahaya matahari. Kepanasan langsung dari matahari boleh mengubah rasa dan bau bawang putih.
  • Tempat yang sesuai termasuklah dalam stor yang terbuka, bawah garage kereta, di ampaian baju yang terteduh dari matahari, atau di pintu dapur. 
  • Gantung sehingga 3 minggu. 
Lebih baik gantungkan ditempat redup

Tak berapa digalakkan menjemur di bawah cahaya matahari terik. 


Lepas 3 minggu barulah batang dan daun bawang putih kering sepenuhnya. Kulit bawang putih akan menjadi seperti kertas, atau sama seperti bawang putih yang biasa kita lihat di pasaraya. 


Lepas 3 minggu curing


Boleh lah kemaskan bawang putih kita:
  • Potong batang dan daun bawang putih tersebut. Tinggalkan hanya dalam 1cm sahaja batangnya.
  • Trim akar bawang putih yang panjang.
  • Bersihkan tanah di akar jika masih ada yang melekat
  • Boleh lah disimpan di kaunter dapur seperti biasa dan digunakan apabila perlu. 

Hasil akhir.


Itu sahaja. Mudah kan? Selamat mencuba!



Noor Halim
~grow your own food
~degrowth in the city
Follow: https://www.instagram.com/theveggiepatch.project/ 

Comments

popular posts this month

Road to Melbourne. Episode 1: Application to study Master

Hari simen kaki ku dibuka

Road to Melbourne. Episode 7: Urusan imigresen, menterjemah dokumen rasmi, dan pesuruhjaya sumpah

Kemas kini gambar passport anak anda

Road to Melbourne. Episode 3: Conditional offer, deferral of offer, & unconditional offer

Musim-musim di Melbourne