Kisah tetamu AirBNB yang ....

Kali ini aku hendak kongsi satu pengalaman di mana kami menerima seorang tetamu Airbnb yang mana-mana host paling takut kalau terjumpa. Kalau boleh memang taknak jumpa langsung tetamu begini. Elakkan! Dan ia menjadi satu pengalaman yang scary (tapi berharga) bagi aku sebagai seorang pengurus rumah penginapan.


Kisahnya bermula pada hari dia check-in. Kita namakan dia sebagai Joe. Semuanya nampak elok dan baik sahaja pada hari Joe check-in. Masa mereka tiba tu baru aku tahu yang Joe ini akan duduk berseorangan. Yang booking studio ini rupanya ayahnya dan dia tempahkan untuk anak lelakinya. Oh kami tak ada masalah dengan hal itu, cuma mereka bayar untuk studio yang besar yang boleh memuatkan 3 orang, tapi dah dia tak kisah biar lah.

Seperti biasa aku akan beramah mesra dengan tetamu. Aku kan residence manager. Apa-apa hal dia kena cari aku jadi haruslah dia berkenalan dengan aku. Masa tolong setting wifi di laptop Joe aku perasan dia ada 2 biji gitar elektrik. Oh, musician rupanya. Detikku. Jamming dengan laki aku kat backyard lah nanti. Imaginasi aku melantun-lantun memikirkan possibility yang mungkin jadi. Seronok juga ada ramai musician dalam rumah ni, getus hatiku.

Dia dari 'country' katanya. Di sini kalau kita tanya dari mana dan orang tu kata dia dari country maksudnya dia nak cakap dia datang dari kawasan luar bandar dan bukan dari ibu kota.  Kalau orang datang dari ibu kota dia akan kata dia Melbourninan, atau Sydneysider, atau dia akan cakap dia from Brisbane, atau Perth. Jadi bila Joe kata dia dari country aku faham lah dia datang dari kawasan luar bandar. Tuan rumah ada bertanyakan juga dia dari daerah mana sebab jelas pula nampak yang dia bukan orang Victoria. Tapi aku lupa jawapan dia untuk soalan ini.

Dipendekkan cerita, lepas aku bagi wifi password, tunjuk keliling property dan menjawab sedikit sebanyak soalan dari Joe  (seperti biasa tetamu akan tanya lokasi convenience store, servo, cafe, bar berdekatan, dan tram stop dan bus stop berhampiran untuk ke bandar), aku tinggalkan dia untuk berkemas dan berehat.

Lebih kurang macam biasa sahaja urusan hari pertama ini. Tak ada yang anih dan pelik pun melainkan hakikat yang Joe, a grown up man, maybe around 20-ish, ditemani oleh ayahnya untuk check in ke rumah penginapan. Obviously, this set up did not look like a holiday plan at all. Pada firasat aku mungkin Joe ada kerja di Melbourne selama sebulan dan ayahnya bersenang hati memandu dia ke Melbourne dari 'country' yang aku tak tahu daerah mana cuma yang pastinya bukan dalam Victoria.

Hari-hari berikutnya juga tiada yang istimewa. Joe seorang yang peramah dan kerap bertegur sapa dengan aku. Hari-hari juga dengar dia berlatih gitar dari dalam bilik. Kadangkala terserempak dia main gitar di backyard.

Sampai lah satu malam, kami mendengar satu bunyi yang kuat dari bilik Joe. Bunyi macam ada benda pecah, atau benda jatuh. Esoknya baru tahu kisah yang rupanya dia terjatuh dari tangga loft. Dia ter-miss 2 step, katanya. Ok, aku cakap mungkin tak biasa lagi dengan step tu dan bilik pun mungkin gelab sebab malam. Dia juga berkata dia agak 'lucky' kerana mukanya tidak terhantuk pada anak tangga.

Selang beberapa hari, aku terdengar lagi bunyi yang kuat dari biliknya. Kali ini waktu siang pula. Tak lama kemudian aku terdengar Joe menelefon ayahnya mengadukan hal dia terjatuh dari tangga lagi sekali. Kali ini lebih teruk kerana dia telah jatuh dan melanggar rak di hadapan tangga tersebut. Rak itu hancur berkecai. Wah teruk pula kali ini, getus hatiku. Sehari kemudian aku nampak rak yang hancur itu di luar rumah. Dah sah lah dari bilik Joe. Joe tidak memberitahu aku tentang kejadian itu.

Selepas dua minggu Joe menginap di sini aku perasan dia selalu keluar malam dan pulang awal-awal pagi. Awal di sini adalah dalam pukul 3-4 pagi, dan bunyi bising selalu kedengaran dari biliknya. Bukan bunyi bising orang berborak atau bunyi musik, tapi bunyi seperti perabot di alih-alih atau dihentak-hentak. Aku diamkan sahaja, cuma mengumpat dengan suami sahaja tentang kejadian itu. hahaha

Ada sekali Joe bawa kawannya datang pada waktu siang dan dia kenalkan pada aku. Hendak jamming bersama, katanya. Tapi ada satu malam, dia bawa seorang wanita. Waktu itu aku sedang memasak. Jadi hendak dijadikan cerita aku dengar sayup-sayup bunyi pintu rumah diketuk tapi aku tak dapat pergi buka pintu sebab aku sedang menggoreng bergedil dan tangan aku penuh dengan tepung. Tak lama kemudian aku nampak Joe dengan seorang wanita depan unit studio dia.

Tiba-tiba pintu studio aku pula diketuk. Berdiri Joe dihadapan pintu bersama teman wanitanya. Joe bertanya, tak dengar ke dia ketuk tadi? Tapi dia tanya dalam bahasa inggeris lah, dengan slang country yang agak pekat. Aku jawab, dalam bahasa inggeris juga yang bila diterjemah berbunyi, "dengar tapi...." belum sempat aku nak sambung dia mendengus. Maca marah aku pula. Aku macam, eh... dah kenapa..?

Aku abaikan kejadian itu walaupun dalam hati aku berasa bersalah. Iyalah, aku kan resident manager, aku sepatutnya pastikan semua tetamu gembira. Risau juga kalau disebabkan hal itu aku dapat feedback tak memuaskan.

Apapun, segalanya mula terbongkar sejak Joe bawa perempuan ke studionya pada malam itu.

Pagi esoknya, seperti biasa aku memeriksa tong sampah untuk memastikan sampah berada dalam tong yang betul. Di sini tong sampah ada 2, satu untuk landfil waste dan satu lagi untuk recycle item. Walaupun aku telah menampal notis tentang tong sampah dan cara mengasingkan sampah, setiap minggu aku tetap mengalami masalah yang sama. Ada sahaja tetamu yang tidak makan saman, masih membuang recycled item dalam landfil waste dan sebaliknya. Jadi aku biasanya sort out sampah-sampah ini ke tong yang betul sebelum hari pengutipan sampah.

Dalam aku sorting sampah itu aku ternampak satu plastik sampah yang mengandungi sampah yang bercampur-campur di dalam tong sampah landfil. Aku buka plastik sampah itu dan aku nampak ada botol plastik di dalam nya. Eh, botol plastik kan recycle, kanina betul lah, carut aku dalam hati. Bukan itu sahaja, ada benda pula yang disumbat dalam botol itu. Apa lah pula benda tu? getus hatiku.

Sebaik sahaja aku mengangkat botol itu, isi dalam botol itu tertumpah keluar. OMG!!!!!


Bersambung...

Inilah dia studio yang diinap oleh Joe selama sebulan. Sebelah dengan studio kami. Studionya besar, tapi dia duduk seorang. 

Sambungan cerita ni (part 2) dah keluar.

Comments

popular posts this month

Road to Melbourne. Episode 1: Application to study Master

Musim-musim di Melbourne

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

Road to Melbourne. Episode 7: Urusan imigresen, menterjemah dokumen rasmi, dan pesuruhjaya sumpah

Road to Melbourne. Episode 2: Offer dari Universiti