(part 2) Kisah tetamu AirBNB yang...

Sambungan...


Terjatuh keluar dari botol plastik itu adalah beberapa batang jarum suntikan terpakai dan beberapa keping kapas yang berbekas kecoklatan. Mungkin darah. Bila nampak benda-benda ni, darah aku pula yang berderau. Dah apa pula cerita ni? Apa nak buat? Apa aku nak buat dengan benda-benda ni? Siapa aku nak kena bagitau? Bercelaru otak aku masa tu. Bercampur baur dengan rasa takut, cuak, tak pasti dan macam-macam lah!

Tangan aku menggigil. Otak aku mula memikirkan kronologi dari awal aku sorting sampah tadi. Tengah pikir dan pikir dan pikir... ada tak aku terpegang salah satu jarum tersebut? Ada tak aku dalam tak sedar tercucuk jarum atau benda tajam yang dah tercemar dari dalam plastik sampah tersebut? Atau aku ada terpegang benda-benda yang tak sepatutnya? Kesal pula rasanya kerana tidak berhati-hati dan memakai sarung tangan. Kenapa aku tak pakai sarung tangan awal tadi? Aku makin resah, gelisah, takut, cuak. Semua ada.

Aku masuk ke dalam rumah. Cuci tangan dengan sabun pencuci tangan. Tak bersih rasanya. Aku ke bilik air pula dan cuci tangan aku dengan antiseptik. Aku sental kuat-kuat. Aku teliti tangan aku, lihat jika ada terluka akan kulit tergores. Risau.

Lepas puas hati dengan apa yang aku buat, aku lap tangan kering-kering menggunakan tisu. Kemudian aku mula berfikir semula. Ok apa seterusnya. Aku tahu jarum-jarum suntikan itu tidak seharusnya berada terdedah di dalam tong sampah seperti itu. Bahaya. Aku perlu lakukan sesuatu, tapi apa?

Aku teringat untuk ambil gambar. Aku keluar semula, selak sampah menggunakan kayu dan ambil gambar apa yang aku jumpa tadi. Kemudian naluri aku merasakan jarum-jarum dan kapas yang contaminated ini semua harus dipastikan tidak mambahayakan orang lain. Waktu itu aku mengambil keputusan untuk mengikat kembali plastik sampah itu ketat-ketat dan menindihnya dengan plastik sampah yang lain. Agar orang lain tak terjumpa atau lebih teruk, tercucuk. Fikir aku.

Masuk ke dalam rumah, langkah berikut yang aku ambil adalah memberi tahu host AirBNB. Aku mesej dia. Aku tunjuk apa yang aku jumpa. Forward gambar yang aku ambil. Waktu ini jantung aku masih berdegup dengan laju dan kuat.

Host AirbNB terkejut. Sangat tak patut, katanya. Dalam pada itu aku google juga. Keyword, "Syringe". Keluar gambar jarum suntikan. Insulin syringe. It could be for insulin, kata hatiku. Memujuk. Cuba melegakan keresahan hati. Could be for insulin, just not being disposed correctly, kataku lagi dalam cubaan menenangkan diri sendiri. Boleh jadi juga, kan?!!

Tuan rumah tanya, aku suspek siapa. Aku tak boleh nak kata sebab waktu itu kami ada 5 orang tetamu Airbnb. Boleh jadi sesiapa sahaja. Dan jarum suntikan itu pun, boleh jadi untuk insulin. Jadi aku taknak berfikiran negatif. Apapun tuan rumah kata dia akan siasat. Bagaimana dia nak siasat aku pun tak tahu. Kejadian ini habis macam itu sahaja sebab tiada apa yang boleh aku lakukan. Cuma sejak dari hari itu aku mula sangsi dengan semua tetamu Airbnb kami, termasuklah Joe.

Gambar ini tiada kaitan dengan kisah yang aku baru ceritakan. Saja nak tunjuk tangga loft dalam studio. Konsepnya menyerupai tiny house.

Berbalik pada kisah Joe.

Beberapa hari selepas kejadian penampakan syringes dalam tong sampah, aku tidak nampak Joe di dalam kawasan perumahan, sampailah suatu pagi aku nampak Joe merokok di luar rumah. Waktu itu aku sedang menyapu daun kering di backyard. Joe nampak.. entahlah. Tak tau aku nak terangkan keadaan diri dia pagi itu. Yang pastinya aku perasan dia tidak memakai selipar atau alas kaki dan kakinya berdarah.

Aku tak berani nak tegur jadi lepas ber hai hai aku pun ber bai bai dan segera masuk ke studio aku. Selepas terserempak dengan Joe pagi itu sekali lagi Joe menghilang. Kali ini dalam fasa yang lebih lama dan lebih anih.

Dalam fasa ini bilik Joe sentiasa gelab tidak kira siang atau malam. Langsir biliknya tidak pernah berselak. Lampu tidak pernah berbuka waima pada waktu malam. Ok, mungkin dia tiada di rumah, getus hatiku. Mungkin dia bermalam di rumah kawannya sepanjang waktu itu. kan..?

Tapi perkara yang lebih pelik adalah, pintu biliknya tidak bertutup rapat. Sedikit terbuka, dan pintu itu terselit (atau diselit..?) dengan kain alas tilam. Adakah disengaja atau..?

Aku dan suami dihujani dengan teka teki. Perlukah aku ketuk biliknya? Atau perlukah aku serbu? Masuk biliknya dan periksa? Buka lampu dan lihat? Atau biarkan sahaja? Apa yang perlu aku buat? Perlukan aku concern? Nak kena beritahu sesiapa kah? Sekali lagi aku keliru. Apa lah pula kali ini?


Bersambung lagi.....



Baca part 3 (bahagian terakhir di sini)



Comments

popular posts this month

Hari simen kaki ku dibuka

Road to Melbourne. Episode 1: Application to study Master

Kemas kini gambar passport anak anda

Musim-musim di Melbourne

Road to Melbourne. Episode 7: Urusan imigresen, menterjemah dokumen rasmi, dan pesuruhjaya sumpah

Membuat jem sendiri di rumah