Adaptation dan resilience: Kisah anggur dan kunyit



Aku banyak terima mesej dari pembaca blog dan follower instagram yang menyuruh aku kongsi lebih sikit pasal pengalaman dan kehidupan aku di Melbourne. Apa yang best, apa yang tak best. Apa yang bagus apa yang buruk di sini. Ada yang kata aku ni tunjuk gambar cantik-cantik je, yang tak cantik takde ke? Orang kata aku cerita kehidupan harian aku macam tak ada benda tak elok kat sini.

Tak paham aku, kenapa ada orang suka fokus benda tak cantik dalam hidup. Cantik atau tidak tu kan subjektif, bergantung pada sisi mana kita melihat.

Lately ni pula, banyak orang viralkan betapa tak bestnya duduk di luar negara. Tak de itu tak de ini, susah nak buat itu susah nak buat ini. Tak selesa itu tak selesa ini...Macam-macam lah kan. Orang nak tau, betul ke tak apa yang diviralkan tu.

Hmmm nak cerita macam mana ek.

Begini lah.

Lain orang kan lain penerimaan dan adaptasinya terhadap perubahan. Ada orang thrive dengan perubahan, ada sorang suffer dengan perubahan.

Ada orang boleh buang emotional baggage dan moving forward, ada orang tak boleh move on dengan kehidupan lampau dan masih terbawa-bawa. Ada orang boleh adapt dan assimilate dengan budaya dan gaya hidup baru. Ada orang rigid, tak boleh berubah, jadi dia merana lah. Nak hidup dengan gaya hidup yang dulu tapi dia dah di dalam environment yang baru.

Ada orang macam pokok anggur, masuk musim luruh semua daun menguning, masuk musim sejuk habis gugur semua daun, tapi bila tiba musim bunga dia tumbuh daun baru, musim panas eh lebat dia berbuah balik. Beratus tahun dia hidup. Makin kuat, makin tahan, makin manis buahnya. Resilience.

Ada orang macam pokok kunyit, musim panas dia bercambah, bila suhu sejuk sikit mula menguning daunnya. Masuk musim sejuk mati terus. Satu kali pusingan pun tak lepas.

Tapi adakah kita nak salahkan kunyit sebab mati pada musim sejuk? Dah habitatnya tak kena dia mati lah kan. Tak sesuai hidup dalam iklim dan suhu yang extreme. Tahap resilience dan adaptation setiap pokok itu tak sama.

Manusia pun macam pokok juga. Tak semua bersedia menerima perubahan extreme, out of comfort zone. Ada yang ambil masa, perlahan-lahan menerima perubahan. Ada yang cepat adapt. Ada yang tak boleh adapt langsung.

Anda tak tahu kondisi "outside of comfort zone" itu bagaimana sehinggalah anda berada di dalamnya. Will you thrive or will you suffer?

Ada yang rasa dia dah bersedia untuk hidup "outside of comfort zone" tapi rupanya tidak. Serba tak kena jadinya.

Macam pokok kunyit, rosak rizom dia duduk lama-lama dalam tanah yang beku tu. Mati. Tapi tak semua pokok kunyit tu mati terus. Nanti bila suhu dah panas eh ada pula yang bercambah semula. Dah memang begitu pula cara dia. Tak sama dengan anggur. Kan dah cakap, lain pokok lain cara dia adapt.

Pokok kunyit ku. 

Jadi jangan anggap semua orang yang duduk luar negara ni pengalamannya sama. Walau pun pengalaman dengar bunyi macam sama pun, penerimaan masing-masing pasti tak sama.

Jangan samakan pokok anggur dengan pokok kunyit. Dah tentulah cerita mereka berbeza.



Aku? Aku anggur hibrid.

Sekian.

Kitaran hidup pokok anggur

1. Musim panas, lebat daun dan buahnya



2. Hujung musim panas dan awal musim luruh buah mulai ranum.



3. Habis berbuah, daun mulai menguning. 
Hujung musim luruh daun habis kuning dan mulai gugur



4. Musim sejuk dia tidur. Takde daun langsung


5. Masuk musim bunga dia naik daun baru dan mula berputih buah semula.


Begitulah kitarannya setiap tahun. Makin kuat, makin tahan. Semoga kita belajar sesuatu dari pokok anggur ini.

Aku kurang gemar musim panas tapi satu benda yang best pada musim panas adalah buah anggur dan peach masak ranum. Best duduk bawah pokok sambil petik peach dan anggur. Patut lah syurga tu dibayangkan ada pokok anggur. eh. 


Anggur hibrid,
Carlton North.

Comments

popular posts this month

Road to Melbourne. Episode 1: Application to study Master

Musim-musim di Melbourne

Kemas kini gambar passport anak anda

Hari simen kaki ku dibuka

Road to Melbourne. Episode 7: Urusan imigresen, menterjemah dokumen rasmi, dan pesuruhjaya sumpah

Road to Melbourne. Episode 2: Offer dari Universiti