Roadtrip meneroka Gippsland

Awal bulan lalu kami sekeluarga mengambil keputusan untuk membuat roadtrip 3 hari meneroka Gippsland. Ini adalah perkongsian roadtrip kami.

Dimanakan letaknya Gippsland ni?

Nama Gippsland tidak lah popular di kalangan pelancong luar negara, terutama sekali dari Malaysia. Tapi seperti biasa, kami lebih suka pergi melawat kawasan percutian orang tempatan. Work like an immigrant, holiday like local katanya. hahaha.


Susah sebenarnya nak terangkan Gippsland ni kat mana. Ia merupakan salah satu region yang besar di sebelah tenggara Victoria meliputi dari Melbourne eastern suburb sampai lah ke garisan sempadan Victoria dan New South Wales. Kalau tengok gambar di atas, yang kecil tu peta Australia, yang besar tu Victoria, dan yang dibulatkan itulah Gippsland.

Gippsland ni ada pelbagai bentuk muka bumi dari kawasan pergunungan (alpine), perairan (coastal), kawasan perladangan (farmland), tasik, paya, sungai, dan sebagainya. Pendek kata kalau anda suka nature, anda mesti sukakan Gippsland.

Pergi Gippsland ni tak boleh sehari dua. Balik hari lagilah tak sempat. Biasanya Aussie akan pergi Gippsland pada cuti musim panas, berkhemah di sana dua tiga minggu, atau sewa campervan dan menghabiskan sebahagian cuti musim panas mereka meneroka setiap inci Gippsland.

Oleh kerana masa membatasi kami, jadi kami pergi 3 hari sahaja. Percutian yang pantas, cepur-cepur kaki je orang kata.

Tentative perjalanan

Hari pertama

Secara general, perjalanan hari pertama adalah Melbourne - Yanakie - Wilson Prom - Sale (check in Airbnb).

Kami gerak dari Melbourne menuju ke Yanakie dalam pukul 9 pagi. Yanakie adalah satu pekan kecil di permulaan pintu masuk ke Wilson Promontory. Cadangannya kami akan tour Wilson Promontory sepanjang tengah hari, lunch BBQ dan mandi manda di Tidal River, dan kemudian meneruskan perjalanan ke Pekan Sale. Kami akan bermalam di Sale.

Perjalanan dari Melbourne ke Shallow Inlet mengambil masa 2 jam 32 minit

Macam biasalah, itu semua perancangan. Sebelum sampai Yanakie pun dah berhenti 2 stop, satu ke toilet satu lagi untuk makan. Sampai Yanakie lokasi pertama adalah Shallow Inlets. Berhenti mengambil angin dan mengambil gambar. Tak ada byk aktiviti di sini melainkan kalau nak berpicnic, bercamping, atau berkayak. Kena bawa kayak sendiri lah.

Shallow Inlets

Pemandangan dari Shallow Inlets ke Big Drift

Lokasi kedua adalah The Big Drift. Dari Shallow Inlets ke Big Drift cuma mengambil masa dalam 15-20 minit sahaja.  Destinasi kedua ni memang best untuk yang sukakan nature, aktiviti lasak dan outdoor. Kita kena hiking 40 minit untuk sampai ke bukit pasir tu. Lepas tu kena trekking 40 minit lagi untuk balik. Tambah tolak kena ada 2 jam lebih juga di sini.

The first half hiking dengan pemandangan macam ni. Saujana mata memandang. 
Geli-geli je treking dia waktu ni.

The next half hiking dia mcm ni. Bukit berpasir. Disebabkan aku berbasikal hampir setiap hari di Melbourne, maka stamina dan kaki aku kuat. Masuk bakul angkat sendiri.

Apapun 5 minit pertama lepas sampai sini kena baring jap amik nafas. Dah la panas terik. Rasa macam kat padang mahsyar pulak. Erk.

Jejuw tunggu aku merangkak cari dia ke teww. 
Masih mood padang mahsyar. eh. 

Dah sampai, lepas tu kena lah balik kan. Ha nampak bukit pasir dia. Ada grup asian yang kami jumpa kat depan dah give up awal-awal. Kami pun tak sangka kami berjaya sampai. Patutnya boleh kibar jalur gemilang ni hahaha!

Sampai base camp kat bawah dah penat, exhausted, terus dah tak ada mood nak explore Wilson Prom. Jadi tak ada lah ke Tidal River dan sebagainya. Teruskan perjalanan ke pekan Sale untuk cepat-cepat check in Airbnb. Dari Wilson Prom ke Sale mengambil masa hampir 2 jam juga perjalanan.

Dari Big Drift ke Sale, penginapan kami, mengambil masa 1 jam 48 minit. Dalam bulatan merah tu lah Wilson Promontory, atau orang tempatan panggil Wilson Prom atau the Prom. Big Drift tu Point Stop pertama, sipi-sipi nak masuk the Prom. 

Best nye dah sampai Airbnb. Dah tua-tua ni kita dah tak berapa bersemangat nak beraktiviti lasak lama-lama. Cuti tu maknanya lepak, borak-borak, makan-makan, minum-minum, do nothing.. ye tak.. 

Hari kedua 

Plan hari kedua adalah Sale - Paynesville - Raymond Island - dan kalau sempat ke Lake Entrance atau 90 mile beach sebelum patah balik ke Sale. Sebelum apa-apa, nak cakap awal-awal yang plan ke Lake Entrance dan 90 Mile Beach tu memang dah out dari tentative disebabkan semua dah penat dan dah tak sanggup nak sambung perjalanan.

1 jam 20 minit juga dari Airbnb nak ke pekan Paynesville.

Dari Airbnb di Sale kami bergerak ke Paynesville, sebuah pekan boat yang terletak di selatan Victoria. Dari Paynesville, kami menaiki feri ke Raymond Island. Feri nya 5 minit sahaja, dan percuma.

Pekan Paynesville. Sebuah pekan bot. 

Feri yang dinaiki untuk ke Raymond Island. Percuma sahaja kalau jalan kaki atau bawa basikal. Kalau bawa kereta kena bayar $13/kereta. 

Nak berdiri boleh

Nak duduk pun boleh

Aktiviti hari kedua ini adalah menyusuri Koala Trail di Raymond Island. Sebelum naik feri, kenalah parking kereta di hadapan pelabuhan tu. Pun percuma juga. Cuma ada had masa 2 jam. Jadi maksudnya kami ada 2 jam tempoh masa untuk tunggu feri, naik feri, dan jalan-jalan di Raymond Island.

Di papan tanda kata, koala trail ni ambil masa 40 minit nak jalan habis. Tapi kami ambil masa dekat 2 jam juga di pulau tu. Seronok melihat koala liar di atas pokok. Musim bunga adalah musim mereka ada baby. Jadi ada banyak baby koala. Sempat juga kami menyusuri jalan tepi laut atau coastal walk yang disediakan. Satu pengalaman yang menarik.

Rupanya aku tak banyak ambil gambar kat pulau ni. Banyak ambil video.

Jalan pulang ke tempat feri tadi melalui titian tepi laut.

Jeti orang tempatan. Kata seorang penduduk di pulau itu, waktu bulan mengambang malam-malam boleh keluar kutip ketam di sini. Seronok betul! Aku perasan kat batu-batu di jeti pun penuh dengan kupang! Ish geram betul. Kalau aku duduk sini dah lama kutip tu. 

Berkaitan dengan koala, aku perasan koala besar duduk di atas pokok yang besar dan tinggi, koala kecil duduk di pokok yang kecil dan rendah. Koala suka pindah-pindah pokok jadi ada masanya jumpa dia melintas dari satu pokok ke pokok yang lain. Satu lagi, koala ni nampak macam dia tidur je tapi sebenarnya dia tak tidur. Dia saja je buat dunno. Sekali sekala dia akan tenung kau, perati je kau buat apa dan tunjuk muka annoying kat kau. Kalau nak belajar "the art of not giving a fuck" belajar lah dengan koala. haha

Kami sempat juga berkenalan dengan orang tempatan yang duduk di pulau tersebut. Dia bawa kami ke belakang rumahnya melihat burung-burung (native birds) yang bersarang di situ. Ada parakeet, parrot, Frogmouth, Galah, dan banyak lagi. Katanya kalau lain kali nak datang, datang lah lama sikit, bermalam di rumah dia. Tak perlu bayar apa-apa, tolong masakkan makanan Malaysia je. Kami on je.

Lepas tengok koala, dalam plan kononnnya kami akan meneruskan perjalanan ke Lake Entrance, sebuah lagi coastal town di belah selatan Victoria. Tapi disebabkan cuaca pada hari itu tersangatlah panas, kami semua sudah terlalu letih dan lapar. Tempat BBQ pun tak jumpa jadi kami tapau pizza sahaja. Lepas makan di tepi laut kami mengambil keputusan untuk berjalan pulang terus ke rumah penginapan dan memenuhi masa selebihnya dengan berrehat-rehat dan bersenang-senang di rumah sambil melayan Netflix.

Cuaca  yang tidak mengizinkan kami untuk terus beraktiviti luar. 

Cuaca pada hari kedua ini memang tak dijangka. Aku memang dari awal dah tahu yang cuaca sepanjang 3 hari kami di Gippsland adalah sunny. Tapi aku tak expect yang suhu hari itu akan mencecah 33 darjah celcius. Panas dan terik yak mat. Memang tak larat nak berjalan. Dalam kereta pun sengsara nak drive sebab terlalu terik dan silau. Jalan di kawasan selatan Victoria ni kiri kanan adalah ladang yang terbentang luas, jadi memang silau dan pening dibuatnya.

Sampai Airbnb, buka aircond, aku grill ayam, masak nasi, makan, layan Netflix sampai lebam. Malam tu berjacuzzi dengan Juwita. Tidur lena la dia lepas dapat hot bath. Aku pun tidur lena juga depan tv. Lepas pindah masuk bilik dah tak lena. Laki aku sakit kepala sakit telinga. Aku pula dah rasa butterfly in my stomach mengenangkan esok nak balik dah.

Ber jacuzzi dengan Juwita malam itu.

Hari ketiga 

Plan hari ketiga adalah beransur pulang ke Melbourne. Jadi tentative perjalanan pada hari itu agak flexible. Plan asalnya adalah Sale - Walhalla - Melbourne. Cadangnya kami akan ke pekan bersejarah Walhalla dan mengikuti tour menjelajahi lombong emas lama di sana.

Plan itu kemudiannya bertukar kepada Sale - Wilson Prom - Melbourne. Itu pun sebab suami tiba-tiba menyatakan hasrat untuk menyambung tour Wilson Prom yang dah terbatal tempoh hari. Aku ikutkan sahaja sebab rasa rugi juga kalau tak explore Wilson Prom puas-puas. Geram betul aku tengok gambar cantik-cantik Wilson Prom di Google.

Tapi nak dijadikan cerita, plan itu pun tak menjadi. Kah kah kah!

Memandangkan kami sudah agak muak dengan pemandangan rural Gippsland, farm land dan coastal view, pagi itu kami mengambil keputusan untuk mengambil jalan pergunungan Gippsland dan menyusuri Baw Baw Tourist Road. Masuk gunung. Kami akan cross Gippsland melalui jalan tengah pula, menyusuri gunung-ganang dan snow resort.

Wah, map paling jelas aku bagi ni. Gigih tak?

Kami check out dari Airbnb di Sale dalam pukul 10 pagi. Kononnya nak singgah Mount Bawbaw. Tapi lepas aku baca snow report mengatakan tak ada snow, kami batalkan sahaja niat tersebut. Snow pada hari itu sedang melting sebab dua tiga hari sebelum tu panas terik, jadi jalan agak licin dan perlu pakai snow chain. Macam tak berbaloi lah nak bayar resort entry dan sewa chain lagi tapi tak ada snow pun kat atas tu. Jadi tak masuk lah kami.

Kami berhenti untuk bergambar di Noojee Trestle Bridge, antara tinggalan sejarah yang iconik di kawasan Noojee ni.

Selain itu juga, kami dihamparkan dengan banyak pemandangan yang sangat cantik sepanjang perjalanan. Suhu pun best, dingin sahaja, dalam lingkungan 3 ke 7 darjah.

Suhu macam ni baru sedap nak jalan.

Ini di Tanjil Bren rasanya. Check point terakhir yang pelancong boleh berhenti untuk sewa chain pada musim salji. Banyak kenangan tempat ni. Kalau korang nak gi main salji di Mount Bawbaw tapi taknak duduk kat bawbaw resort, boleh pilih untuk duduk di Tanjil Bren. Ada banyak tempat penginapan menarik di sini.

Noojee Trestle Bridge. Jalan keretapi lama. Sebenarnya boleh naik sampai atas tu, berjalan dan bergambar. Tapi dak Jejuw dah takde mood, jadi singgah sekejap sahaja.


Ni dah bawah lagi. Namum masih segar dan nyaman pemandangannya

Antara perhentian terakhir. 

Rupanya aku lagi sukakan alpine view dan bushland daripada vast farmland. Farmland ni tengok musim. Kalau tengah menghijau tu sejuk mata memandang. Dengan lembunya, kambing, biri-biri. Tapi kalau tengah panas terik, farm pula tengah menguning dan kering, silau mata. Sampai satu tahap dah tak larat nak tengok dah.

Anyway, hari ketiga ni kami enjoy betul sebab perjalanan kami sangat santai dan cuaca pun elok dan dingin.

Penginapan

Penginapan kami di tempah menggunakan Airbnb. Kami memilih untuk tinggal di pekan Sale, iaitu satu pekan yang terletak di antara Wilson Prom dan Lake Entrance. Secara keseluruhannya kami memang sangat berpuas hati dengan Airbnb yang kami pilih. Kami bagi 10/10.

Rumahnya ada 2 bilik, bilik air ada jacuzzi, ruang tamu luas siap dengan smart TV, unlimited Wifi, kitchen lengkap dan modern, ada deck untuk lepak dan ber BBQ, Backyard yang luas siap dengan trampoline, dan ada covered car porch.

Untuk 3 hari penginapan, aku hanya perlu bayar $174 sahaja selepas tolak $50 Airbnb credit. Berbaloi baloi.

Macam biasalah, kalau korang nak kredit AUD55 untuk tempahan penginapan kali pertama macam aku, daftarlah menggunakan link ini ye: https://www.airbnb.com.au/c/nlazzulibleu?currency=AUD

Nampak, tak tipu.

Kena buka akaun baru tau, akaun lama tak dapat dah kredit $55 ni.

Check point menarik

Berikut adalah check point menarik yang kami sempat singgah:

1. Shallow Inlet

Sebenarnya tempat ni adalah camping ground yang menghadap coastal view. Kalau nak camping atau berpicnic memang sesuai lah singgah di sini untuk berehat sebelum sambung meneroka Wilson Prom.

2. The Big Drift

Recommended. Tapi kena bersedia untuk hiking 40 minit ke Big Drift tu dan 40 minit balik ke campsite. Trek dia bermula dengan geli-geli macam jalan tepi semak belakang rumah, lepas tu makin mendaki dan makin mencabar. Hujung-hujung dah kena mendaki bukit pasir 60 darjah. Kena kental sikit. Tapi berbaloi. Luar biasa pengalamannya.

3. Paynesville town

Kena la singgah sini kalau nak ambil feri ke Raymond Island. Kecil sahaja pekan nya. Coastal view. Perjalanan menuju ke Paynesville pula dihidangkan dengan pemandangan farmland yang saujana mata memandang.

4. Raymond Island koala Trail

Wajib lah singgah sini dan buat koala sightseeing kat pulau ni. Satu-satunya tempat di Victoria yang kau boleh tengok perkampungan koala liar. Tak sama pengalaman dan feelnya dengan tengok koala jinak di Maru animal park atau dalam zoo. Kalau nak banding dengan koala di Kennett River GOR pun macam langit dengan bumi. Ini lagi real dan puas hati.

5. Bawbaw tourist road

Wajib lalu jalan ni untuk menikmati pemandangan indah Victorian alpine view. Kalau pergi musim sejuk dapatlah melihat dan bermain dengan salji. Antara lokasi yang wajib singgah adalah Mount Bawbaw dan Noojee Trestle Bridge.


Semoga perkongsian aku kali ini bermanfaat kepada sesiapa yang berhajat untuk meneroka the larger Victoria. Victoria ni bukan setakat Melbourne, Brighton beach, St Kilda, Great Ocean Road, Phillip Island, Maru animal park, dan Mount Buller je. Kalau ada banyak masa, sangat berbaloi untuk meneroka daerah Gippsland. Dijanjikan satu pengalaman yang tak terlupakan.


Noor,
Carlton North, Victoria.

Comments

popular posts this month

Hari simen kaki ku dibuka

Road to Melbourne. Episode 1: Application to study Master

Kemas kini gambar passport anak anda

Musim-musim di Melbourne

Road to Melbourne. Episode 7: Urusan imigresen, menterjemah dokumen rasmi, dan pesuruhjaya sumpah

Membuat jem sendiri di rumah